Friday, June 29, 2012

Dompot Isteri: Isteri Umpama Jari..

Malam tadi,sambil layan Medina yang tak nak tido aku tengok Semanis Kurma di TV9, tajuknya 'Dompet Isteri". Yang aku tulis di sini tak de tujuan untuk mengaitkan dengan siapa2 ye. saja-saja review, untuk ingatan diri sendiri saja. plus, ada pesanan-pesanan yang bagus jugak oleh panel jemputan, Ustaz Badlishah (sorry kalau salah ejaan nama..sebab selalu tgk muka,cuma tak tau name..hehe..)..yang aku hightlight biru tu yang aku suke ye..
Kali ini pun tengok berselang seli dengan On-Air kat Astro tu.. ok, dalam point form je yek..

  • Sekiranya isteri yang bekerja dan membantu suaminya di dalam urusan rumahtangga, berkongsi wang pendapatan dengan menolong menyelesaikan bil-bil dan sebagainya, isteri mendapat pahala orang-orang yang bersedekah.
  • Kata Ustaz, lelaki kalau tak de 3 kunci dan 3 ras, tak payah kahwin lagi la..apa tu? KUNCI rumah, KUNCI pejabat dan  KUNCI kereta.. lepas tu beRAS, waRAS dan keRAS..haha..mula dengar macam biasa, tapi bila pikir2 balik,kelakar..tapi rasa mcm betul, kan?? (",).. Maksudnya kena ada rumah, ada kerja, dan ada kereta.. rumah tu tak kisah la rumah sendiri @ sewa.asalkan mampu bayar untuk bagi anak isteri tinggal..kereta pun sama, bukan kata kereta BMW, Honda, ke apa..Proton SAGA pun kereta jugak,kan..kita ukur di badan sendiri.. Then, kalau tak mampu beli beras, anak isteri nak makan apa.. maksudnya si suami perlu kerja, supaya boleh bagi makan untuk isteri dan anak-anak..Waras dan Keras?hehe.. mendalam sungguh maknanya ye..dah dah, jangan nak imagine bukan-bukan.. nak jadi suami bukannya senang cik abang oii.. kena kuat fizikal dan mental nak menghadapi dugaan dan cabaran yang tak henti-henti dalam rumahtangga..so, memang kena sentiasa waras, kental dan cekal.. kalau tidak, lupa kan je dulu impian nak jadi suami a.k.a nak bela anak dara orang! yang ni aku yang hurai, bukan ustaz ye..kang ada pulak nak kena sama aku ni..
  • kemudian, Ustazah Bahiyah tanya soalan, "kalau seorang isteri nak berbelanja, contohnya bershopping, beli baju ke, kasut ke, menggunakan duit gaji dia sendiri, perlu dapat keizinan daripada suami tak? Dan boleh tak kalau isteri yang bekerja tetapi tak menolong suami?" "Jawapan Ustaz Badlishah - itu legally right, but orally wrong.. ikut undang-undang, memang isteri boleh untuk tidak membantu suami, tapi kalau mengikut dari segi hukum alam, sanggup ke isteri nak tengok suami tertonggang terbalik mencari nafkah, tapi isteri yang mampu tak pun tolong, malahan siap bershopping lagi!! Dan  sekiranya si isteri berkerja setelah mendapat izin suami, dia tak perlu keizinan suami untuk berbelanja, kerana duit tu hak si isteri 100% hak milik isteri. Tapi, daripada berbelanja bukan-bukan, baik tolong suami, dapat pahala sedekah..hehe..ni ustaz yg gelak, bukan aku.. ustaz macam nak sebelah suami jek.. Dan Ustazah Bahiyah menambah, walaupun tak perlu keizinan suami, lagi baik kita bagitahu jugak pada suami, sebagai tanda hormat kita pada mereka..
  •  Dan sebagai kesimpulan oleh ustaz, hidup sebagai suami isteri ni kena ada toleransi. perlu menjaga kebajikan masing-masing. Kepada suami, isteri kita ni umpama jari: lukanya sembuh sendiri, hilangnya tiada berganti.. perghh..caya lah ustaz. ayat power.. tapi rasanya betul,kan?? selalunya luka 2 kecik hati isteri ni hilang macam tu je, samada disebabkan si suami yang selalu buat-buat tak tau, buat-buat tak paham, atau lenyap disebabkan sibuk meladeni urusan rumahtangga yang lain..
Bagi aku sendiri, setuju dengan ustaz, setinggi mana pun pangkat dan gaji kita, sanggup ke kita bersenang lenang ketika orang yg berkongsi bantal dengan kita berhempas pulas mencari rezeki, kan.. tapi semuanya perlu batasan. Suami isteri mesti tahu tanggungjawab dan tidak ambil kesempatan di atas bantuan isteri. isteri membantu cuma nak meringankan beban, bukan nak bagi suami chance dok saje..

