Thursday, June 7, 2012

Kitchen Aid

saja nak share apa yang terbaru ada dalam kitchen aku..

1. Waffle Maker..



rasa macam impian jadi nyata gitu..dah lama idam2kan.pernah terfifir nak mintak one of my good fren yang kat UK tolong belikan sebab tak tau mana nak dapatkan barang ni kat m'sia, walaupun tengok dah ramai yang guna kat dapur diorang. sekali tu, try search sekali lagi, from website to another, from blog to another..maka terjumpa la akhirnya. katanya ada jual di Parkson. dan seriously, masa tu aku kat shah alam. semua outlet Parkson di Selangor dan KL aku call, tanya ada tak benda alah ni. ada yang tak de stok, ada yang tak tau pun benda apa ni..dan last, jumpa kat Parkson Sg. Wang, KL.nasib baik masa aku call tu, adik tu kata ada stok, banyak lagi, baru je sampai semalam. Setakat ni yang aku tau brand TAKADA je yangmasuk market Malaysia.Waffle Maker yang guna untuk jual kat kiosk2 tu, yang untuk industri tu,yang besar gedabak tu memang la banyak.. So, last day sebelum balik Arau aritu, kami ke KL dulu, semata2 nak beli waffle maker..haha..dan nak dijadikan cerita, tinggal 1 set ni saja tau..memang rezeki betul lah..happy tak tau nak cakap la..resepi dah ada, tunggu nak buat je..dan hasilnya...

adunan yang dah siap..best..cuma nak alter kasi lembut sikit lagi..

love..love..

see...Medina pun interested nak join breakfast kitorang aritu..nyam3..

2. Ring Cutter

apa tu?aku pun sebenarnya tak ernah kenal benda ni, walaupun pernah tengok masa gi cuci bijik mata kat kedai2 bakery sebelum ni..sehinggalah....

 credit to:kak azlita cantik sungguh kek ni.. 

aku pun terasa mcm nak belajar buat kek tu..tercari2 kat mana boleh dapat acuan untuk buat Chekered Cake tu.. dah lupa jugak kedai mana yang aku pernah nampak alat tu sebelum ni. dan dalam aku dok jalan2 kat blog kawan2 masak yang lain, ada satu blog yang aku betul2 dh lupa  yang mana satu, link kan ke fb Kak Zaitong kalau sapa2 nak beli ring cutter tu.. so, aku pun cuba lah contact thru fb dengan kak zaitong. dan setelah beberapa kali bermesej di fb, finally...


sampai jua ke tangan ku.. agak berminggu jugak lah nak dapat benda ni. sebab masa mula-mula tanya tu, nak tau harga dulu..time tu belum gaji, just inform kak zaiton je dulu..hehe..RM 25 hengget pun nak kena tunggu gaji tau.. SEDIH . so, bila dah cukup tabung duit, terus bank in. tapi kak ton kata kena tunggu turn, sebab ramai yang tempah dan ring tu sedang dibuat..ok la, xpe. boleh je tunggu. sebab bukan nak buat terus pun kek tuh..nak kena tunggu timing elok dulu..hihi..dan, last week, kak ton mesej aku, kata turn aku dah sampai dan dia akan pos ring cutter tu..yeeaayy...

sila abaikan meja ofis aku yang tak semenggah tuh..

siang malam berangan moga2 kek aku boleh jadi macam kek yang kak ita buat kat atas tu..atau sekurang-kurangnya macam ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 juga dari kak azlita, bolg masam manis..Rainbow Checkered Cake..

tapi, setakat nak berangan, tak payah beli ring cutter pun tak pe,kan..hahaha..doa-doakan lah biar aku dapat buat kek tu dengan jayanya dlm masa terdekat yek..dan masa tu, aku akan post kan banyak2 kat sini..verangan lagik!!!

tu je lah apa yang aku ada sekarang selain dari benda2 basic yang lain tu. macam oven, stand mixer yang b iasa jek..bukan lah yang besar dan canggih manggih tu walaupun memang teringin jugak..hahaha..
 nanti la, kalau ada lagi 'pembantu dapur' aku yang bertambah, aku share lagi..wish list?huuhhh..banyakk..dengan harapan encik suami membaca dan memahami hasrat murniku..ahaks..

dan yang bestnya,bila dh jenguk2 fb kak ton, ada yang lain pulak yang menarik perhatian aku..apa?adala...(dengan nada kerek)..poyo..

k la, till then, daa...

1 comment: