Saturday, July 23, 2011

knowledge sharing: ikhlas tidak menghalalkan hak

okla, kalau dah ada mood tu, sepagi boleh post 2 entry ok.. kalau tak, 2 minggu 1 post pun tak tentu lagi. ada kau kesah? blog aku, suka hati aku la kan..

pagi tadi, masa baru lepas mandi, siap2 nak ambil hubby kat stesen bas, kat tv9 ada rancangan Tanyalah Ustaz, oleh ustaz muhamad abdullah. tajuk pagi ni ialah prinsip keluarga bahagia: Ikhlas Tidak Menghalalkan Hak. suri pun idak menonton dari awal. dah hujung-hujung baru terdengar. 

mula2 rasa tak paham jugak, sebab selalu yang kita dengar ialah "matlamat tidak menghalalkan cara" je kan.. kisahnya, macam suami isteri ni, si suami sering bercakap kasar, dengan cara menengking, atau meninggikan suara. si isteri terasa seperti dimarahi atau tak disukai. mungkin si suami tadi tidak lah berniat begitu, jadi dia bagitau si isteri "abang bukanlah marah, cakap je tu. abang ikhlas. dah memang abang cakap macam ni. nak buat macamana."

Sebenarnya tak boleh. Walaupun kita ikhlas, dengan cara kita, isteri juga ada hak untuk tidak dimarahi atau ditengking tanpa sebab; walhal kalau bersebab sekalipun, si isteri tak layak ditengking, tetapi perlu ditegur dengan cara berhemah. maksudnya, walaupun kita ikhlas, tak berniat tak baik, cara yang kita guna pun perlu diteliti supaya tidak melanggar hak orang lain. orang lain berhak untuk tidak dimarahi apatah lagi diaibkan..

suri sendiri berpendapat perkara ni bukan sahaja berlaku di dalam rumahtangga saja, tetapi juga dalam kehidupan seharian kita. pergaulan di tempat kerja, dengan ahli keluarga mahupun dengan kawan2. ada kawan kita yang cakap dengan kasar, kita terasa dan tertanya2 "apahal dia ni.. cakap elok2 tak boleh ke?" . bagi dia, tak de apa pun. biasa je. dia cakap tak de maksudkan apa2, padahal kita tak selesa. kawan tadi tak sepatutnya mementingkan diri sendiri dengan mengikut caranya sahaja tanpa memikirkan hakk orang lain di sekelilingnya.

suri juga pernah dan mungkin berkali-kali melaui perkara yang sama. selalu terdetik "cakap lah elok2, tak payah berkasar sangat, tak payah menengking2.." selama hampir 9 tahun di utara tanah air ni, rasanya suri agak bersetuju dengan pendapat sesetangah orang bahawa orang utara ni "kasar" sikit bahasanya. bukan merujuk pada semua, tapi hampir keseluruhannya. ini jugak diakui oleh mereka sendiri, terutamanya kawan2 suri masa belajar dulu. mereka sendiri yang selalu menegaskan -org utara ni cakap kasar sikit-

kadang-kadang kita pun sakit hati bila kita ke kedai, salesgirl / salesman / tukang kedai sendiri yang bukan main sombong dan berlagak sekali bila bercakap dengan kita. mengalahkan kita ni nak pinjam duit dia pulak, padahal kita nak kasik dia untung lagi ada.. geram jugak.. servis centre? i'm so sorry sebab tak pernah lagi jumpa dengan mana2 yang memuaskan hati.. sudahnya kita pulak yang sama tak betul dengan dia sebab dok bergaduh dgn dia .. pernah jugak suri sound "senyum sikit la dik..". padan muka, biar dia reti sikit yang dia tu memberi perkhidmatan pada pelanggan. ye tak? nampaknya isu ni dah melalut dah ni. dah jadi sesi luahan perasaan aku pulak. hahaha..

apapun, suri bersetuju dengan ustaz muhamad tadi, walaupun itu lah cara kita, walaupun kita ikhlas dalam menyampaikan sesuatu, kita tetap perlu mengambil kira hak orang lain juga.. tak semestinya tu cara kita, semua orang mesti bersetuju dan  ikut, kan.. kedua-dua pihak mestilah saling bertolak ansur dan  memahami antara satu sama lain. baru lah komunikasi tu berlangsung dengan baik.. siapa pun kita, setinggi manapun kedudukan kita, kita masih perlu menghormati orang lain.. suri pernah terbaca jugak quote olah ilmuan yang suri dah lupa namanya 

"treat other people like how you you want to be treated.."

yeeaay..caiyok3.. jom kita sama-sama memperbaiki diri..;-)

happy weekend..


No comments:

Post a Comment