Saturday, July 23, 2011

knowledge sharing: ikhlas tidak menghalalkan hak

okla, kalau dah ada mood tu, sepagi boleh post 2 entry ok.. kalau tak, 2 minggu 1 post pun tak tentu lagi. ada kau kesah? blog aku, suka hati aku la kan..

pagi tadi, masa baru lepas mandi, siap2 nak ambil hubby kat stesen bas, kat tv9 ada rancangan Tanyalah Ustaz, oleh ustaz muhamad abdullah. tajuk pagi ni ialah prinsip keluarga bahagia: Ikhlas Tidak Menghalalkan Hak. suri pun idak menonton dari awal. dah hujung-hujung baru terdengar. 

mula2 rasa tak paham jugak, sebab selalu yang kita dengar ialah "matlamat tidak menghalalkan cara" je kan.. kisahnya, macam suami isteri ni, si suami sering bercakap kasar, dengan cara menengking, atau meninggikan suara. si isteri terasa seperti dimarahi atau tak disukai. mungkin si suami tadi tidak lah berniat begitu, jadi dia bagitau si isteri "abang bukanlah marah, cakap je tu. abang ikhlas. dah memang abang cakap macam ni. nak buat macamana."

Sebenarnya tak boleh. Walaupun kita ikhlas, dengan cara kita, isteri juga ada hak untuk tidak dimarahi atau ditengking tanpa sebab; walhal kalau bersebab sekalipun, si isteri tak layak ditengking, tetapi perlu ditegur dengan cara berhemah. maksudnya, walaupun kita ikhlas, tak berniat tak baik, cara yang kita guna pun perlu diteliti supaya tidak melanggar hak orang lain. orang lain berhak untuk tidak dimarahi apatah lagi diaibkan..

suri sendiri berpendapat perkara ni bukan sahaja berlaku di dalam rumahtangga saja, tetapi juga dalam kehidupan seharian kita. pergaulan di tempat kerja, dengan ahli keluarga mahupun dengan kawan2. ada kawan kita yang cakap dengan kasar, kita terasa dan tertanya2 "apahal dia ni.. cakap elok2 tak boleh ke?" . bagi dia, tak de apa pun. biasa je. dia cakap tak de maksudkan apa2, padahal kita tak selesa. kawan tadi tak sepatutnya mementingkan diri sendiri dengan mengikut caranya sahaja tanpa memikirkan hakk orang lain di sekelilingnya.

suri juga pernah dan mungkin berkali-kali melaui perkara yang sama. selalu terdetik "cakap lah elok2, tak payah berkasar sangat, tak payah menengking2.." selama hampir 9 tahun di utara tanah air ni, rasanya suri agak bersetuju dengan pendapat sesetangah orang bahawa orang utara ni "kasar" sikit bahasanya. bukan merujuk pada semua, tapi hampir keseluruhannya. ini jugak diakui oleh mereka sendiri, terutamanya kawan2 suri masa belajar dulu. mereka sendiri yang selalu menegaskan -org utara ni cakap kasar sikit-

kadang-kadang kita pun sakit hati bila kita ke kedai, salesgirl / salesman / tukang kedai sendiri yang bukan main sombong dan berlagak sekali bila bercakap dengan kita. mengalahkan kita ni nak pinjam duit dia pulak, padahal kita nak kasik dia untung lagi ada.. geram jugak.. servis centre? i'm so sorry sebab tak pernah lagi jumpa dengan mana2 yang memuaskan hati.. sudahnya kita pulak yang sama tak betul dengan dia sebab dok bergaduh dgn dia .. pernah jugak suri sound "senyum sikit la dik..". padan muka, biar dia reti sikit yang dia tu memberi perkhidmatan pada pelanggan. ye tak? nampaknya isu ni dah melalut dah ni. dah jadi sesi luahan perasaan aku pulak. hahaha..

