Monday, August 16, 2010

naluri seorang perempuan

Di pagi yg hening ni,tercetus banyak perkara dalam fikiran. Jadi,sebelum suri meneruskan kerja2 pagi ni, ingin sekali meluahkan apa saja yang terlintas.. Naluri seorang perempuan mmg begini agaknya kan.. Cepat terasa kalau ada yang tak kena,tmbahan lagi dengan org2 yang terdekat dengannya. Bila  terjadi sedikit perselisihan, lebih mudah memikirkan untuk mengalah saja dari memanjang2kan.Walaupun ada ketikanya, dia tahu bahawa bukan dia puncanya. Bukan dia yang punya angkara. Malas nak terus berpanjangan mungkin.Tapi, bagaimana pula hatinya?terluka lagi?memendam lagi?Tahu kah kita bagaimana perasaannya?Apa yang difikirnya?entahlah..moga2 terus diberikan kekuatan dalam mengharungi hidupnya..Moga2 diberikan balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.Moga2 terus dikasihi dan disayangi oleh orang sekelilingnya..Tentu doanya juga begitu..

Naluri perempuan mmg begini agaknya kan..InsyaAllah, tahun ni tahun ke 2 suri berpuasa dan beraya sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang sangat suri hormati dan sanjungi, KuHadzrillJeeffry..Doa suri, biarlah suri dapat terus berpuasa dari jauh dan berhari raya sebagai isteri kepadanya sehingga akhir nafas..Persediaan berpuasa?tiada apa yang menarik langsung..Sebab berjauhan, masing2 buat sendiri. Suri sendiri pun tak prepare apa2 pun.Apa yang ada sahaja. Cuma, 3 hari pertama, my lil sis Tihah datang berpusa kat rumah kerana bercuti..So, tak terasa sangat la kesunyian tu..Semapt jugak masak beberapa jenis lauk dan kuih2 yang simple..Tapi suri pun sempat puasa 2 hari je, pastu terus angkat bendera..kuikui..

Baju raya?mmg agak kelam kabut tahun ni..entah lah, last minit baru gi tempah..Baju abang tu nasib baik la banyak tempat lagi yang avaailable..Baju suri yang berpasang2 tu, jenuh jugak mencari tailor..so, ada 2 tempat baru yang suri try..dan nasib baik jugak Mak Cik Maznah nak ambik lagi tempahan, tu pun sbb selalu tempah..Hmm, kadang2 terfikir, dulu masa bujang, semua mama yang uruskan..Awal2 lagi dh beli kain..Pastu tempah pun berbulan2 sebelum puasa..Persiapan awal..bila sampai masa bulan puasa, tinggal buat biskut raya je..Mama yang menguruskan 5 orang anak boleh buat semua tu..Aku yang menguruskan seorang suami pun termengah2 rasanya..Serik!! Sebulan lepas raya kali ni, terus nak buat preparation tuk raya tahun depan..huahua..

Biskut raya?untuk pertama kalinya, suri akan buat biskut raya tuk family ku yang terchenta..Persediaannya?waaahh..dasyat jugak..masa singgah Ipoh aritu, sempat gi Giant sempena promosi raya..Buttercup offer gila2..so, suri borongn dalam 15 ketul..kikiki..sbb kat tmpt len memang takkan dapat harga tu..lagipun offer tu sehari je..

jeng3..dah bersiap sedia..


Setakat Ramadhan ke 6 ni, dah ada biskut yang dah siap!! Hehe..tu la kan, naluri seorang wanita memang begini.Tambah2 lagi bila dah jadi bini orang ni..Tambah2 lagi sejak dari kecik lagi kita dibesarkan dengan tradisi yang mama akan buat sendiri biskut raya..So, kebanyakan pilihan biskut untuk tahun ni adalah antara resepi wajib tayang setiap kali hari raya dalam keluarga ku..termasuk juga yang hubby request..biskut apa?ooppss..tak boleh display lagi..next time yea..Gitu la life seorang perempuan, kan..Masa tengah buat biskut tu, teringat jugak ilmu2, petua2, pantang larang yang pernah my mom bagi dulu..boleh dibuat rujukan..tambahan lagi kita anak perempuan ni, mesti nak ikut apa yang mak kita ajar jugak..Contohnya masa suri buat jem nenas baru ni, dah berpuluh2 kali baca resepi (w/pun senang jenak buat), tapi, masa tangah buat tu, nak jugak call mama..hehee..

Bila difikirkan, besarnya pengaruh seorang wanita bergelar ibu, kepada seorang anak yang juga kini telah bergelar seorang isteri..Semoga biarlah berpanjangan kasih sayang, dan terus menurun kepada anak2ku pulak nanti.. Rasanya, kedatangan Ramadhan dan Syawal kali ini sememangnya memberi pengalaman2 tersendiri untuk suri, lain dari tahun2 sudah.. Yela, berpuasa berseorangan, berhari raya mungkin berlebih2an..

For my mom, my MIL, dan org kampung,nantikan dan rasakan air tangan ku pada hari raya kali ini yea..Tapi,dengar2 cite my mom dah tukar strategi pulak tahun ni..Tak nak buat biskut langsung dah, cuma nak buat kerepek2 dan kacang2 goreng je...Aiii, apa dah jadi ni?dah cuci tang ke mama??

1 comment:

  1. Quote of the month...

    "Yela, berpuasa berseorangan, berhari raya mungkin berlebih2an."

    ReplyDelete