Wednesday, December 7, 2011

dah ready ke?

Alhamdulillah..tertunai jugak hajat di hati selama ni. Punya lah lama tak update blog. Bila ada masa terluang, dah online, dok jenguk rumah2 kawan la, facebook la, sudahnya tidur mcm tu je. Liat betul nak up citer. Risau jugak, mana lah tau akhirnya stop macam tu je blogging,kan. Rugi rasanya. 

Dan malam ni, lepas tengok rancangan Masterchef, memang tak de cerita yang menarik pun kat tv. So, online kejap, dengan syarat tak bukak mana2 page, kecuali SURIMAYA!! Yeay..mesti update jugak.
Cerita apa ye? Yang mana satu dulu nie? Mana2 je la ye. Sorry la kalau dah tak ikut turutan. Mana yang terlintas dulu lah. Yelah, hutang dah sebulan lebih, macamana nak bayar penuh, ye dak? **peace**

Rasanya hot topic bagi aku sendirik la mesti lah tentang my BFF yang dah semakin…wouu..membesar dengan jayanya. Dah tak mampu mak nak cover dah anak oii.. hehe. Esok genaplah 32 minggu, iaitu 8 bulan. Cepat je rasa kan. Teringat2 lagi masa 1st time dapat tahu dulu. Terbayang2 wajah paknya. Tup tup dah tinggal almost 2 bulan je lagi. Moga dipermudahkan semuanya. Doa ku semoga tak de sebarang perkara tak best berlaku sebelum kami berdua diambil oleh hubby ke Shah Alam.. amin..

Nafas rasanya makin sempit dan pendek je. Jalan banyak pun penat, duduk lama pun penat, baring lama2 pun sesak dada. Serba tak kena dibuatnya. Tapi tak pe la, semua tu pengalaman,kan. Makan pun setakat ni ok2 je. Memang selalu teringin nak makan, dan nak makan macam2. Tapi tak de yang pelik2 la. Setakat ais krim Cornetto, Pizza, Burger Chicken Mc Deluxe Mc D, buah2.. rasa nya biasa2 je kan? Yang tak tahan tu, setiap makanan yang aku nak tu, siap ada brand lagi. Mesti nak yang Cornetto, nak yang Pizza Hut.. haha..Cuma selalunya memang aku tunggu hubby ada baru lunaskan semua tu sebab tak best la layan sorang2,kan. Walauapapun, satu perkara yang aku rasa aku agak bertuah sebab sehingga hari ni masih mampu solat seperti biasa. Teringat sorang kakak masa aku kursus kat Perak aritu, dia cite time dia pregnant, awal2 lagi memang tak boleh solat berdiri. Memang duduk, sampai bersalin. Awal2 tu sebab kepala pening, tak sedap badan. Pastu yang dah akhir2 tu sebab tak larat berdiri lama2 bila tummy dah makin besar. Setakat ni ada jugak my hubby suruh semayang duduk, tapi saje tak nak, sebab rasanya masih mampu lagi. Cuma termengah2 dan slow sikit la. Dan ada masanya terpaksa guna 2 lapis sejadah sebab sakit kat lutut. Apepun, masih bersyukur atas kurniaanMu..;-)

Preparation? Rasanya untuk permulaan, dah ok kot. Cuma ada few things yang tak beli lagi. Toiletries baby and mummy, pampers, bakul bedak, dan yang kecik2 lain tu belum ada. Aritu rasa macam awal sangat je, padahal tiap2 kali masuk shopping complex asyik gi tengok2 je bedak, dll tu. Alih2 bila tengok kalender, aiiyaa..sepatutnya dah kena ada!! Ok2, we all dah plan, next week paknya balik, kita gi beli ye.

Pakaian? Rasanya cukup dulu kot. Nanti tambah2 lagi. Yang kelakarnya memang BANYAK kitorang beli rompers untuk BFF. Tak tau la, yang mana aku berkenan, selalunya rompers. Rupenya hubby pun gitu. Sudahnya, berbelas2 helai rompers tuk BFF. Insaf sekejap. Sekarang kalau jumpa lagi, buat2 tak nampak jek. Baju tidur, suit lengan pendek dan lengan panjang, sume dah ada. Tak terlalu banyak, sebab semua orang pesan – baby cepat besar –
Itu pun ada banyak jugak size yang kami beli ‘newborn’. Tak tau berapa lama sempat BFF nak pakai tu. Maap la ye, maknya and paknya memang tak reti nak agak la.. aku tengok hang, hang tengok aku. Last2 “kita amik je la dulu..”. Teruk betul,kan. Dan ada jugak beberapa item yang aku mintak mak aku jahitkan. Hehe.. barut baby, sarung bantal, and selimut tu semua hand made. Tapi tak siap lagik!! Jangan buat kacau ye onni (panggilan cucu untuk mak aku)…

