Monday, January 24, 2011

yang mana satu?

schedule puan noorizan dalam masa terdekat ni:
  • 25 jan - hari inovasi peringkat uitm perlis - sampai tengahari..
  • 25 jan - meeting ngan boss (malam plak tuh..adus..)
  • 26 jan - ada lawatan dari staf politeknik..benchmarking la kot..so, dh tau dah petang tu mesti tak bleh buat apa dah kat ofis..kononnya sejam je, tapi...dah paham dah..
  • 28 jan - meeting sebab Naib Canselor nak dtg bulan depan..so, pagi aku dah confirm hangus gitu jer..
  • 29 jan - 1 feb - bawak student ke kursus kenegaraan kat uitm shah alam..sorang lagi staf untuk ikut aku tak de lagik nih..student pun tak cukup lagi ni..aduhaaii...pg tadi staff s/alam merangkap laki aku dah call, "mana senarai nama dari perlis?pihak kolej mintak ni, nak blok bilik..bla..bla."."sabo la bang oii, tangan ada dua je nih!!!!"
  • 30 jan - 3 feb - entah la ada apa..tp td boss aku call, mention pasal ni..VCSP (Vice Cansellor Special Project) apa ke bende nya aku pun tak paham sangat..yang bestnya, aku gtau boss aku, dia pun cakap "tu la, saya pun tak paham sangat.." Kiranya tak la teruk sangat pengetahuan aku kan..lalala..- kena decide sape 7 orang yang bertuah tu akan pergi..kalau tak, aku yang kena gi..haaiiyaa..bukan ke aku memang dah ada program kat sana masa tu?fening3..
  • 2 feb - majlis penutup LIBB kat perlis..walaupun baru sampai dr s/alam malam sebelum tu, mesti kena bertungkus lumus gak tuk event ni..
  • 3 feb - majlis penutup Program Anak Angkat student aku kat Kem Tentera Darat..maybe kena iring bos, atau aku je yang wakil kampus..
  • 3 feb - bertolak ke shah alam - cuti musim bunga ngan en suami..huahua..
  • 3 -9 feb bercuti, dan terus bercuti..
aku terpikir, mana lagi org2 lain yek?nape muka yang sama je?bukan aku je, aku tgk ada kawan2 aku pun, asyik diorang je..tambah2 lagi kalau tak de staf pempuan, confirm aku yang diorang akan call..yang lain sume dah jadi mak budak, mahal la alasan diorang..
bukan nak mengeluh, tapi tetiba rasa sesak nafas jap, tak dapat nak fokus yang mana satu nak didahulukan.."yang ni program universiti ni.." "yang ni dari kementerian ni..""yang ni jemputan khas ni.."'kena hantar team nih.." - pendek kata semuanya PERLU!!!!
Tang majlis2 rasmi tu yang nak kena tengok betul2 tu..perasmian bagai..setakat mengiringi boss, ok lagi..tang nak kena rasmi, nak kena berucap tu yang lomah tu..sape nak buat teks ucapan saya?suka hati mak nenek ko je kan..
apa2pun, kerja3...;p

:: nape saya rasa a lil bit unhappy today?moga2 diberi kekuatan dan kesabaran yg tinggi..

Tuesday, January 18, 2011

express update

salam..live from shah alam..huahua..sudah 2 hari di sini..ada meeting semalam, so alang2 dah datang jumpa buah hati, tambah lagi sehari la..hehe..tapi bosan jugak bila datang, tp tuan rumahnya terpaksa keluar bekerja seperti biasa..waduh...
pagi semalam ok la, sebab keluar gi keje sama2..balik tengahari..dia pick up me untuk lunch..pastu dia masuk kerja balik, teman kat umah ni menggantikan mana2 tidur yang tak pernah cukup sebelum ni..huhu..nekmat betul..dah lama rasanya tak tidur petang..hehehe..pukul 6.40 p.m - ai, tak balik kerja lagi??busan...
dekat jam 7 p.m baru nampak batang hidung..kesian..kepenatan.."yang, malam ni abang ada kelas.." gitu pulak..okla, malam tu tuan rumah pergi mengajar pulak..teman keseorangan dekat rumah..kat bilik sebenarnya..saja malas nak keluar bilik..dok terperap je la..nak buat apapun tak tau,sebab petang tadi aku dah qada tidur kaw2 punye...tapi, kawan tu dah amanahkan aku macam2 benda..wat assignment dia la, iron baju dia la..adoi..terpaksa lah aku bukak buku..study sket2..yang bestnya, dia pun tak pernah belek lagi kot buku tu..aku khatam 2 chapters dah pun..huh, dh lama tak menajamkan minda ni, lemau gak rasanya..pukul 10.15p.m - dok intai2 kat tingkap, "pukul berapa nak balik nih..kebulur tahap gaban dah aku ni.."kebosanan betul..;p