sama jugak isteri, jangan ambil ringan dengan kebaikan suami, dan keizinan suami bagi kita kerja, sebab dengan izin dan restu suami, kita boleh kerja, merasa pegang duit sendiri, berpeluang nak berbelanja itu ini..macamana bagi isteri orang lain yang tak bekerja? Dua-dua pihak mesti adil, bila isteri tolong suami dari segi kewangan, kerana nak meringankan beban tanggungan suami, jadi macamana pulak suami nak tolong ringankan beban isteri? jom kita sama-sama buat kerja rumah masa cuti, sama-sama basuh baju, jaga anak dan masak.. amacam?aci tak?

dan aku pernah terbaca, yang sebenarnya kerja-kerja rumah pun adalah tanggungjawab suami. tapi, semakin hari, kita semakin mengubah kenyataan dan lama-lama 'servis bertukar tangan' bila isteri pulak yang melakukan semua kerja rumah. dan ada pulak pepatah "tempat si sisteri hanya di ceruk dapur".. entah lah, tapi apa salahnya kalau kita buat semuanya sama-sama, atau bahagi-bahagikan mengikut keselesaan dua-dua pihak, kan..

Apapun, semua yang aku tulis di sini adalah pendapat peribadi SAHAJA.. feel free to comment, argue or disagree..mak ok jer!!! seperti aku bahasakan KITA sebagai isteri, suami KITA, merujuk yang peringatan ini jugak termasuk AKU..bukan memandai nak nasihat orang je.. baru setahun jagung la dalam alam rumahtangga nih.. ramai lagi yang tinggi knowledge dan experience kat luar sana..ok, sharing is caring..


Next,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

drama ni berlaku tadi.. tiada kena mengena dengan tajuk kat atas.. mengisahkan perbualan telefon antara sepasang suami isteri..

isteri: Daddy, ibu kat The Store. tengok2 harga pampers Medina. kita nak gi Pacific lagi tak dlm masa terdekat?kalau ada, nak beli pampers kat sana je.. kat sini mahai 4 hengget.. (very STINGY punya bini..)
suami: beli pampers lagi? bukan hari tu dah beli ke pampers?
isteri yg mula nak naik hantu: (eh,laki aku ni..) Memang la dah beli. tapi dah guna. kena tambah la..
suami: Daddy tengok ada je lagi..
isteri: abis tu tak kan guna tapi pampers tu tak habis.. kena beli jugak la untuk bulan ni..
suami: oo..beli je la, dari kita nak gi alor setar tu, mahai sikit tak pe la..
isteri: ok..bye Daddy..
suami: bye2..

adeh..suami oh suami..nak je aku cakap "nak tunggu tinggal sekeping baru nak gi beli ker?????" sabor je lah..sebab si suami tu selalu gitu. kalau aku beli susu pun dia cakap "aritu kan dah beli?".."beli tu sebab nak guna, beli bukan nak simpan lah Daddy!!!".. beli lah apapun, mesti kena soal gitu..nasib si labu labi betul..apepun, i tetap love u, laling.. skrip si isteri yg gatai..
till then, daaa...

maybe entry last sebelum bercuti esok sampai hujung minggu depan..yaahhooooo..heaven...

2 comments: