Monday, August 23, 2010

kita review sikit..

Hari ni boleh dikatakan great Monday jugak la..walaupun ada keje yang ad-hoc yang menyakitkan hati menduga kesabaran, tapi Alhamdulillah akan dapat diselesaikan dengan bantuan my staffs, my hubby and also my sifu, yg tak perlu lah disebutkan namaya (low profile sket, sbb ramai yg kenal)..hehe.. Yela, bagi date line yang boleh menjerut nyawa oo...walaupun sebenarnya keje tu belum beres, suri tengah tunggu my sifu edit sket lagi sblm hantar kat pengurusan..hope everything will be fine..Keje macam ni yang penat tang nak pikir benda2 besar ni la yang tak tahan..asyik2 planning..ngadap bos, mesti tanya, what's ur next planning for ur unit?for ur students?for ur team?waduuh..boleh beruban cepat la kalau gini selalu..kalau la boss tanya,whats ur next planning lagi, boleh tak agak2nya aku jawab " send me back to my husband!!!"..besarnya cita2 ku..

Banyak sebenarnya yang nak di entry kan kat sini (selalu pun gitu..)..Tapi, meh kita sembang pasal ni dulu la..Apa?apa?main2 plak ek..Ok la, for the first time thru my blog, suri nak review sket beberapa tayangan TV yang menarik sepanjang weekend lepas..Tak semuanya, sebab banyak jugak cite yang diulang tayang kan..Biasa la tu..Satu benda yang suri tau,suri ni kalau tengok drama/movie/apa2 cite, lebih suka yang ringan,simple,tak perlu nak pikir banyak2 sangat, tapi ada pengajaran..kalau bab bunuh membunuh, lawan berlawan, culik menculik, ganas2, misteri2, memang tak layan la..Cite hantu yang pertama dan terakhir yang tengok pun cite Jangan Pandang Belakang..tengok masa bercinta dulu..tu pun dah tak de idea nak elak..terpaksa la..dok seat depan lak tu..suara aku memang mengkagumkan la kat dalam panggung..wakaka..Kepada sesiapa yang terlibat dengan kejadian tersebut,sila mengaku!!!hehe...melalut pulak dah..Pendekkan cite, bagi suri senang je..Untuk apa kita tgk movie/dvd/drama? cuma nak rilex, suka2,sambil belajar sikit2 pasal budaya orang, pergaulan dan maybe tengok pada moral of the story nya..So, kalau tengok cite yang teruk2 sangat,sampaikan kita pulak yang tertekan balik nak memikirnya, rasanya baik tak payah la..hehehe..ni cuma my opinion saja..ok lah, let's check it out!!!


PESONA CINTA (Sabtu / 9.00p.m. / TV1)
Suri dapat tahu pasal cite ni masa baca paper kat ofis 2-3 hari sebelum tu..Mula2 tak perasan sangat, tapi bila baca sinopsisnya, baru la tersedar yang cite ni diadaptasi dari novel..novel tu suri suka sangat..3-4 kali baca, 3-4 kali jugak la syahdu dibuatnya..hehe..So, of course lah excited nak tunggu cite ni..Apa2 keje tuk malam tu semuanya block..hehe..
Not bad jugak la cite tu cuma rasa macam tak menyeluruh sangat penceritaannya tu..banyak jugak part yang terpaksa (maybe..) di 'shortcut'kan atas faktor time length..yela, kita baca novel tu mau sehari dua nak abis..tu pun kira ekspres dah.Ni kan pulak nak buat cite dalam masa 2 jam..Belum tolak dengan iklan lagi..So, banyak jugak key point yang suri tertunggu2 tapi tak de pun..Maklumla, kita baca novel tu, boleh kata ingat tiap2 part, rasa macam missing jugak la bila part2 yang touching tu tak de..huhu..
Lagi satu, kita bila baca novel tu,mmg letak sepenuh perasaan dan jiwa la (kalau tak,tak kan sampai nangis, ye dak...)..Tapi bila tengok Emelda (yang jadik heroinnya) tak berapa feel sangat, so rasa tu tak berapa sampai kat kita..ewah2..suka ati ko je nak komplen orang..Tuan Director!!ambik la saya berlakon!!kikiki..Bukan apa, saja la nak komen sikit2..Lain rupanya perasaan org yang betul2 paham cite tu, dengan orang yang disuruh untuk paham cite tu..kan..
So, bila my dearie tanya, best tak cite tu, suri boleh cakap, ok la..tapi lagi best kalau baca novelnya..
Apapun, congatulations....

TEH TARIK KURANG MANIS (Ahad / 10.00 p.m. / Astro Prima)
Cite ni pulak suri tengok masa iklan gitu2 je la..rasa macam best je..ok la kot..So, malam tadi pun tertunggu2 la..ingat kul 9, rupenya kul 10..hmm,sempat jugak dok kira2, nanti tido lambat plak aku ni..tapi tak pe la,malam ni je...kononnya..kenapa Teh Tarik Kurang Manis?sebab, secara tak sengaja kedua2 merpati 2 sejoli ni meminati teh tarik kurang manis bersama air suam..kalau ada simbolik yang lain, mungkin suri yang tak tau..