pagi ni pulak, lepas tuan rumah pergi kerja, aku ni dah dinaiktarafkan sebagai "bibik" plak.."nanti ayang basuh la baju, baju2 yang ayang nak buat balik tu nanti tak sempat kering.." cewah.."ok,nanti ayang basuh.."pastu.."yang,nanti tolong cuci sinki kat dalam toilet ye.." "ok bang.." "nak buat tu 5 minit je sebenarnya, tapi nak start buat tu yang payah.." - uuweekk...kononnya..semua pun orang tau benda tu, wahai tuan rumah..jadi, aku pun dengan bertungkus lumusnya, kutip segala sampah sarap kat depan tu, pinggan mangkuk yang tak berbasuh..sambil2 mendobi..angkat baju di jemuran..nak cuci sinki, tapi tak jumpa lak berusnya..boring...on komputer..nak online jap..sunyi je..bukak tv, semua cerita katun pg2 buta ni..nak bukak online radio, tak tau  tang mana speakernya..waduuh...jam 10.10a.m - hubby yang merangkap tuan rumah balik.hantar breakfast katanya..macam tau2 aku dah kebuluran..pulut dengan kelapa parut and ikankering..sheedaapp..ofismate dia dok masak kat pantri katanya.. mak ai,banyaknya ikan kering,nak bagi aku darah tinggi ke hape?..aku pun saje tanya "abang ke yang tapau kat ayang?ke kawan abang yang buat?" "abang yang buat.." -Aku dah agak dah..ikan masin tu boleh buat makan sampai ke malam gamaknya..huhu..."ayang buat apa pagi ni?" "basuh kain dah?" "jemur dah?" "tak ngantok ke?"- ha,soklan last tu yang aku suke tu...betul2 memahami..huahua.."ayang nak tengok movie tak?" "ok je.."..si abang ni tolong pasangkan aku movie..pastu, dok dalam 15 minit, dia pergi kerja balik, ada meeting plak..janji temu tengahari nanti plak, untuk lunch..masa salam-peluk-cium sebelum kuar rumah tu dia sempat cakap "erm, kalau ayang jadi surirumah, gini la ye.." - oh tidak..bosannya..sebab kat rumah bujang. kalau betul2 kat rumah kami sendiri maybe memang tak bosan sebab macam2 benda boleh buat..hehe."nanti petang2 ni boleh la yang iron baju abang..sikit2,lama2 jadi banyak la..bukan apa, persediaan..boleh pakai sampai sebelum cuti raya cina.."..Amboi, demand tinggi betul la laki aku ni..banyak lak cekadak dia. bila dia balik rumah aku, tak pernah lak aku mintak macam2 ngan dia..apa2 je la..yela, tak buat kat laki sendiri, ko nak buat kat sape lagi....tiba2.."erm, seksi plak abang tengok ayang pakai gini.."..ayat yang memang boleh jual, tapi tak sesuai dengan keadaan sekarang!!!sebab aku pinjam t-shirt zaman batu dia, pastu pakai jeans..bukan main cantek lagi dok umah..sebab seluar dah basuh tadi..huahua..yang paling best,rambut aku kusut masai macam orang utan je!!!!..rumah sang lelaki ini tak de sikat..uuwwaaaa...tolong..dah 2 hari rambut aku tak bersikat...tu kira nasib baik la, sebab sebelum2 ni aku pakai t-shirt dengan kain pelekat dia je!!!so,sebagai langkah selamat, aku tinggal sepasang pakaian aku kat sini..tapi sebab semalam dah pakai, jadi seluar tu dah dibasuh..oh tidak, aku kena bawak lagi banyak baju ke sini...dan..AKU NAK BELI SIKAT!!!!

dan sekarang, sambil memasukkan entry ntah apa2 ni, aku minum milo..dan nak sambung tengok movie yang encik tuan rumah pasangkan tadi...taaaddaaa....EAT, PRAY, LOVE..chowww...

Wednesday, January 12, 2011

anda buat, anda dapat...

hi..selamat hari rabu semuanya..pagi ni mandom je rasanya..don;t know why, but not feeling gud.adakah simptom2 itu?ohh tidak sebab baru last week je abis..entah la..

aku orang pertama masuk opis pagi ni..bukak lampu, gi on aircond..sapepun tak dtg lg..selalunya aku akan online sekejap..bukak email, check fb..pukul 8 aku akan kuar bilik, jenguk2 my staffs tiap2 pagi.borak2 jap, baru sambung buat keje..tp pg ni, aku kuar bilik, sapepun tak de lagi..sorg tu memang xdatang, sebab ke Penang, ada discussion ngan Kem Tentera untuk kita wat program kat sana. yang sorang lagi tadi aku nampak dia punch card, tp lepas tu keluar naik kereta balik..bila aku dok dalam bilik, tak tau nak mula kerja dari mana..hai en mood, datang la..saya nak buat keje ni..dari mana ye nak mula?tetiba sorang lg staff aku yang merupakan satu-satunya perempuan call "puan, saya kat hospital-kecemasan ni.perut saya sakit sangat.xble tahan.."aku pun apa lagi.."xpela, settlekan kat sana dulu..apa2 nanti bagitau kemudian.."..gitu la..patutlah senyap sunyi semuanya..
terfikir nak call orang yang jaga setor tu, nak suruh servis basikal..tapi dia masuk kul 8.30 plak..hhhuurmm...tunggu lagi..nak baca paper, intenet bery2 slow..nganga lagi..baca lagi minit meeting yang lepas..ingat nak mintak kuar ngan bos la..nak gi ambik road tax kereta, gi amik frame gambar Pengarah Kampus yag aku tempah baru ni..pastu maybe bleh gi klinik skali..lupa nak gtau, kaki aku sakit sebenarnya..pg semalam masa mengemas tempat tito, tersepak katil..sakit mak ai..xpela, kejap je.. pastu semalam masa gi jumpa Pengarah, kaki lak terpeleot ngan kasut 3 inci..budus betul  la..masa discussion tu dah terasa sikit2.tapi wat tak tau je la.. bangun pagi tadi barulah terasa sakitnya.. sudahnya, pagi ni datang keje pakai kasut bertutup yang yang tak bertumit pun..sebab bila aku urut2, tak tau sangat sakit kat mana. tapi bila jalan, memang sakit..aduh...