Shopping kat mana? Merata-rata senah oii. Jenuh survey kedai, tak kira online atau pun on road!! Buku belanjawan tak tau berapa kali tulih, berapa kali padam. Dan kebanyakannya beli online. Paling tidak pun, survey kat website, dan ada masa gi jugak ke kedai sebab ada jugak brg2 yang memang nak tengok, nak pegang sendiri, ye x?

 ni antara kedai yang ada online, tapi kitorang gi jenguk jugak ..banyak jugak yang dapat kat sini..

ni yang paling latest aku gi..last week, kat penang. kebetulan pergi servis kereta kat sana. sebelum ni dah beli byk online dengan peekabo, dan baru ni menjenguk kedai pulak, dan sempat rembat lagik!!
Setakat ni barang2 yang besar tu belum beli lagi, macam stroller, baby carrier (car seat), dan baby coat. Plannya nak beli lepas BFF keluar la kot. Sebab rasanya awal2 nanti mungkin tak guna sangat benda2 tu. Mesti lah kita pun banyak pegang or dukung baby,kan? Nak letak dalam car seat pun cam kecik je lagik. So, rasanya sempatlah lepas habis berpantang baru beli. Cuma baby coat tu rasanya tak de lah perlu sangat lagi –melainkan ada fulus lebih – Sebabnya, buat masa sekarang, BFF banyak akan duduk dengan aku, dan hubby pun tak selalu ada kat rumah. So, xkan lah BFF nak tidur asing2 dengan aku pulak,kan. Kalau paknya balik camane ek? Bersempit lah kita kat atas katil tu yek..haha.. Stroller dan car seat tu memang kena beli la sebab aku yang nak kena drive dan ke mana2 sendiri. So, mungkin tak mampu lah pulak nak mendukung dan shopping buat keje lain dalam satu-satu masa, kan? setakat ni, itulah justifikasi kami. Esok2 tak tentu lagik. Heh3. Sebabnya baru ni masa kitorang ke Mothercare, Subang Parade, dah hampir2 tergoda dengan stroller!!  Memang cantik, lawa, tegap, macho, sempurna la.. Huh, cukup menguji keimanan. Dua tiga round dok pusing. Nasib baik tak bayar beb..
Oklah, cukup dulu citer pasal shopping ek..

Aku sebenarnya plan nak breastfeed my BFF, dan insya Allah akan berusaha untuk Exclusively Breastdfeed my BFF. Doa2kan lah ye. Sebab bila aku banyak baca kat mana2 blog, magazine or dengar cerita orang, dugaannya memang boleh tahan. Harap sangat aku mampu laluinya. Kena kutip ilmu BF dengan penuh istiqamah nih..hehe. so, untuk permulaan aku dah beli barang2 yang perlu..

 sterelizer.. yang ni kalau tak BF pun memang bole guna,kan..lagi bagus gitu.. safety and healthy..

 keep warm and fresh..haha..

nursing cover dan botol utk simpan stok breastmilk..

 memang dasar tak penyabar langsung, terus aku try gune..;-)
 drying rack..


selain dari tu, aku jugak bercadang untuk selamatkan bumi..waduh..macam Ultraman kan? hehe.. tak de la, aku plan nak guna Cloth Diapers untuk my BFF bila dia dah besar sikit nanti.. so, untuk permulaan, daddy nya dah belikan dalam 16 pasang CD tu.. Jom cuci mata..


 ada 10 pasang dari QQ Baby. setiap CD dapat 2 insert.. selalunya gitu la..

 yang ini pulak daddy nya berkenan dengan color yang meletup2.. from Coola Baby. ada dalam 5 pasang kot..

yang ini from Smart Kids, CD pertama yang kami beli kat Putrajaya dulu. sebab berkenan dengan design ala2 seluar jeans tuh..
Semuanya type AI2. ada survey jugak yang Grovia cun melecun tuh, tapi nanti mak keje overtima banyak2 ye nak, baru kita beli..hehehe..
Insya Allah, kalau tak de apa2 halangan hujung minggu ni nak mencuci lah baju2 my BFF ni. nak kena prepare dah rasanya bag kat dalam kereta. mana lah tau..


Setakat ni itu lah yang ada dalam kepala. Yang lain2 tu aku berserah je lah. Mentally dah ready ke?Caiyok3..

1 comment:

  1. Wahhh banyaknye shopping.Best2x!! Sy dulu x beli bj baby sangat pon sbb recycle baju anak2 buah yg kakak dan abang sy kasik. dah jimat sket kat situ. Baby cot pon derang kasik. Cuma beli consumable items je. Baby nak masuk 6 bulan nanti baru kene beli baju baru.

    ReplyDelete