apapun, suri bersetuju dengan ustaz muhamad tadi, walaupun itu lah cara kita, walaupun kita ikhlas dalam menyampaikan sesuatu, kita tetap perlu mengambil kira hak orang lain juga.. tak semestinya tu cara kita, semua orang mesti bersetuju dan  ikut, kan.. kedua-dua pihak mestilah saling bertolak ansur dan  memahami antara satu sama lain. baru lah komunikasi tu berlangsung dengan baik.. siapa pun kita, setinggi manapun kedudukan kita, kita masih perlu menghormati orang lain.. suri pernah terbaca jugak quote olah ilmuan yang suri dah lupa namanya 

"treat other people like how you you want to be treated.."

yeeaay..caiyok3.. jom kita sama-sama memperbaiki diri..;-)

happy weekend..


++ fakta nombor ++


selamat pagi semua.. selamat berhujung minggu.. bahagia rasa sebab hujung minggu kali ni tak payah kerja.. student cuti, so kita pun tumpang sekaki la.. jom, kita story mory sikit..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


eh3..apa pulak kuar gambar ni ek.. hehe.. actually ni la menu kami pagi tadi. lepas jemput encik suami ku di stesen bus, kitorang breakfast nasi lemak dgn sambal sotong and kopi o yang suri sediakan.. saja jamu mata je.. nak?? dah habis ok.. nak jadi baja dah pun..:-).. yang tukang makan pun dah ke laut dah pun.. melayan mimpi2 indah.. tak tahu pukul berapa pulak nak bangun tu..

baru kejap tadi, suri terbaca kat fb, one of my student post satu info yang menarik:

"TAHUN INI KITA AKAN MENGALAMI 3 TARIKH YANG JARANG BERKLAKU DALAM SETAHUN IAITU 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 SERTA BUKAN ITU SAJA,CUBA AMBIL 2 NOMBOR AKHIR TAHUN KELAHIRAN KITA & TAMBAH DGN UMUR KITA PADA TAHUN INI KEPUTUSANNYA IALAH 111!!!..PD BULAN OKTOBER NNTI AKAN ADA 5 KALI HARI ISNIN,5 KALI HARI AHAD & 5 KALI HARI SABTU...INI HANYA AKAN TERJADI SETIAP 823 TAHUN.."

menarik kan? cuba sama-sama kita fikirkan.. best2..


Thursday, July 7, 2011

apa dah jadi?

salam semua..
meh nak cerita sikit nih.. bukan apa, untuk peringatan diri sendiri di masa2 akan datang..

semalam saya ponteng cuti.. tiba2 bangun pagi feel so weak, malas, ting tong, sebu, semua ada.. ingat nak masuk ofis lambat.. rehat jap, sudahnya tido kat katil jek.. ;-((  mode: rasa diri sangat teruk.. blueekk..

kenapa agaknya ya? simptom2 kah? ada orang pesan2 kat saya, jangan layan sangat perasaan.. buat tak tau je.. saya cuba.. tapi tiap2 kali berdiri lama, saya berpinar2.. cepat betul saya rasa lapar, tapi bila saya ngadap makanan lebih 2 minit, saya dah meloya.. perut rasa sebu.. saya tak ikut perasaan rasanya.. dah rasa macam tu nak buat macamana.. alhamdulillah lesu saya kurang terasa masa saya di pejabat.. tapi bila saya balik rumah, terus flat.. (pandai awak pilih tempat ye, BFF).. MAKAN? saya cuba memenuhi selera saya.cari  apa yang saya nak makan. tapi bila dah depan mata, saya tak nak pulak.. atau rasa tak menepati.. macam2 saya ni kan.. saya rasa saya kurang makan makanan yang lazat berzat lah.. entah, saya pun tak pasti.. bila saya baca hidangan2 yang sepatutnya saya makan, "mak aii, jauh panggang dari api dengan apa yg saya makan selama ni.." Sepatutnya nasi dengan sayur 5 hidangan sehari, buah2, sayur2, dan macam2 lagi.. rasanya saya tak mencapai sukatan tu pun..setengah pun mungkin belum.. tiba-tiba saya rasa susah nak dapatkan makanan yang betul2 sihat melainkan saya masak sendiri..wakakaka..part paling sedeh!!!!