apa lagi nak tulis ye..tak de idea yang spesifik pun sebenarnya..aku dah dengar bunyi orang menaip kat luar tu..mesti dah ada yang sampai..keje sorang2 la dia arini kot. tapi ofis aku ni memang tak pernah sunyi dengan kedatangan students..boleh dikatakan almost of office hour, ada je student..

jam ni tak bergerak2 ke jarumnya?dr tadi aku tengok pukul 8 lebih je..slow plak arini rasanya..kalau tak, tup2 je dah kul 12..tetiba perut rasa lapar, tengok2 dah pukul 12.45..arini tak plak..adoooii..

apa lagi ek..
oh ya..nak cerita sikit pasal prestasi..bila hujung dan awal tahun ni, kebanyakan kita yang bekerja ni akan bercakap tentang prestasi, pencapaian tahunan, sasaran untuk tahun baru.. semuanya merasa..masa ni lah nak komplen pasal bos2, dan masa ni jugaklah semua nak kena cover..bos cakap apa, semuanya ok..maybe di company swasta lebih terkesan tentang penilaian ni.. melalui pengalaman aku sebagai government servant ni, maybe lebih selamat sikit..banyak orang rasa gitu kot..kalau yang risau sikit pun mungkin bos2 kecik macam aku ni la.. sbb banyak part yang nak kena handle. kalau kerani dan geng2nya tu, tak banyak pikir kot. tambah lagi kalau yang dah lama keje..ada kesah ngan benda2 tu?mungkin tak berapa sangat.. dari segi ini, aku lebih suka kalau bekerja dengan swasta.. mereka betul2 buat kerja, capai target, sungguh2..sebab penilaian ni selain menentukan kenaikan gaji, ia juga berpotensi untuk menilai keperluan dan peluang mereka untuk terus berkhidmat di situ!!!silap2 tahun depan, tamat kontrak..diberhentikan kerana pencapaian tak seperti yang diharapkan..berbeza dengan kerajaan, prestasi bagus, gaji naik, naik pangkat (payah juga..)..nak buang keje?lagi payah...melainkan betul2 bermasalah..itu pendapat aku la.. rasanya bekerja swasta ni lebih menjadikan kita bagus, komited, kita lebih jelas career path  kita, lepas ni nak ke mana, nak jadi apa..disiplin pun bagus..minum pagi?tea break?minum petang?semuanya di pantri je..xpayah sampai nak ke kedai kopi bagai..melangut sejam dua.. aku bukan nak kondem, tapi tu dah jadi budaya..budaya kerja.. apa boleh buat.. sendiri mau ingat la..

apa yang aku merepek pagi2 buta ni..ko dari Jabatan Sumber Manusia ke?sebok je hal orang..hehe.. sebenarnya tahun ni tahun pertama aku kena menilai 3 orang staf aku tuh..nak isi markah tu punya la  payah..layak ke dia dapat makah tu?nak bagi rendah sangat, tak patut lak.. jadi, untuk memudahkan aku, aku tengok pada senarai tugas yang aku dah bagitau diorang awal2 dulu..bak kata ustazah bahiyah "ANDA BUAT ANDA DAPAT"..lagi fair la kan..dan lagi satu yang aku buat, masa isi markah tu aku buat semua pada masa tu..sebab bila ada yang aku buat pagi, lagi satu tu tengahari sikit, rasanya tak adil..sebab mood aku berubah2, aku pikir macam2..jadi, bila waktu yang sama, pemikiran aku fokus dekat situ je..so semua markah fair and square..tak dipengaruhi oleh mana2 perkara lain..

