Thursday, November 4, 2010

kebanjiran...

salam maya..hehe..ntah apa2 intro kali ni..apa nak dimulakan dulu ye..

Sebahagian daripada Perlis dilanda dek banjir...

gitu lah seadanya..bandar yang tak macam bandar Kangar lumpuh sepenuhnya..air dah sampai ke pinggang..jalan2 utama ditutup..jalan2 kampung sementelah lagi..secara langsungnya suri sendiri terasa kesan daripada banjir kali ni..yang dikatakan yang terburuk setakat ni, terburuk juga daripada tahun 2005 yang lalu.. Namun begitu, alhamdulillah rumah suri antara kawasan yang selamat..'kawasan bebas banjir' katanya.... Tapi sejak pagi semalam merana kerana terputus bekalan air..aduuss..ni yg rimas ni..rasanya tak de elektrik lg ok kot dari tak de air ni..serba tak kena dibuatnya.. Nasib baik umah MIL agak dekat w/pun lebih kurang 1/2 jam perjalanannya..boleh gak menumpang mandi dan cuci baju..mintak sabun sekali ye mak..

Di mana2 pun semua orang bercakap tentang bencana alam yang satu ni..kawasan mana yang naik air tinggi, kawasan mana plak yang dah surut, rumah sape yang ok, yang tak ok..and dalm keadaan gini, macam2 cite dan jugak maybe just a rumous yanhg kedengaran..air laut nak pasang besar la..empangan terbesar Timah Tasoh akan pecah la..polis kata gitu la..bomba kata gini la..hehe..tak tau yang mana nak percaya. Suri pun tak de la turun melawat kawasan pun, walaupun dengar ramai2 kawan2 sepejabat yang dok pusing2 naik lori la, naik trekta la, dok menjenguk sambil merasai suasana banjir, yang mana kadang2 mungkin boleh dipanggil 'pesta air' bagi mereka yang rumah mereka terselamat, tapi berpeluang tengok kawasan2 lain yang dinaiki air.. Cuma suri sempat tengok masa lalu kat kampung2 yang terkene banjir masa nak gi kerja je..kali ni gi keje guna jalan jauh la..sbb jalan yg selalu guna tu mmg dah tak ble lalu.. Semapt gak tengok macam2 gelagat.. Dengarnya jugak masa hari mula2 banjir tu, banyak kereta yang tersangkut kat tengah2 banjir, mati la jawabnya.. So, budak2 kat kampung tu ambik upah tolak kerata tu ke tempat yang tinggi.. Kira boleh buat duit jugak la.. Beraya sakan adik2 tu sehari dua nih..

Yang paling penting, di saat ni nasib baik sangat2 encik suami ku itu ada di sini.. Balik untuk meeting di Sg. Petani selama 2 hari, tapi sempat pergi sehari je..2nd day tu terus meeting cancel..nak lalu jalan mana cek oii.. So, bersambungan la dia dengan cuti Deepavali.. Kalau abang tak de, payah jugak rasanya suri nak survive..mana nak mengharung air nak pergi keje lagi..mana nak angkut air yang kejap ada kejap tak de..mana jugak nak drive ke hulu ke hilir  ke rumah MIL tak kira siang malam lagi... Syukur..sesungguhnya, setiap yang terjadi itu tentu ada rahmatnya kan.. Bukan apa, sebelum nak balik sini baru ni, berperang saudara jugak lah..Nasib baik jadi balik, kalau tak????naye ko...hikhik..

Suri sempat gak snap bebrapa gambar baru ni..tapi kat tempat yang tak la kritikal sangat..sebab kereta kecikku tu boleh lalu lagi jalan tu..hehehe..Lagipun, orang pun dah baca paper, lagi dasyat gambarnya..kan3...










Ok la, sudah2 la kita berstory pasal 'bah' ni.. Sama2 la kita doakan semua selamat seperti sediakala, walaupun kita pasti tau ramaiiiiiii mangsa yang perlu tunggu air surut, nak cuci balik rumah, menyental yang mana patut, nak kena kira kos kerugian lagi gamaknya, dan banyaaakkk lagi kerja2 yang nak diselesaikan.. Surimaya always care for you...;-)

p/s: doakan jugak rumah kecikku tu ada air balik..banyak resepi yang nak ditayang pada cik abang, tp tertangguh ni..hikhik...propa..

No comments:

Post a Comment