Thursday, May 2, 2013

kalaulah saya boleh pilih..

cerita ini mungkin kedengaran agak emosional.. layan je lah mak buyung yang menghitung hari ni kan.. baik tulis kat sini, sekurang-kurangnya terlepas sikit, daripada asyik teringat, teringat dan terus jadi sakit hati..


  • lepas dah setahun kawen, orang tanya bila nak ada baby.. saya pun tak tahu nak jawab apa. masa tu dah berjauhan dengan suami. saya di Perlis, dia di Shah Alam. alhamdulillah, saya tak berapa tertekan sangat dengan soalan2 "maut" tu, sebab saya tau kalau diberi rezeki pada masa tu pun, takut saya yang tak mampu. yelah, berjauhan, kerjaya yang tak tentu masa dan kemampuan ekonomi dan emosi yang diperlukan. jadi saya dengar dan senyum saja bila orang tanya. dan, tak lupa saya juga berusaha.. sehingga lepas 2 tahun kawen, ngam-ngam celebrate anniversary, kami diberikan rezeki itu.. Kalaulah saya boleh pilih, rasa-rasanya nak ke saya saja-saja ambil masa yang panjang / mengelak untuk pregnant? tentu tak kan..
  • bila tengok saya dok berjauhan dengan suami, orang tanya "bila nak duduk sekali?" " tak boleh tukar ke?" "kalau tak boleh tukar, kenapa terima kerja ni dulu?" - susah betul untuk kami jelaskan semuanya, biar semua orang paham dan diam tak tanya-tanya lagi dah.. Kalaulah saya boleh pilih, rasa-rasanya nak ke saya saja-saja nak duduk jauh-jauh, makan sorang, sakit sorang.. tentu tak kan..
  • lepas Nina 6 bulan, saya diberitakan pregnant lagi. saya sendiri terkejut dan tak sangka. dan orang mula cakap "cepatnya.." " eh, anak sulung baru umur berapa?" " eh, bukan baru berapa bulan cuti bersalin?" dan macam-macam pertanyaan dan pandangan yang hurrmm.. payah nak explain. nurse-nurse di klinik government yang saya pegi pun bising, menyindir dan menjeling.. (sorry, terpaksa sebut "government". mak saya jugak kakitangan hospital kerajaan. tapi, realitinya memang macam tu.. ;-p. Ma, if u're reading this, i'm sorry and i love u..hehe ) mungkin sebab saya bersalin secara ceaser, jadi agak memeranjatkan bila saya tak ambil masa yang lama pulak untuk yang kedua! saya cuba jelaskan yang kami pun tak sangka, tambahan lagi masa nak dapatkan Nina dulu agak lama mencuba (2 tahun). tapi, susah nak puaskan hati orang kan? dan, sungguh tak adil untuk saya salahkan kehadiran baby ni pulak. sengaja atau tidak, terkejut atau terancang, itu kan rezeki Allah.. ye, saya tau kami masih boleh mengawalnya. tapi seperti yang saya bagitau - kami pun tak sangka kami dipermudahkan kali ini - Saya ambil pilihan untuk buat pekak je. kalau jawab pun sepatah dua, supaya tak keluar lagi ayat-ayat tak elok dari mulut saya ni. Kalaulah saya boleh pilih, rasa-rasanya nak ke saya saja-saja nak sakitkan dan bebankan diri? tentu tak kan..
  • sekarang, kalau jumpa saya biasanya orang akan tanya pasal nak deliver. yelah, dah sarat benar kan.. bila tahu yang saya sekali lagi akan ceaser, dan kali ni pulak elective ceaser, yang mana memang dah tau awal-awal akan ceaser, "kenapa nak ceaser? try normal dulu la..sayang la..rugi tau.." Erm, macamana nak explain ek? kalau la korang boleh tau dan faham yang saya nak sangat-sangat bersalin normal, sejak dari anak pertama lagi! semuanya saya cuba usahakan. sampai overdue, sampai pecah ketuban kat rumah, dan sampai akhirnya Dia dah tentukan ke OT jugak saya akhirnya.. untuk kali ni, saya masih berharap untuk normal lagi. betul-betul berharap. orang kata makan VCO (minyak kelapa dara) bagus dan bantu mudahkan bersalin, saya beli set bersalin yang ada VCO. walaupun mahal yang amaaattt. huhu.. walaupun saya rasa set yang saya guna masa berpantangkan Nina dulu (set bersalin NR) pun dah cukup ok dan affordable. saya jugak belajar cara-cara urutan perinium. tapi tak sempat amalkan sebab doc dah decide saya tak dapat bersalin normal. usaha saya, tapi kuasa dariNya yang menentukan. kalau saya sendiri memilih untuk ceaser, buat apa saya tunggu sampai sakit (masa Nina dulu), bertarung di LR selama 12-14 jam, sampai terpaksa buat emergency ceaser, last minute call for pakar bius dan sebagainya - which is bilnya bukan main tinggi lagi. ye, saya tak nafikan ada orang memang saja pilih nak deliver secara operation sebab tak nak sakit contraction. kawan-kawan saya pun ada yang pilih macam tu. tapi, apa salahnya? semua antara kita boleh memilih kan?
  • sampai hari ni, saya still letak harapan, kalau lah tiba-tiba sakit nak bersalin datang lebih awal dari tarikh untuk saya operate nanti, mintak-mintak doc bagi saya cuba normal dulu. tapi, saya pun tak pasti dapat ke tidak. mungkin ramai yang cakap bersalin kat private terutamanya, diorang memang akan charge kaw2 punya. terus decide kena ceaser, senang cerita. bayar mahal dan tak banyak keje. belah, jahit dan siap! jujur, adakalanya saya pun terlintas macam tu. tapi, saya percaya atas dasar humanity jugak, doc-doc tu terpaksa paksa saya pilih untuk ceaser. macam kes saya, saya diterangkan tentang history saya masa nak deliver Nina dulu, pro and con untuk saya buat keputusan seterusnya. yup, saya pun bukan kaya raya, tapi tak sanggup jugak nak gadaikan rezeki dariNya ni semata-mata untuk kepuasan dan menjimatkan poket sendiri.. sebab tu, walaupun dengan hati yang sangat berat, saya setuju untuk melalui operation sekali lagi.. semalam baru Daddy cakap kat saya "dulu ibu takut sangat nak kena ceaser kan? kali ni nampak ok je.." " hai la Daddy, kalaulah boleh ambil pisau dan belah dada ni, Daddy akan nampak semua urat2 takut dan risau tu tau!!"
entahlah, saya bukan lah terlalu marah atau kecewa dengan sapa yang bertanya atau bagi opinion. tapi, cukup setakat itu. u can give your opinion. even opinions. tapi jangan sampai memandang orang lain salah, orang lain tak kena. kita buat urusan kita dengan cara masing-masing, boleh kan? dalam masa sekarang, saya cuma teringat doc pernah ingatkan saya "ada orang dapat peluang bersalin cara senang, dan ada orang tak dapat. as long as u dan baby selamat, it's ok" - Jadi, saya anggap saya adalah di kelompok kedua - tak dapat peluang yang agak mudah tu. tapi, sekurang-kurangnya kali ni saya lebih bersedia. dan saya perlu akui dan syukuri, pengalaman saya pregnant kedua-dua anak saya tidaklah seteruk ibu-ibu lain. ye, itu satu peluang yang mungkin orang lain tak dapat. Allah Maha Adil, kan..