bila sampai masa nak panggil diorang one by one..
risaunya..aku study dulu markah2 yang aku bagi tu.. apa nak cakap ngan diorang..dan bermula lah. bila aku panggil dan dia duduk depan aku, "ini markah penilaian prestasi untuk u  tahun 2010..semak, dan bagitau sekiranya ada bantahan.."ehem3..berani nak bantah?hehe..xpe, kalau dia nak negotiate pun aku bagi sebenarnya..tapi bagi diorang "xde apa dah puan, ok.."..ok ye? "ok, kalau gitu saya akan explain kenapa saya bagi markah ni.." aku pun memulakan la.."markah ini kurang sebab minit meeting tak pernah hantar, filing tak teratur, kerja tangguh, buat surat banyak spelling error, saya bukan nak periksa ejaan tiap2 masa..kalau gitu baik saya taip sendiri kan." Angguk.Good. "kita hantar surat pada jabatan2 luar, pada pensyarah2, prof.2, so kena lagi elok la..lagi teratur..kalau spelling error pun banyak, saya yang sign surat tu..macamana?" Angguk.. "ok, improve bla...bla..bla.." Angguk.. "Ok, untuk tahun ni, u perlu bla..bla..bla.. boleh?" "Insya allah.." "Good. Ada nak tambahan markah?" "Ok dah tu.." "ok, itu saja lah..tq..tolong panggilkan ...."

gitu la lebih kurang..setiap sorang aku kasi "sekolahkan" sikit..apa yang tak kena selama ni aku bagitau. bagi setiap orang tau apa kerja diorang, apa yang aku nak dari diorang.semua orang dalam setiap organisasi MESTI tau sasaran atau target organisasi sendiri..sebab bagi aku, masa aku bercakap, aku cakap habis, lepas tu aku nak tengok je..dalam meeting, aku akan cakap bagi habis..nak terasa pun terasa la, sebab kena profesional..keluar bilik aku, aku dah tak de simpan 2 dalam hati.. buat kerja macam biasa. perlukan latihan?nak pergi mana2 kursus?let me know, i'll handle for you..aku bukan nak diorang datang kerja semata2 untuk habiskan kerja2 semalam yang tak selesai je, semua orang  mesti ada usaha nak improve skills and knowledge..huh, power tak? kita try la ye..aku pun tak tau yang aku buat ni betul ke tak. tapi setakat ni itu lah yang aku rasa perlu.. diorang ni dah bagus, tapi kena selalu diingatkan, ada masa kena "sembur" sikit, baru la pakat insaf.. apapun, bukan senang kita nak menilai orang..sungguh. itu yang aku rasa. siapa kita? tapi atas dasar tanggungjawab, aku cuba tunaikan. sebab kalau orang tu tak dapat perform, kita tak tau dengan jelas sebab2nya, apa puncanya. masalah dengan kawan2 ke.. masalah family ke.. tak reti buat kerja ke.. tak cukup latihan ke.. jadi, agak susah untuk kita kenalpasti.. jadi, perkara2 itu la yang aku cuba ambil kira semasa aku menilai diorang. apapun, hope they will success in their career, keep on moving, guys..;p

and mcmana pulak dengan penilaian aku sendiri?email yang aku dapat last week "Pegawai A akan directly jumpa pengarah one by one.." Mampush aku..xpe3..

semalam adalah hari yang dinanti2..kul 10 aku sampai kat pejabat pengarah, kul 11.30 baru dipanggil..cet..
boss aku pun ada gak , selaku penilai pertama..bermula lah..