pagi saya sekarang MESTI makan.. yang lite2 ni tak layan, nak nasi lemak.. nasi lemak MAK CIK MILAH kat taman kat ofis saya pulak tuh!! (kaya ko makcik tu 9 bulan nih..).. kat sini nak cari sandwich ke, yang tak berlemak2 sangat tu, macam susah je.. mana2 gerai pun mmg menu nasi lemak, kan.. bila lunch, nak makan nasi, saya pun tak tahu lauk apa yang berkenan di mata dan perut saya.. tapi setakat ni semuanya GAGAL untuk saya habiskan.. kecuali minggu lepas, masa lunch ngan hubby kat Kedai Pokok Sawa - lauk ikan keli.. minum petang tak de, melainkan sy ada meeting atau apa2 program, yeeyy saya dapat makan free.. makan malam? seALA KADAR yang mungkin.. kadang2 ada, kadang2 saya selongkar stok2 makanan yang tinggal, tapi selamat untuk ditelan lah.. kalau tak pun, makanan pasar malam.. tu pun biasa2 macam keropok lekor la, kuih goreng2 apa ntah.. sihat dan berzat ke gitu?

saya terfikir, agaknya sebab pemakanan yang terbantutlah saya punya kesihatan tak berapa membanggakann semenjak dua menjak ni, kan.. makan ikut suka.. makan ikut sedap ko je.. saya pun tak pasti..  mungkin ada juga org2 berpengalaman kat luar sana akan kata saya ngarut je.. dah memang org pegnent gitu.. xpela, just my opinion.. saya berfikir untuk create kan menu KHAS untuk saya selama saya bersama BFF saya ni.. mungkin dah sampai masanya saya lebih memikirkan tentang BFF saya, rather than melayan perasaan saya dan selera saya yang entah apa-apa tu kan.. kesian dia.. saya kena fikir pasal dia jugak.. dia akan dapat apa yang saya makan, kan dokter?

saya harap saya berjaya melaksanakan misi saya yang tinggi ini.. tolong doakan saya ye kawan2.. mungkin sekiranya saya terpaksa bangun pagi untuk sediakan breakfast pun, saya MESTI buat.. larat nak telan nasi lemak tiap2 pagi.. bangun la buat sandwich ke, mihun goreng ke, apa ke.. kalau saya terus dengan keadaan saya sekarang, macamana saya nak berpuasa nanti? i really hope that i can complete my fasting this year!!! yes, without fail.. kalau betul saya boleh, ini akan jadi sejarah sebab pertama kali selama 27 tahun saya dapat puasa penuh.. nampak sangat sebelum2 tak pernah penuh kan.. hehe.. jadi, sebagai persediaan, saya mesti bangun.. wake up dear.. sian BFF.. dia pun nak besar sihat, tak kan ko je..

cuma, rasanya saya ada satu lagi constrain.. tiap2 kali saya rasa tak sihat, saya selalu pesan to myself, be strong.. if not to urself, to your baby.. please.. hubby pun selalu pesan. saya seboleh2nya tak nak dia fikir teruk2 pasal saya.. saya nak dia ok je kat sana.. semalam pun, masa saya bagitau dia condition saya, saya cuba untuk tak nampak terlalu sakit.. dan dia akan pesan "be stronger than before.." - yes, i'm trying.. but, how? rasanya salah satu sebabnya saya rasa saya kurang suppoerted by people around me la.. entah2 saya je yang feeling lebih.. bukan saya kata tak de orang ambik peduli. tapi bila kita jauh dari semua orang, of course kita akan rasa macam2.. saya compare dengan kawan2 saya yang PJJ macam saya.. suami jauh pun, mak bapak diorang dekat.. dan kebanyakannya memang duduk ngan parents diorang.. so, tak susah sangat.. saya ni sorang2 je.. family pun tak de lah depan mata.. banyak kena survive sendiri.. ko nak makan apa ke, sakit ke, suka ke, sedih ke, layan diri yek.. makan pun apa yang saya mampu cari atau masak kalau ada masa @ rajin.. pandai2 lah ko nak hidup.. -tears-

