Thursday, December 19, 2013

7 months milestone

dah begitu lama tak berupdate. apa nak jadi dengan tuan tanah, tak tahu la.. tiap-tiap hari pun online, ber blogwalking sakan. nak update yang sendiri, ke laut.. sudahnya, ceritaku  basi macam tu je. ok, secara cepat dan pantas, nak share progress imran sehingga sekarang dah pun 7 bulan.


  • meniarap - checked. dah merauyau merata sekarang ni. nak pakai pampers / baju pun susah. cepat je nak berpusing. baju cpt je kotor, sebab dia tawaf semua kawasan dalam rumah, sambil2 lap lantai.. huhu
  • sudah mula makan solid - start dengan puree labu, sama macam nina dulu. tapi imran nampak tak berapa sangat dengan labu. apple - sangat suka. ada masa saja suapkan apple , buat snek. seronok tengok dia makan. mula-mula start solid tu, memang susah sebab dia tak pandai lagi. so, bulan pertama memang slow. just bagi setakat yang dia nak, at least dia asah skill untuk makan. masuk bulan kedua ni, nampak makin ok. 
  • rasanya imran lebih friendly, compared to nina masa usia macam sekarang. suka bila orang tegur dia, ramah menyapa orang semula. siap gelak-gelak, lompat-lompat tak sedar airliur meleleh..ngeh3. aku rasa, maybe sebab nina dulu tinggal dengan aku je. surrounding dia tengok muka ibu je, except masa kat rumah babysitter. imran pulak, memang biasa ramai orang tiap-tiap hari. kat taska ramai orang, kat rumah dah ada 4 orang. selalu keluar and meet people around. agaknya la.
  • nangis kuat ok.. dalam pada ramah tamah tadi tu, imran punya vokal yang kuat.. sangat maskulin! kalau tak de apa hal sangat, ok je dia boleh main sorang-sorang. tapi kalau lapar atau panas, siap la. nangis bukan main kuat. siap marah2 lagi. 
  • wake up call imran malam-malam paling kurang 3 kali. aci tak?? ada jugak masanya tiap-tiap 1 jam bangun. start 12 tgh malam, sampai 5 pagi. masa dia tak berapa sihat baru ni, every 40 minutes!! aku ting tong minggu tuh. seksa mak dibuatnya. sekali dia bangun, nangis sekuat-kuatnya la. kadang-kadng aku bangun tgk je dia. sambil nagis pun tertido balik. nampak sangat mengantuk , tapi gigih nak bangun jugak.  so far, imran co-sleep dengan aku. actually, 2-2 pun co-sleep. sorang kanan, sorang kiri. senang nak breastfeed.
  • eczema - lebih sikit dari nina dulu. dia suka betul garu-garu, maybe sebab panas dan peluh. bila kena kuku, calar abis la dahi. ada jugak masanya merah-merah bawah leher. setakat ni sapu krim la. dah beransur hilang sikit, naik balik. yelah, sebab eczema ni kan tak hilang. cuma kita control je la.. ada guna macam2 krim, termasuk Virgin Cocunut Oit, Olive Oil.. 
  • gigi belum tumbuh. tak pe lah, nina dulu pun lambat jugak tumbuh. tapi dia pun gatal gusi kot, semua benda nak gigit.

itu je dulu pencapaian imran yang aku ingat dan nampak. will update if ada lagi nanti. 






No comments:

Post a Comment