"ok, noorizan ye..pegawai kokurikulum kan.." sambil menyuapkan kuih pulut panggang ke mulutnya..
"ye saya prof."
"ok zan, saya rasa ustaz akan bagitahu dulu macamana your performance last year. ok.."
lalu ustaz pun sambil tersenyum memulakan..
"bagi saya Prof., saya berpuas hati dengan kerja2 dia selama ni..macam org2 lain jugak..hehehe.. noorizan yang saya kenali ni orangnya tak banyak cakap, senyum pun jarang2..hehe..dia sedih ke apa saya pun tak tau..nak pindah jugak kot..hehe..nanti dulu la ye.. ye memang pon!!! ok, dia tak banyak cakap, tapi kerja dia teratur. komitmen dia bagus..saya pun baru jadi bos dia dalm 5-6 bulan, tapi mengikut kata staf saya, banyak perubahan pada unit kokurikulum yang telah berlaku.. mungkin bukan benda2 baru, tapi perkara2 lama, yang sepatutnya ada, tapi tak dijalankan dengan betul dan teratur. jadi noorizan betulkan semua nya balik. wujudkan mana2 yang kekurangan tu..Dia boleh handle program2 unit kokurikulum yang besar2 tu..macam yang kita pergi baru ni Prof, yang LIBK tu..kebolahan tu yang penting tu.."
"ya..ya.." sambil pengarah aku meneguk minumnya..hehe..
"dari segi dokumentasinya, dia sangat bagus. apa yang saya cakap ni bukan saja2 nak bagitau Prof, tapi betul2 jadi..jadi Prof dapat tau dengan jelas. dia jugak berani. berani dari segi menerima risiko, kena marah pun xpe. dia jaga staf dia. cuma cabaran bagi dia sebab dia terlalu muda untuk mengawal staf bawahan dia yang senior. tapi mungkin pengalaman dan kebolehan dia sebagai bekas pelajar kita, bekas komander, jadi saya rasa dia mampu handle. dia saya tengok suka cabar diri sendiri, dia sanggup ambil inisiatif2 baru. oleh sebab keberanian dan inisitif itu lah, tahun lepas kampus kita dapat banyak peluang menjadi tuan rumah untuk event2 besar..contonhya apa zan.."
"latihan pemantapan kawad kaki, libk, bla..bla.." laju je aku..hekhek..
"ye betul..dia banyak cuba selesaikan masalah unit dia sendiri..dia pun sangat proaktif.."
Pengarah aku yang dok angguk2 dari tadi
"oh ye ke..so, mark tuk proaktif ni saya bagi tinggi sket la ye..ok, apa inovasi yang u dah buat spjg tahun lepas?"
"inovasi besar sangat tu xde, tapi saya create templete untuk analisa penilaian jurulatih, penilaian aktiviti, saya adakan kursus induksi untuk jurulatih.. sebelum ni cuma ada taklimat, sekarang saya buat sehari kursus, bla..bla.."
"ok, apa sumbangan u pada masyarakat luar kampus?adakah u dikenali di peringkat komuniti?"
"saya join program ke Kemboja, perarakan Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan, bla..bla.."
angguk lagi kedua2 boss aku tu..pastu ustza tanya
"ada terlibat dengan komuniti setempat tak?"
tak reti lak aku n ak jawab soklan ni. senyap jap..
"ermm..xde rasanya.."
"kot la ada jadi AJK taman ke, persatuan ibu bapa ke.."
part ni memang aku nak tergelak sambil mengilai...
"saya pun dok sorang2 kat rumah, macamana nak jd JKKK Kampung ke, taman ke..setakat ronda2 dalam rumah sendiri boleh la..lagipun, saya ni anak kucing pun xde, anak lagi la xde, macamana nak join persatuan ibu bapa lak, ustaz? anak tekak ada la..adoohaii.."
tapi aku dengan sopan jawab,
"saya belum jadi mak ayah lagi, so xble jadi AJK persatuan.."
kedua2nya gelak..
ustaz sambung,
"bagi saya kokurikulum ni boleh pergi lagi jauh..bukan sekadar memenuhi keperluan akademik  semata-mata..jadi, u kena utilize dari segala sudut..pelajarnya, staf, peluang, aktiviti2 yang bersifat kemasyarakatan, untuk memperkenalkan UiTM Perlis di mata rakyat Perlis sendiri. agar masyarakat setempat tau kewujudan UiTM Perlis ni.."
aku lak yang angguk..
"ok la, lagi satu, KPI u untuk tahun ni, wujudkan kokurikulum SUKSIS."
ambik kau izan..pandai sangat menjawab!!!
"boleh kan?"
"boleh..confident abisss...saya ada tanya kampus2 yang dah ada kokurikulum ni, bla..bla..bla.." cuba menerangkan secara ringkas apa yang aku tau..tokok tambah sikit..
"ok, tak pe, so harapnya kadar kecurian dalam kampus ni akan menurun selepas u capai your KPI.."
"baik Prof." oh maaakk..tolong!!!!
"orait, nnorizan..for me u have become more creative, create some more new courses yang blum ada, maybe yang belum ada di shah alam pun..i need you bla..bla..bla..ok?"
"ok Prof."
"i hope you bla..bla..bla.."
"yes Prof. i'll try my best.."
selesai...

balik ofis, call en ayen..saya rasa macam tak puas hati..bukan tak puas hati dengan bos saya tadi, tapi tak puas hati dengan diri sendiri..rasanya banyak soalan2 yang ditanya tak dapat saya jawab dengan baik..maksudnya banyak benda yang saya belum capai, belum dapat maksimumkan tugas2 saya di sini..so, kalau saya boleh buat kerja dengan lagi bagus, tentu saya lebih selesa nak menjawab setiap persoalan tadi..inovasi?saya tak banyak terlibat sangat..saya tak banyak mencipta sesuatu yang orang boleh mengaitkan dengan nama saya. bak kata Prof tadi, "bila orang bercakap tentang perkara itu, orang akan kata - itu dari Noorizan tu.. - " yes, itu yang saya belum ada.. Khidmat saya kepada masyarakat?juga belum banyak.. Kreatif? saya bukan pelukis!!! saya betul2 kena banyak berfikir, mencipta dan menambahbaik perkhidmatan saya!!!!! aduh, banyak lagi yang saya perlu buat ni..saya kena baiki diri..itu yang pasti....saya akan buktikan..

Itu lah kesudahannya, disamping aku menilai orang, aku juga turut dinilai.. penilaian itu perlu. sangat perlu sebenarnya. tujuannya untuk kita tahu kemampuan diri, untuk tahu setakat mana kita berada dan sejauh mana kita perlu pergi lagi..kalau kita tak tahu kekurangan kita, macamana kita nak tahu kita perlu perbaiki diri, kan.. jadi, aku menerima dengan sangat positif penilaian yang telah diberi.. moga2 menjadi peringatan, dan rujukan untuk diri sendiri..



:: Hari ini bercerita tentang kerja semata-mata..bukan untuk apa2, sekadar ingatan pada masa2 akan datang..untuk kenangan diri sendiri bahawa - AWAK ADA TANGGUNGJAWAB!!!

Thursday, January 6, 2011

ku ada kamu..