macam entry saya sebelum ni, support sangat penting di saat2 macam sekarang.. bukan saya tak tahu semua orang motivate saya, tanya khabar saya, ingat saya.. (betul ke ada????).. tapi bila kita tak nampak dan rasa sendiri ni, susah la kan.. emotional jadinya.. sian ayah BFF.. saya tak nak dia risau, tapi dia
je yang saya ada pun, yang boleh saya mintak ada ngan saya bila2 masa.. so, bila dia tak de depan mata ni, rasa macam putus semangat pun ada.. i hope i'll be stronger than before.. entah lah.. how long, i can't promise.. semalam, bila waktu siangnya saya terlalu menafikan perasaan, sudahnya malam tu saya langsung tak dapat mengawalnya.. dan, saya tak boleh tidur pun.. i need my bolster..huhuhuhu...

apapun, baik dari pemakanan dan kesihatan, saya dapat rasa persediaan mental juga sangat penting untuk mom-to-be.. saya tak de semangat nak makan yang betul2 baik sebab tak de sapa pun nak tengok2 saya, saya malas nak gi cari buah2an ke, sayur2 ke apa ke.. sebab sudahnya saya masak sendiri dan makan sorang2 jugak.. jadi malas semuanya.. >---<
 iye, mungkin saya makan tak teratur, tapi saya juga tak de semangat sebenarnya.. itu yang lebih utama..-tears-



notahati: rasanya hati keras saya ni semakin mencair la sejak2 dengan BFF ni.. adoi...

Monday, July 4, 2011

progress of this week..

hari ni hari senin.. eh3..isnin.. sebenarnya menunggu masa nak kroohh..kroohh.. je ni.. tapi, baru pukul 10, takut nampak burok perangai sangat tido awal kan.. relaks la setengah jam lagi.. jom kita share apa yg berlaku dalam masa terdekat ni..
  • pagi tadi pergi klinik kesihatan ibu dan anak arau, sebab mama pesan suruh bukak buku merah (glamer buku ni di kalangan kaum hawa nih..).. w/pun nak dapatkan rawatan atau deliver kat klinik @ hospital private, mesti berdaftar dengan kerajaan.. ok la.. tanya dekat kaunter, ada 3 org J/rawat Masyarakat kat situ.. semua saling bertanya 1 sama lain.. haaaaaiihh.. dah la kita first timer, dia buat muka sure tak sure pulak.. pastu sorang tu panggil, katanya kena register kat klinik desa dekat dengan kawasan rumah.. kat sini cuma perlu datang bila dia suruh jumpa doc, cek darah @ minum air gula je..arau ni tak cukup dekat ke???? hari khamis ni pulak..ok la..apa2 je.. tunggu hari khamis ni la ye my BFF, kita gi jumpa bidan baru.. :-))))))
  • pagi tadi one of my close friend kat pejabat bawah tegur "izan dah pregnant ke?" - isk3..segan aku.. memang berpengalaman betul akak ni. tengok kita pun dah tau.. aku angguk sambil tersengeh2 angkat 2 jari sebab 2 bulan..hikhik.. "laa, lambat dah la nak dapat tempah cheese tart nih.." ..ke situ pulak dia yek..mungkin jgk la, sebab sekarang ni benda cheese2 ni tak berapa selera la.. padahal sebelum ni jadi sebahagian dari makanan asasi tuh..
  • loya tak terasa teruk sangat dah..makan pun ok, cuma dari last week mencari hidangan sup thai atau mee kari di waktu lunch, tak jumpa2 lagi.. lunch tadi pun sama.. last2 makan nasi jugak, tapi memang tak boleh terima, so half je la makan.. 
  • stok buah untuk makan cicah sentiasa ada kat dapur..nggeeee..
  • stok asam sentiasa ada atas meja pejabat dan dalam handbag - tadi petang letak 2 bijik dalam tisu, taruk dalam beg handfon, bawak g dengar taklimat..takut tetiba ngidam, meleleh air liur kang...huahua... - agak tidak sopan di situ..
  • stok nutrigen pun still ada dalam peti ais.. ubat loya waktu pagi..
  • miss B pun dah tak terasa sakit @ sengal sangat dah.. become normal dah kot..
  • lebih sensitif pada bau rasanya.. masuk kereta, mulut membebel bau tu, bau ni.. driver aku pun naik pening sebab dia tak bau apa2..haaaisshhh..  tadi waktu kat Bilik Latihan mendengar taklimat, member sebelah duduk je terus terbau perfume dia..alahaii.... baru2 ni abang baru sampai, bau perfume dia, pening lalat sampai tengahari.. selagi dia tak gi mandi, tak nak peluk!!! tak suka..tak suka..tak suka..