Mula2 sekali nak gitau, cite ni best!!!!suka sangat..overnya aku..Komedi yang tak 'bodoh', relaks, pelakon tak de lah tip top sangat, tapi semuanya pandai main watak diorang.Zul Huzaimi, Sabrina Ali, Fasha Sandha dan Ary Malik yang dah lama tak enteprem tu...Punch line kena pada masa, tak banyak sgt yang anti-klimaks..best la..and yang penting, tanpa suri sedar, banyaaak pengajaran kat dalam penceritaannya..apa yang dipaparkan sebenarnya banyak berlaku di kalangan kita, orang2 biasa, tak kira dari golongan mana pun..Dalam mengharungi hidup berkeluarga, banyak yang kita tak sedar, kita terlupa, dan kita terleka..maybe jugak keutamaan pada isteri2 macam aku ni..

Masa nak kahwin, rasa excited..baru2 kahwin rasa serba kena, serba elok dan teratur..Bila diduga sikit, mula lah terasa nak salahkan perkahwinan tu pulak..Bila Ehsan cite problem dia kat Khairil, rasanya dia macam cepat sangat kawin dengan Lin..cinta kilat kononnya..Apa agaknya perasaan Lin kalau dengar Ehsan cakap gitu..sian dia..Ehsan mula rasa boring bila Lin terlalu bergantung padanya..Lin yang selalu tanya Ehsan nak makan apa, sedangkan dia pulak tak kesah..apa yang Ehsan makan, dia makan..Bila Ehsan tanya, nak buat apa hujung minggu ni, Lin kata ikut suka la..semuanya dia serahkan pada Ehsan..Ehsan masa luahkan perasaannya pada Khairil, bagitau yang bila dia balik keje, dia dah tau apa nak jadi.."dia masak, aku makan, tido, pastu bangun gi keje..dia masak, aku makan, tido, pastu bangun gi keje..gitu la setiap hari.." tak de challenge katanya..hmm..lelaki..lelaki..

Kadang2 payah betul kita nak paham hati seorang lelaki ni kan..walaupun dia lah yang jadi teman berborak dan bergaduh kita, teman sebantal kita, teman semeja kita..Kita tak buat, dikatakan tak bagi perhatian. Bila kita buat, dikatakan berlebih2an..tak berdikari pulak..Tak pernah puas agaknya kan..yela, sebagai manusia mmg gitu la..Walaupun Lin sentiasa buat yang terbaik untuk dia, Ehsan tetap tergoda dengan Fasha yang suri lupa nama wataknya..gitu Ehsan..hubungan yang tawar bertambah hambar bila dia dah mula ada pilihan lain di hadapan mata..

Satu part yang best bila Khairil bagitau Ehsan yang dia dah ada perjanjian dengan isterinya, Aznah sejak mula2 kahwin yang mereka takkan ada rahsia antara mereka..w/pun nampak Khairil tu macam ok tak ok je, tapi tetap setia dgn janji yang dibuat bersama isterinya..Ehsan dah warning kat Lin, jangan call berpuluh2 kali waktu dia tengah kerja..sibuk katanya..Cuma, kalau ada hal2 yang penting,call la..Tapi, sebagai isteri, apapun mesti kita nak share dengan pasangan kita, walaupun benda tu tak sebesar mana pun..

Lin yang merajuk sebab kena marah ngan Ehsan, ceritakan masalahnya pada Aznah, kakaknya..Aznah cakap apa?ko ni lepas dah kawin dengan Ehsan, dah hilang diri sendiri dah..semuanya bergantung sangat pada Ehsan..dah tak de masa layan diri sendiri, kesukaan dan kegemaran diri..semuanya serah pada pasangan..Hmm, cuba kita fikir2kan..mungkin ada jugak betulnya..Perempuan ni akan menumpukan sepenuh perhatian pada rumahtangganya,dah tak de dunia yang lain selain daripada keluarganya..Itu belum lagi ada anak2..Ke mana agaknya hobi kita masa kita bujang dulu?Apa agaknya yang kita buat bila kita sendirian masa bujang dulu, selain dari melayan perasaan?Adakah semua tu kita dah lupakan?Benarkah kita semakin kehilangan diri kita bila sudah bergelar isteri?

Apa yang suri ulaskan kat sini bukan lah menyalahkan atau pinpoint ke mana2 pihak, sekadar peringatan untuk diri sendiri..Ehsana ada suruh Lin cari lah hobi atau buatlah perkara2 yang bolah menghilangkan bosan..maksudnya, dia nak kita berdikari..At least, pada waktu kesibukannya, kita tak la ternganga je..agaknya la..Bila Lin pergi jumpa Fasha untuk dapatkan kepastian hubungannya dengan Ehsan, Fasha nasihatkan Lin.."kita ni kena jual mahal sikit dengan orang lelaki ni..Awak nak husband awak balik?Lepaskan lah dia..biar dia balik dengan sendirinya.." Macam2 yang kita boleh tafsirkan dari ayat ni kan...terpulang pada yang mendengar..Dan, bagi suri sendiri tentunya memberi maksud yang jelas dan sekali lagi mengingatkan diri sediri dalam mengenal hati seorang lelaki..

Banyak lagi rasanya iktibar yang boleh kita sama2 renungkan bila tengok cerita ni..Macam yang suri cakap,pada asasnya cerita ni sangat simple, full of jokes, tapi pelbagai ingatan dan ajaran yang dapat dikongsikan..Bagaimana cerewetnya mak mertua pada menantunya yang seorang, tapi semuanya untuk kebaikan anak menantunya jugak..Rasa bangganya bila menantu datang padanya nak mintak resepi kegemaran anaknya!! "Lelaki ni sifatnya mengejar"..Gitu la kata Fasha pada Lin..sejauh mana kebenarannya?rasanya, bukan kita yang layak menilai..

No comments:

Post a Comment