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


suka lagu ni..tentu tau ia ditujukan untuk siapa..;p

Wednesday, January 5, 2011

sila jawab..

apa yang awak rasa sekarang?
penat sikit2..
boring..memikirkan kerja yang banyak menanti..

apa yang awak nak sekarang?
duduk serumah dengan suami saya sepanjang masa..
penat tiap2 kali hari last en suami di rumah, kitorang akan discuss "lepas ni bila lagi abang akan balik?". Dan suami akan jawab, "kita ada program apa lg dekat2 ni"..Kalau ada, sama2 la kami menyusun kalender, kat mana yang dia boleh cilok2 balik jumpa saya..kalau event tu memerlukan saya jugak, kami sama2 survey hotel tuk di "book"."Nak pakai nama sape ni..abang ke ayang?"..Haduss..macamtu ke kehidupan suami isteri? ya, itu la kehidupan saya dan suami.. Tapi suami saya selalu pesan, "jgn banyak sangat mengeluh..pasti sampai masanya nanti.."..Atas kata2 itu lah saya teguh berdiri sampai hari ini..lagi 2minggu genap setahun saya "bujang" di sini..abis, nape komplen kat sini?;p

apa yang buat awak rasa seronok dengan kerja awak sekarang?
sebab saya tahu apa yang perlu saya buat..Makin hari, saya makin banyak belajar..Sebelum ni saya tau, tapi saya tak tau nak buat..Sekarang, alhamdulillah..ilmu saya bertambah. Saya tau bila saya patut marah,bila saya patut mengalah, dan bila saya patut "melawan"..huhu..
lagipun, masa meeting ketua2 unit petang semalam, bos saya perkenalkan kami semua pada seorang sfat unit sukan yang baru lapor diri selepas naik pangkat, dari uitm sarawak..isteri dan anak dia kat sarawak, dan tibe2 saya rasa SANGAT bersyukur..bila sampai kat saya, "ni puan noorizan, pegawai dari unit kokurikulum, pun PJJ ngan ngan husband dia (saya senyum sambil berdoa - cepat2lah pindahkan saya!!)..tapi walaupun dok jauh2, komitment dia tu rasanya tak pernah kurang. Tiap-tiap minggu keluar dgn program student.." So, mendengarkan itu, saya berasa lega bercampur bangga..hehe..bukan apa, at least my boss know and understand what i'm doing..walaupun ada masanya bila saya perlu jugak "lari-lari" bila suami saya balik.."Ok, ustaz tau i'm doing my part, ustaz tau saya tak main2.." Lega..ada semangat sikit nak kerja, walaupun penilaian prestasi saya untuk 2010 boss saya belum panggil!!!takut...
dari segi lain pulak, saya percaya bila kita tau tugas kita, kita akan sentiasa fikir cara terbaik untuk memajukan bahagian kita..Saya mungkin berada di dalam situasi itu sekarang.. Memang tak banyak yang saya tau, tapi setiap masa bila saya kat rumah, kat dapur, nak tido, saya selalu pikir cara mana yang saya boleh improve service di unit saya..buku apa patut saya baca untuk tambah knowledge..macamana saya perlu polish staf saya skill..aduh, penat..tapi saya enjoy..moga2 gaji tiap2 bulan yang saya dapat tu berkat..

bila kali terakhir awak senyum?
baru kejap tadi, en ayen call..dia ngusik saya..debushhh...

bila ali terakhir awak ketawa sepuas hati?
last weekend, masa semua family saya berkumpul kat rumah saya..we enjoyed all together..masa tu saya mengulangkaji vokal saya..sebab dah lama saya tak dengar saya punya "hilaian tawa"..

rumah mak mertua?oh tidak..nanti malu pulak en ayen..hukhuk..saya cuma perlu senyum simpul sahaja..

dengan suami?jarang sebab saya lebih banyak menjerit bila dengan dia..sebab dia kuat mengusik..


bila kali terakhir awak menangis?kenapa?
last week rasanya..malu nak cakap..sebab bila saya cakap telefon dengan en ayen.."bang, baru ni ayang nampak anak tikus kat rumah.." dia cakap "sebab pintu belakang tu tak letak kayu lagi..ada laluan dia la tu"..saya cakap "abang la yang tak buat..dah berapa lama dah ukur, tp tak beli pun kayu..sampai tikus kecik tu masuk"..dia cakap "tak sempat..nanti abang balik, abang buat.." so saya pun start la merepek2.."dah banyak kali pesan kan, tu pokok2 kat belakang pun tak buang..dah naik tinggi dah..ntah2 ular ke lipan ke ada..ayang dah buang yang kat depan, abang buat la yang belakang..kayu tak beli,..bla..bla..bla.." start yang tu la saya nangis..bodoh kan? saya sakit hati sebenarnya..sebab saya geli tengok tikus tu, pastu saya teringat la pokok belakang rumah la, apa la..saya geram sebab memikirkan en ayen tu nak balik lama lagi..mesti saya yang kene buat semua tu!!!
sebab yang kecik,tp membazir airmata je kan..xpela, janji aku puas..ada aku kesah?
dan seminggu kemudian, saya angkat "bendera"..patut la sensetip semacam jer....;-)

sape orang yang last send sms kat awak?
pembekal baju unifrom - nyampah ngan dia..
dia tanya l.o dia bila nak keluar, pastu membebel apa2 ntah..

