Wednesday, March 30, 2011

terkini..

tajuk tu ala-ala pembaca berita terhangat ye..
Idok le gitu, saja nak berkongsi maklumat semasa banjir ni.. Setakat ini mesyuarat bpengurusan memutuskan untuk membenarkan SEMUA PELAJAR UiTM PERLIS balik ke rumah masing-masing sehingga hari ahad ni. sekiranya hujan masih berterusan, arahan selanjutnya akan dikeluarkan.. kelas2 pun ditamatkan terus tadi.. bukan setakat itu, masa suri turun ke pejabat bawah..KOSONG!!!! staf pun semua dah balik, sebab kebanyakan memang tinggal dekat kawasan banjir.. aku je yang melilau-lilau kat ofis..

Waktu lunch tu, one of my staff call, katanya jalan banyak yang dah naik air. dia nak balik ambik anak balik sekolah.. tiba-tiba rasa nak balik, jugak la..entah apa jadi kat luar sana. masa lalu dekat Bilik Gerakan banjir, ramai yang ada kat situ. tapi segan pulak nak snap gambar, kang orang ingat aku press pulak...uwaaa...nampak yang paling busy ialah bahagian kolej la..sebab student semuanya bawah diorang.. menguruskan kenderaan yang nak bawak keluar student ke stesen bas / teksi / keretapi / dll.. yelah, kalau student tak balik nanti, banyak pulak yang kena fikir. Buatnya berlarutan macam sebelum ni sampai terputus hubungan, mana nak provide makanan kat diorang, boleh jadi jugak mesin ATM kat bank dalam ni pun kehabisan stok.. tak ke naya.. 

Masa on the way suri nak balik rumah, call my mom. saje inform sikit-sikit.. ada beberapa tempat dan jalan yang dah naik air, terutamanya junction2 yang selalu air bertakung.. nak tak nak terpaksa lah meredah jugak air. nampaknya kedua-dua stesen minyak utama dah pun ditutup, hampir ke lutut jugak air yang dah naik.. polis pun dah mula bertugas, dah bersedia nak tutup laluan yang perlu..

 ada yg letak kereta ke tempat tinggi sikit..
dari jauh dah nampak dah air yang naik tu..nak guna jalan mana ni ek..

 yeah..mula...
 mengahrung..cuak jugak..
 alamak, kabur la pic ni.. stesen minyak yang terpaksa ditutup..

 agak dalam area ni.. abang2 polisi dah stand by nak tutup jalan dah ni..
makin ramai yang parking kereta kat tepi highway, lebih tinggi dan selamat..
maaf la yek.. kamera handfon, tukang ambik gambar pulak sangatlah amatur..ambik sambil drive pulak tu..hehe..
Bila dah sampai rumah, alhamdulillah.. semuanya masih ok, intai-intai sungai sebelah sana, ok lagi kot..jalan nak balik rumah awal-awal tadi je yang teruk sikit.. mintak-mintak semuanya ok dan berakhir dengan cepat.. baru dapat SMS dari one of my friends "tuan-puan diminta hadir ke Bilik Gerakan Banjir HEP untuk Taklimat Banjir oleh Timb. Rektor HEP.."...Aduh,macamana ek.. dah sampai rumah, kena panggil pulak. Aku tak kesah nak pergi tu, cuma takut keadaan makin teruk samapai aku pulak yang tak boleh balik nanti... confius3..

sempat menjenguk facebook MPP Perlis untuk maklumat terkini..

Ini adalah maklumat terkini mengenai laluan yang sudah ditutp dan masih boleh digunakan....

kangar ke arau ----------> laluan ditutup!! paras air ke paras MERAH
UiTM ke Arau -------------> laluan masih boleh digunakan.paras air adalah JINGGA
UiTM ke Seriab -----------> laluan masih boleh digunakan.paras air adalah JINGGA
...UiTM ke Mata Ayer ------------>laluan ditutup!! paras air ke paras MERAH

harap maklum~


doakan yang terbaik untuk semua...

1 comment:

  1. Alhamdulillah masa saya study kat itm Arau tahun 1996-1999 dulu tak de kes banjir :)

    ReplyDelete