jauh di sudut hati saya ni, saya nak ada anak yang ramai. tambahan pulak family sebelah saya kebanyakannya tak menghadapi banyak masalah bersalin. boleh kira subur dan senang bersalin jugak la.. tapi, saya tak pasti nasib dan rezeki kami macamana. lepas doc bagitau yang saya tak dapat try normal, saya terfikir 'erm, 3 orang je lah kot anak aku nanti..' dan saya bagitau Daddy "ok ke Daddy kalau ada anak 3 orang je? nanti bila dah cukup 3 dan ibu tak boleh pregnant dah, Daddy nak kawen lain pulak..". Dia gelak je.. gelak ada makna la tew...

itu lah, kalaulah boleh dipilih, rasa-rasanya ada ke orang yang sengaja cari jalan sukar, cari jalan yang jauh dan penuh dugaan dan cabaran dalam hidup dia untuk capai kesenangan? rasanya tak de. semua orang nak senang, nak cepat dan nak dapatkan semua yang dia impikan. tapi, kemampuan kita terbatas.. wallahualam..







1 comment:

  1. Jika diberi keizinan rezeki, Insya' Allah we go for FIVE ;).

    Allah akan memberikan rezeki/dugaan kepada org yang mampu menghadapinya. DIA lebih tahu akan kemampuan kita. Kita berusaha, kepada Nya kita berserah .:

    ReplyDelete