apa lagi? tak de dah kot.. yang lain alhamdulillah semuanya.. be gud ye my daling BFF... kita sama2 rindu kawan kita lagi sorang tu kan???? (",)

Friday, July 1, 2011

my BFF..

Assalamualaikum dan monink semua (kalau ada yg menjenguk)..
Curi-curi ambil masa sekejap sebelum mulakan kerja pagi ni, sementara menunggu dokumen dari Pejabat bos yang tak sampai2 lagi..

Sape BFF suri tu? sekarang ni belum nampak lagi, tapi dah rasa kewujudannya.. hehe.. baru ni sebelum abang balik ke Shah Alam, ada jugak menyuarakan kerisauan dan ketakutan dok sorang2 dalam keadaan sekarang ni. Tapi abang cakap "abang tinggalkan ayang dengan kawan baru.. kena jaga dia betul2.." So, from that day, suri ada BFF yang very2 special.. kan sayang kan..

Masa awal2 confirm pregnant tu, doc blum dapat estimate usia kandungan. Dia mintak datang check after balik dari umrah. So, kitorang main teka2 je lah.. sebulan kot.. Agak2 sendiri je.. Bila balik je dari umrah, atas advise my mama, kami gi check takut ada apa2 yang jadi sebab agak aktif masa kat sana, tambahan pulak berkali-kali turun naik flight kan.. So, doc kat Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) kata semua ok, baby dah 7 minggu 4 hari..wheeheee...seronotnye.. cuma EDD awal sikit dari doc kat Kangar aritu.. xpe la, janji my BFF selamat..

balik ke arau, teruskan appoinment dengan doc Indar Singh Ranu, specialist kat sini.. setakat ni dia je la kitorang setuju untuk mendapatkan rawatan, selain dari akan mendaftar ke klinik kesihatan kerajaan.. Bukan apa, sedih betul dengan klinik2 yang ada kat sini, macam-macam ragam..sudahnya kita laki bini pulak yang bertekak.. Sabor je la.. Doc Indar scan, nampak my BFF punya jantung berdegup2!! lajunya awak.. alhamdulillah.. semoga sihat kat dalam yek..hehe..