bila kali terakhir suami awak bagi duit?
baru semalam cimbclicks hantar email, en ayen transfer rm 400..tapi, keterujaan saya mulai mengendur bila dia cakap "duit tu tambah untuk bayar insurans and roadtax kete. yang lebih tu ayang buat belanja.." saya dengan confident yang tak agak2 "ada ke lebih?"..maaf en ayen, saya cuma mempertahankan keinginan saya..


bila kali terakhir jumpa dengan ibu awak?
last weekend, kita kumpul ramai2..kami susah betul nak dapat jumpa 5 beradik dan 1 ibu ni..bila plan betul2, tak tau bila nak jadi..Tapi, bila kebetulan ni,memang senang je..dan semuanya berlaku di rumah saya..saya seronot..malam tu we all enjoy dinner sesama..dan yang best, malam esoknya, we went to my wan's house, and bbq ramai2 ngan family sebelah suami ku..fair and square bukan?

adakah anda seorang yang kelam kabut?
rasanya tidak..
suami saya kot..hehe..

apa yang buat anda geram?
bila saya berniat nak cari gaduh, tp pasangan lawansaya tu cuma buat tak reti dan buat2 baik ngan saya..geramnya...
bila saya ada masa nak update blog, tp idea yang datang tu mencurah2, berterabur.saya tak sempat nak susun betul2, jadi my story pun lintang pukang..semuanya saya ringkaskan je..
bila saya baca blog kawan2, teringin nak masak @ baking, terfikir bahawa saya dok sorang2 dan sudah pasti tiada sapa yang nak makan nanti!!!

apa yang suami awak pernah buat yang diluar jangkaan awak?
rasanya banyak..tapi biar saya cerita satu kejadian ni..
satu hari kat dalam kereta menuju ke shah alam sebelum bertolak ke kemboja (saya sengaja nak bagi semua orang pening), suami saya hulur berkeping2 duit..duit?duit?ya, duit puan izan..saya dengan rileks nya bertanya, "nak buat apa ni bang?" en suami jawab "duit ayang la..".."nak buat apa banyak2 ni?" bodoh saya waktu tu..
"suka ati ayang la nak buat apapun.."dengan confius "tipu, mesti duit nak isi minyak.pastu bagi ayang pegang...nak kenakan orang tu"..gelak2 lagi "la..iye la..xnak bagi abang balik la.."..saya pun diam je..duit tu pun tak masuk dalam beg pun, dok pegang je..

"tu duit untuk ayang la..selama kita kawen, abang tak pernah directly bagi nafkah kat ayang..masa ada ceramah kat ofis abang aritu, ustaz tu cakap, suami mesti bagi nafkah pada isterinya.. Tapi abang pun tak lepas lagi nak bagi tiap2 bulan..jadi claim abang yang baru ni, abang bagi ayang sebagai nafkah..memang tak setimpal dengan tempoh kita kawen..ayang nak kira macamana pun kiralah..duit tu kalau bahagi dengan setahun 4 bulan, berapa je yang dapat tiap2 bulan..tapi tu yang abang mampu sekarang..ayang nak buat apa, buat la.."
gitu?betul ke? saya terfikir2 jugak, nak buat apa yek?sebab sejak kawen ni saya jarang membeli sendiri..mesti dengan en suami..duit pun kami share je..bila dapat gaji, sama2 berhabis..betul2 berhabis..sebab kami memang banyak hutang..dia bayar yang mana dia senang..duit dia dalam cimb, jadi yang mana dia bleh online, dia transfer terus..selalunya bil telefon, sewa rumah saya, insurans, ptptn, duit untuk abah, untuk mak saya..
and saya plak sakan bayar loan dia, loan kereta, bil api air rumah sewa saya..jadi kami tak terlalu berkira..kalau saya dapat claim saya bagi dia, pastu dia dapat claim dia bagi saya..last2 duit abis gitu jek..dah abis, masing2 angkat tangaln leptak atas dahi, "mana gi duit yang ayang bagi abang tu?" pastu dibalas "duit yang abang bagi ayang tu mana lagi?"..hehe..

rasanya tu la antara perkara yang saya ingat..saya tak sangka suami saya nak bagi saya "nafkah"..sebab bila saya kawen dengan dia, saya tak pernah letak kan berapa duit yang mesti dia hulur pada saya tiap2 bulan..dia bagi saya ambil, belanja sama2..kadang2 dia bagi, saya amik belikan baju @ kasut dia..kalau saya ada duit, konon2 nak bagi dia simpan, tapi dalam kepala otak saya dah ada wish list macam2 dah..last2, hangus gitu je la duit tu..simpanan?setakat ni kami tak de simpanan tetap pun..statement ini bukan untuk bangga diri ye kawan2..sila baca dengan penuh kerisauan, sebab saya pun cuak..kalau lah ada kejadian emergency tiba2, mana kami nak cekau duit? azam kami setiap bulan untuk asingkan duit simpanan, tp setiap bulan jugaklah macam2 dugaan yang datang menimpa..moga2 diberi ruang dan jalan yang betul untuk kami..

