Wednesday, October 2, 2013

smart phone: whatsapp, wechat, etc.

ok, tukar topic yang 'up' sikit.. hehe.. aku bukan lah orang yang hebat sangat dengan jenis-jenis smartphone, tak jugak yang up to date tau semua yang terkini pun. tapi, 2-3 bulan lepas mula merangkak belajar perlahan-lahan since we are end up dengan sorang satu these gadget.. me, pilih iphone dan my husband pilih yang the latest from Nokia, which is Lumia.. nak tak nak, mesti tau. godek-godek sikit sikit, lama lama biasa la..

sebelum ni, bila keluar makan atau mana-mana, tengok family yang sibuk dengan handfon / gajet. anak-anak main sendiri, atau juga sibuk dengan benda-benda tu. selalunya aku fikir, tu lah yang tak best ada telefon canggih manggih ni, masa kat meja makan tu la nak main handfon. semua layan diri sendiri je. so, macam tak best sebab keluar ramai-ramai tapi sibuk dengan hal masing-masing. 

bila sendiri dah guna, baru tau kan.. then tiba2 realize "yela, masa makan ni lah yang boleh duduk godek-godek handfon pun. dari tadi sibuk melayan budak2, mana sempat nak tengok telefon pun..". Pulak. Ngee.. siapa lagi yang berperasaan sama macam aku, sila angkat tangan!! Tapi aku punya part sedih sikit sebab Nina memang more interested dengan my phone compared to her daddy. maybe features yang sama dengan ipad, so dia lagi biasa. untung la daddy!! Nina tak kacau dia pun. even dalam kereta, Nina dok dalam car seat then nampak aku pegang phone, memang dia meraung-raung nak yang aku. dia pasang lagu2 la, cerita apa ntah. kadang-kadang dia usik jugak benda lain mcm skype, keek, dll..

cuma, aku selalunya try to remind myself bila ada kat rumah, masa untuk family terutamanya kids. dah seharian semua sibuk dengan kerja dan diorang kat taska. lepas ambik diorang dari taska, aku akan letak dulu telefon jauh2 dan spend masa sama-sama dulu. kalau semua dah cool down (dah bagi susu, makan, dsb), baru lah start buat keje atau guna telefon. waktu makan pun aku akan cuba elak untuk melekat dengan telefon sebab dari dulu lagi aku rasa kat meja makan is the besssttt place untuk kita borak-borak, cerita, share apa saja sama-sama dan layan budak2. So, try untuk tak guna handfon atau tengok tv masa makan.  As for now, aku selalu bagi Nina makan sendiri, nak asah skill makan dia.. tak de suap-suap dah. kadang-kadang je la.. Aku pulak jenis yang pantang kalau aku tengah cakap/cerita, orang tengah main telefon atau sibuk dengan benda lain, terus putus angin mak.. diam je la ters..

yang bagusnya tentang telefon berteknologi tinggi ni (dasyat ayat aku..), kalau betul dan kena caranya, banyak yang boleh bantu kita. dalam keadaan terdesak nak kena online internet, memang berguna. maklumat pun senang nak dapat. dan sekarang pulak, kami 1 family create group untuk WhatsApp pulak.laaagiii tak jadi keje. yedok? best sebab banyak benda / cerita boleh share on the spot. makan nasi lauk apa pun nak bagitau!!! mak aku yang baru belajar guna whatsapp tu punbukan main cekap main emoticon!! banyak discussion boleh dibuat dan keputusan boleh dicapai segera,, nak buat announcement pun taruk je kat siu.. kalau nak jumpa semua, memang kena tunggu turn la. so, bila borak2 'atas angin' gini, lagi senang kan.. siap tergelak dan sengeh sorang2 lagi. kalau time urgent atau driving, aku rasa Wechat banyak membantu. sebab kita dah susah nak type mesej, so guna short audio tu je pun boleh.. best..best..

All in all, aku rasa semua datang dengan kebaikan dan ketidakbaikan masing-masing. Cara mana kita nak apply semuanya tu yang menentukan betul ke tidak, baik ke tidak. Boleh berwhatsapp, berwechat, bermesej atau berinternet, tapi berpada-pada lah. Jangan sampai hilang nilai atau value sesebuah perhubungan sesama manusia..

Imran buat muka boring masa tunggu daddy pilih telefon..


No comments:

Post a Comment