masa awal2 hari tu memang rasa sakit je my B.. dari apa yang suri baca, pembuluh darah tegah mengembang untuk membuka saluran susu, so sebab tu la selalu sakit, terutamanya bila bangun pagi.. badan selalu rasa letih, sebab hormon dalam badan sedang mengalami perubahan.. kan ada BFF kat dalam..wheehhee.. muntah? memang selalu rasa, tapi jarang sangat keluar yang betul2.. masa kat Mekah pun rasanya sekali dua je, tu pun sebab bapak my BFF selalu kacau-kacau, pastu dok gelak2 sampai batuk2, then terkeluar la isi perutnya.. selalu rasa loya je.. tak boleh dok dalam toilet lama2, sebab selalu terbayangkan bukan2.. sekarang ni kalau makan pun tak boleh lama-lama dekat pinggan tu, cepat je nak meloya.. kalau makan lama sikit, cepat bosan, mula la rasa nak terkeluar.. macam2.. cuma, waktu pagi mesti nak sesuatu dalam mulut.. setakat air masak memang tak layan la..hehe..memilih awak ye..

So, sekarang pagi2 minum nutrigen on the way nak gi kerja.. pastu mesti breakfast.. lapar je.. Cuma Alhamdulillah, minggu ni tak meloya teruk sangat, maybe my BFF tau kita tengah kerja ye.. waktu lunch tak de selera nak makan nasi sangat, selalu nak kan sup atau yang pedas2 je.. tapi, minggu ni tiap2 hari lalu kat kedai soto tu, tapi mak cik tu tak meniaga la..terpaksa la telan nasi walaupun serba tak kena pulak rasanya.. apa2 je la..

Yang teruknya, mata ni asyik mengantuk je.. Kadang2 tu saja je balik kerja lewat2 sikit. Kalu tak, balik je confirm hanyut kat sofa.. pastu mula la malam payah nak tido.. buah pelam putik tu tak pyh cakap la..dah naik taraf ganti nasi la pulak.. cuma stok dah habis la.. nak kena gi pasar  malam la hari ni.. Teringat satu hari tu, suri ajak abang makan pelam sama2, dia tak nak.. dia takut lama2 nanti dia plak yang ngidam.. ada pulak gitu kan.. teruk betul.. Tapi, bangun pagi selalunya suri akan lenguh kaki, macam cramp je..tak tau nape..memang macam tu ke? turun katil je terhencot2.. adoi, apa awak buat ni my beloved BFF? kan ayah awak dah pesan jgn kacau2 saya selalu..

pagi tadi punya cerita, sebab bangun pun dah subuh gajah, gi kerja pun kelam kabut.. pagi2 dah ajar my BFF racing kete.. ngeh3.. harap ayah awak tak baca part nih.. nasib baik sempat punch card.. 7.58 beb.. pastu keluar beli nasi lemak mak cik milah yang marbelous pulak tuh.. buruk betul.. makan pagi dah pedas2.. awak jaga2 ye kat dalam tu, kang masuk mata plak.. hehehe.. sayang awak..

Apa yang boleh dikongsikan ialah, pengalaman pertama dengan BFF sangat best.. Walaupun ada ketikanya rasa macam tak boleh lawan, suri motivate diri sendiri, just lalui semua pengalaman terindah ni.. syukur sebab dapat menikmati perasaan as mom-to-be.. penat ke, loya ke, sabar je lah dulu.. semuannya normal kan...dah lama menanti, bila dah dapat, jangan lah terlalu banyak komplainnya.. kesian kawan kita kat dalam tu..kan daling kan???? Support from orang2 terdekat sangat lah perlu pada waktu ni, sebab rasanya kita pun tengah hanyut nak sesuaikan diri dengan hormon dalam badan, jadi angin pun lain macam je.. kadang2 suri selalu rasa lonely, sunyi, bosan.. padahal sebelum2 ni ok je.. sebelum ni bukan main je aku meredah merata2 kat highway, sekarang ni rasa tak larat for long journey je.. Tuhan nak bagi rehat la tu, kan..

Itu je la cerita kali ini.. petang ni kenagi dengar taklimat dari my boss.. lepas tu latihan kokurikulum sampai jam 7 petang.. esok kita rehat ye my BFF.. dddaaaaa.....

notahati:ayah awak boleh balik tak minggu ni? mesti awak rindu tak de org ngadu2 kat awak kan?? ;-)