tau tak apa jadi ngan duit nafkah tadi?saya dermakan kat ikea, daiso, dan di negara kemboja..huar3...

panjang jawapan saya untuk soalan ni..;-)

apa awak suka makan?
makanan tradisional..kuih2 yang orang2 tua buat.. t api suka jugak dessert western dan moden2 ni..so, saya rasa agak kontra di situ..entah lah..

apa perubahan besar bila dah kawen?
suami saya ajar minum air masak. perubahan besar ke?yep, besar untuk saya sebab dulu saya tau minum air sejuk dalam peti je..kalau tak, saya tak minum..baik saya minum air manis yang lain, walaupun tak sejuk, xpe..
sekarang, saya dah pandai sebut "nak air masak" - maksudnya air masak la.. "nak air sejuk" - air yang dari dlm peti ais..dan rasanya saya lebih banyak minum air masak dari air sejuk..terima kasih en ayen, suamiku yang tercenta..perubahan besaaaar tu....
lagi satu, saya tak suka beli barang sendiri..bila en ayen balik, baru saya bentang laporan "barang dapur kita ada yang dah abis bang.." "ayang rasa ayang nak beli kasut la.." "jom kita beli cd  nak tak"...macam2 la yang aku cakap..hehe.. tapi betul la, masa taip ni, saya betul2 sedar, 2 perkara ni la yang berubah dalam hidup saya sekarang..kalau saya terpaksa mebeli jugak atas sebab2 terdesak, MESTI ada barang yang saya terlupa beli..balik rumah je "la, terlupa nak amik minyak masak tadi.." "rugi lak tak amik barang tu tadi.."..Sebab tu saya menyampah..Kalau gi ngan en ayen, dia tolak troli, saya amik barang2..sampai kat cashier, kenyit2 mata kat en ayen..selesai..hehe..bila balik, saya bagi kiss banyak2 kat en ayen..;p

apa harapan / cita2 besar awak sekarang?
saya sedang berusaha untuk tukar status saya..Kalau diizinkan, saya selalu berdoa untuk diberi peluang bergelar ibu..lagipun mya tu dah nak dapat adik, jadi saya rasa saya perlu beri dia sepupu jugak!!hehe..itu impian saya..tapi, saya selalu sedar, sejauh mana pun, seteruk mana pun, sekuat manapun kita berusaha untuk sesuatu perkara, serahkan sebahagian daripadanya kepada yang di Atas..dia lebih mengetahui..Saya juga sedar ada banyak perkara2 baik yang berlaku dalam hidup saya..saya tahu Allah tak menghampakan cita2 saya sebelum ni, dan mungkin jugak tidak akan hampakan impian saya kali ini..cuma saya perlukan masa..Allah tahu apa yang terbaik untuk saya dan suami..kami jauh2 ni, macamana kalau saya dok mabuk2 sorang2..saya rasa bersyukur kat situ..dengan kerja saya yang tak menentu ni, dok sorang2, kalau saya ada baby, macamana saya nak uruskan semuanya?sekali lagi saya bersyukur dengan nikmat itu..mungkin ada orang fikir saya ni pentingkan diri sendiri, utamakan kerja..bukan macam tu, tapi semua orang mesti think positive kan?tak kan saya hari2 nak fikir pasal tu, balik kerja nak meratapi nasib plak..jadi, saya cuba berfikir dari sudut yang lain..Walau apapun, kalau saya dilimpahkan rezeki dalam masa terdekat ni, saya pasti gembira!!!itu janji saya..saya pernah suarakan pada en suami "kalau lah kita ada rezeki dapat baby, lepas tu ayang tak nak planning apa2 dah..setahun sorang pun tak pe..nak bayar hutang menunggu.."hehe..itu lah harapan saya..cepat atau lambat, saya redha..saya bersedia..mulut orang?ada aku kesah?saya ada telinga kulit buaya, dan telinga suami saya akan sentiasa sedia untuk saya...;-)

harapan saya yang lainnya, saya nak duduk ngan suami saya....nak sangat2..tapi saya perlu menunggu..saya perlu belajar banyak benda..pasti sampai masa untuk saya nanti..dalam keadaan sekarang, nampak macam bos saya tak nak lepas..saya pun tak nak mendesak sangat..xpe, bila saya dah boleh buat sesuatu di sini, lepas tu saya nak raikan kejayaan saya tu dengan "mohon pertukaran".."Tuan Pengarah, sila tandatangan kelulusan..saya dah lakukan pembangunan, perubahan di bawah seliaan saya.." Sabar izan..sabar..juga sila bersabar wahai en ayen..saya tahu en ayen jugak tak sabar2 untuk menyambut kedatangan saya kan..dah tak sabar nak berperang tiap2 hari dengan saya?tak sabar dengar saya menguji vokal saya kan..kan..kan..senyum tanda setuju..

banyak lagi ke soalan?banyaaakkk..tapi lain kali ye..;-)
sekadar untuk renungan, beri semangat untuk diri sendiri..