Friday, February 22, 2013

Kemboja & Vietnam - Part 2

Okay, nak sambung sikit lagi trip kami ke Kemboja baru ni..

9-11 Februari 2013
lepas breakfast, bertolak balik ke Phnom Penh. sebab nak teruskan aktiviti kemasyarakatan di kampung angkat pulak. Kampung tu nama Kg. Ooi Smaith. tak tau ejaan betul macamana, sebab semua orang eja lain-lain..haha.. kampung ni dah dijadikan kampung angkat UiTM sebab kami memang akan terus ke sini lagi nanti. untuk tengok progress pembangunan daris egi agam, persekolahan dan sebagainya. melalui bantuan-bantuan yang kita salurkan. kampung ni ramai orang Islam, tetapi terpencil dengan pembangunan di sana. memang banyak kekurangan dan perlukan bantuan dari semua pihak.

perjalanan balik kali ni memang memenatkan. yelah, dah berjalan kat Ho Chi Minh baru ni, tenaga pun dah banyak hilang. tapi kena prepare juga sebab kat kampung nanti lagi banyak aktiviti, dan sudah tentu tak selesa macam dok kat hotel Phnom Penh. Nina ok je sepanjang jalan. tidur je lah kejenya. lapar betul, sebab dah pukul 4 lebih baru sampai Phnom Penh. makan tengahari dibungkus dan kami makan dalam bas je. tak sempat nak berhenti makan dah, perjalanan nak ke kampung pulak ambil masa 2 jam. memang kesian betul dengan Nina. mesti sakit habis badan-badan. sabar je la..

sampai kat kampung, disambut oleh orang-orang kampung yang dah lama menunggu. macam sebelum ni jugak, diorang siap pasang khemah macam nak kenduri. tiba-tiba rasa sebak je sebab ada yang masih kenal kitorang yang dah pernah datang ni. dipeluk2.. ada jugak yang terkejut sebab masa datang dulu aku pregnant, datang kali ni pun sama!! haha.. dan mereka nampak teruja jugak sebab kali ni ada 2 orang budak kecik dalam rombongan kami.. haha.. macamana la budak Nina dan Ali nak survive kat kampung, tak tahu lah aku..

sebab dah Maghrib, kami pun terus bersiap-siap, solat dan menjamu makan malam. aku memang dah mintak Daddy mandikan Nina sepanjang dekat kampung sebab aku risau toilet licin, dan nak mandi paip telaga kena bercangkung. memang tak larat la. so, setiap kali time mandi dan basuh botol susu/bekas2 makan Nina, aku serah pada Daddy. kaum perempuan akan tidur dalam sekolah yang dah dibentangkan tikar dan yang lelaki akan tidur dekat surau sebelah. Untuk Nina aku cuma bawak tilam nipis - kuilt rasanya (from IKEA) dan bantal je.  ok lah tu, nak selesa sangat macamana kan? biar dia rasa susah senang sikit. hehe..

malam tu ada meeting untuk teruskan program kat sini. kali ni kami adakan program berkhatan, kenduri kampung, kelas-kelas untuk anak-anak, dan penyerahan sumbangan berbentuk pakaian, ubat-ubatan, dan apa saja yang ada. mereka kat sini memang tak mampu nak bayar kos rawatan untuk khatankan anak-anak, sebab duit tu diperlukan untuk kegunaan asas yang lain. jadi, kali ni kita dapat khatankan lebih kurang 35 orang anak-anak. Alhamdulillah.. walaupun kesian tengok mak bapak beratur tunggu giliran, lepas berkhatan tu pulak angkut anak-anak naik motor balik rumah!! memang seriau tengok.. tak pe la,  sekurang-kurangnya ada jugak bantuan untuk khatankan mereka. siap dengan mandikan budak2 tu dulu sebelum berkhatan.. lepas khatan, kita bagi sumbangan duit dan baju baru untuk diorang. dan ada juga di kalangan peserta yang bagi sumbangan duit sendiri jugak. bersemangat budak-budak tu dapat duit dan beg yang ada macam-macam.

