Aidil Fitri..tentunya memberi makna yang tersendiri untuk setiap daripada kita,kan..Bagi suri, setiap tahun memberi pengertian yang berlainan, tengok pada masa, tempat, dan cara perayaan kebanggaan umat Islam ini dirai..Dulu masa kecik2, cuma tau nak berseronok je..pakaian dan kelengkapan yang serba baru..tak boleh tunjuk kat orang lain sebelum tiba hari raya..nanti "basi"..hehe..Bila dah dewasa sikit, lebih kepada masa untuk berkumpul sesama anggota keluarga, yang jarang2 dapat berjumpa..seronok sangat..berborak2, makan2, macam2 cite yang keluar masa tu..bila dah kawin, tahun pertama dah beraya di sebelah suami..huhu..Tuhan je yang tahu perasaan ni..satu pengalaman baru..perbezaan ketara jugak dalam kehidupan suri sendiri..Tahun ni kami akan balik ke kampung suri..ke rumah nenek suri..Persediaan?tak de la terlalu meriah sangat, cuma maybe semangat lebih sikit sebab ni kali pertama suri beraya di kampung bila dah bekerja dan berkahwin..so, dah kena agih2kan angpau..siapkan biskut ku yang tak seberapa tu,
Suri jugak banyak belajar dalam membuat persediaan raya kali ni..dari segi pakaian, kuih-muih, dan bajet
Suasana kat pejabat?sunyi sepi!!yela, student dah balik minggu lepas lagi..staf yang jauh2 tu pun ramai yang dah balik bercuti..Suri pun arini dah last day kerja sebelum balik kampung!! Cuma yang tinggal yang kebanyakannya orang tempatan yang tak de la excited sangat nak meredah kesesakan lalulintas..hehe..Tapi, suri tau, dalam hati diorang tu dah tak de mood nak keje dah pun..asyik teringat nak raya je tu
Suri akan balik kampung esok petang, lepas tunggu Tihah yang baru boleh kuar kul 4 petang..Konvoi dengan kereta my mom..sebenarnya suri ngan hubby nak balik dulu awal pagi esok, tapi my mom ajak tunggu Tihah sama2 (dengki la mama ni..)..ok la, dah siap plan nak memasak untuk bekalan berbuka kat jalanan esok!! Kalau gitu, maybe sempat untuk suri bake brownies malam ni memandangkan byk lg bahan2 yang tinggal..boleh wat pencuci mulut..(kalau menjadi brownies aku tuh..)..
Pengakhirannya, seperti mana teman2 yang lain, suri ingin sekali memohon keampunan dari seluruh teman2 samada di alam nyata mahupun maya (kalau ada yg membaca blog ni..), rakan sekerja, saudara mara yang jauh dan dekat, kerana sudah pastinya ada kekhilafan yang pernah suri lakukan samada secara sengaja @ tidak..Sama2 lah kita meraikan hari kemenangan ini dengan kesyukuran, dengan pengertian, dengan kasih sayang.. kerana ia juga mungkin Syawal terakhir kita..siapa yang mampu menafikannya, kan..Salam tulus sepenuh hati, salam kasih sayang daripada suri, semoga kita sama2 selamat pulang ke kampung, kembali ke rumah, dan kembali bekerja lepas raya nanti..
p/s: untuk suami terchenta, Mr. Ku Hadzrill Jeeffry..ayang pohon ampun & maaf di atas segala ketelanjuran kata dan perbuatan sepanjang bergelar isteri abang..1,2,3..-kita jumpa lagi raya tahun depan- ;-)
No comments:
Post a Comment