Wednesday, June 16, 2010

hobi baru ke?

sejak dua menjak ni,macam excited lak bila suri dok tengok pokok2 bunga yang suri tanam auntie suri tanam tu..ada yang berbunga la,ada yang tumbuh pucuk (betul ke perkataan 'tumbuh' tu???)..entah sejak bila,tapi rasa suka and happy je..sebelum2 ni tak pernah nak amik tau,tak pernah berminat langsung pasal kegiatan bercucuk tanam ni..suri selalunya mengklasifikasikan diri suri sebagai "tangan panas"..sbb penah cuba tanam pokok pe ntah,tapi mati kejung dibuatnya..hahaha..masa bercintan cintun dulu pernah gak seorang mat romeo (merangkap suamiku sekarang..ampun,bang...) bagi pokok bunga ros kuning, tapi innalillah jugak akhirnya..
cuma semenjak pindah ke perlis nan permai ni, sejak amik pokok cili api dgn paksu (tq very2 much,paksu),sejak my aunt datang umah and tolong tanamkan pokok2 (ada gak yang suri kebas masa balik kg aritu..) yang aku sendiri ak tau hapa ke jenis dan namanya..and sejak pokok2 itu mengeluarkan hasil yang membanggakan,timbul perasaan cintakan alam sekitar la plak..
bila kena gi outstation, mesti terpikir2 siapa la agaknya yang nak tolong mandikan pokok2 ku..selalunya student ku yang menjadi mangsa (tq mad komando and yen..;-))..apapun,suri belum lagi sampai tahap interested nak tanam pokok sendiri (sbb tau keupayaan diri..hehe)..cuma curi2,cilok2,kutip2 amik pokok2 yang orang dah tolong tanamkan..hehe..ok tak gitu??ok la tu..setakat ni kebanyakannya auntie suri la yang tanamkan..dia mmg pakar la.bak kata mama suri "che tie ni dia pegang pokok apa pun mesti menjadi.."..dan che tie ku ni la yang mama nak suh dok skali ngan kitorang bila mama dah balik buat rumah kat kampung nnt (tingginya cita2 mama ku..)..so,rumah tu mesti dipenuhi dgn pokok2 bung yang tantek2...huahua..
ni suri ada uploadkan beberapa pic yang sangat membanggakan bila pokok2 tu berbunga,berbuah,berputik dan yang sewaktu dgnnya..
my SIL cakap ni pokok duit duit..kena tanam byk2 kat umah suri nih..
tak tau pokok pe,tapi tu dah ada pucuknya...;-)
haa..ni dah ada bunga..2nd time punya tau..

Gitu lah indahnya bila kita mula mempelajari,menyukai,meminati sesuatu perkara yang baru..yang sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran pun kan..indah nya ciptaanMu Ya Allah....

No comments:

Post a Comment