pada masa yang sama, kami jugak menyumbangkan 2 ekor lembu untuk dimasak sepanjang program. jadi, AJK masak-memasak ni bergotong royong kat belakang. masak masakan Malaysia. siap bawak segala bahan dari KL tau.. orang kampung ni nak rasa makan daging setahun sekali pun payah. tunggu masa hari raya Qurban, tu pun kalau ada orang bagi sumbangan. jadi, bila sesekali dapat makan, memang seronok. aku yang tengok pun rasa happy je tengok diorang makan. tapi, gambar2 memasak memang tak de la, sebab diorang tak bagi aku tolong pun kat dapur.. haha.. sebab2 kesihatan dan keselematan ok..



sebelah malam kedua, ada kelas-kelas mengajar bahasa inggeris dan melayu untuk budak-budak. dan untuk orang dewasa, ada pemeriksaan kesihatan dan agihan ubat-ubatan. diorang beratur, bagitau kalau ada masalah apa, dan kita bagi ubat. rombongan kali ni kita bawak doktor-doktor dan kakitangan kesihatan dari UiTM Perlis dan Shah Alam. aku borak-borak dengan Medical Assistant tu, kebanyakan masalah kesihatan yang dihadapi ialah sakit urat, batuk, demam,dan sakit-sakit biasa. batuk tu memang tak dinafikan sebab masa tu keadaan kat sana sangat panas dan kering berdebu..



Hari terakhir sebelum kami bertoak balik ke Phnom Penh, breakfast dengan mihun goreng Singapore dan kuih bahulu. siap dengan kopi panas lagi. minum air panas kat sana rasa macam best je. maybe sebab air tu dimasak dengan cara tradisional kayu api, tu yang best agaknya.. bertambah-tambah mak minum..haha..

habis sesi bergambar dan kemas-kemas barang, ada buat serahan bantuan kilat sekali lagi. kali ni penduduk kampung nak mintak beli tanah untuk dijadikan kawasan perkuburan. sekarang mana-mana yang meninggal dikebumikan di kampung lain. kesian aku dengar. kalau mampu, nak je tolong. dalam hati berazam, balik Malaysia ni harap-harap dapat terus cari dana untuk bantu diorang lagi.

lebih kurang jam 9 lebih, bas sampai dan kitorang bertolak balik. macam selalunya, bila bersalam-salam mesti lah siap dengan drama melayu kan. cuma kali ni aku lebih strong berbanding kali pertama.. sebak memang sebak, tapi cuba bertahan. ada makcik2 yang peluk sambil takputus-putus ucap terima kasih. dan ada yang datang pakai baju yang kita bagi bantuan. syukur.. semoga di panjangkan umur untuk terus bantu mereka..


 sebelum bertolak balik..








thank you semua..

sampai di Phnom Penh, check in hotel dan berjalan sendiri je. kami cuba intai-intai market yang bukak nak beli sikit-sikit lagi barang. tapi kebanyakannya tutup sebab mereka bercuti panjang sambut tahun baru.. kalau adapun yang berniaga kat tepi-tepi je. kali ni banyak pulak borong baju untuk Nina. jauh lebih murah dengan harga Malaysia. yelah, kebanyakan baju yang jual online tu made in Kemboja..

sempat bawak Nina naik tuk tuk, pengangkutan awam yang femes kat sana. kejap je seronok, Nina dah tido..ciss...

sebelah malamnya makan kat hotel je. siap-siap sebab esoak awal pagi kami kumpulan pertama yang akan balik ke Malaysia..

12 Februari 2013

jam 6 pagi, turun breakfast dan terus bergerak ke airport.. flight kami jam 7.35 pagi waktu kemboja..
oh, HAPPY BIRTHDAY NINA.. celebrate di dua negara ye..

lebih kurang jam 11 kami sampai LCCT, settlekan barang-barangd an balik ke UiTM Shah Alam. jam 3 petang sampai rumah dan rehat..

tamat sudah ceritera perjalanan ke Kemboja dan Vietnam kali n i..
daa...










1 comment:

  1. Salam.. anda mencari pendapatan sampingan??
    Klik link ini untuk mklumat lanjut..
    My Invite Pay

    ReplyDelete