aku orang pertama masuk opis pagi ni..bukak lampu, gi on aircond..sapepun tak dtg lg..selalunya aku akan online sekejap..bukak email, check fb..pukul 8 aku akan kuar bilik, jenguk2 my staffs tiap2 pagi.borak2 jap, baru sambung buat keje..tp pg ni, aku kuar bilik, sapepun tak de lagi..sorg tu memang xdatang, sebab ke Penang, ada discussion ngan Kem Tentera untuk kita wat program kat sana. yang sorang lagi tadi aku nampak dia punch card, tp lepas tu keluar naik kereta balik..bila aku dok dalam bilik, tak tau nak mula kerja dari mana..hai en mood, datang la..saya nak buat keje ni..dari mana ye nak mula?tetiba sorang lg staff aku yang merupakan satu-satunya perempuan call "puan, saya kat hospital-kecemasan ni.perut saya sakit sangat.xble tahan.."aku pun apa lagi.."xpela, settlekan kat sana dulu..apa2 nanti bagitau kemudian.."..gitu la..patutlah senyap sunyi semuanya..
terfikir nak call orang yang jaga setor tu, nak suruh servis basikal..tapi dia masuk kul 8.30 plak..hhhuurmm...tunggu lagi..nak baca paper, intenet bery2 slow..nganga lagi..baca lagi minit meeting yang lepas..ingat nak mintak kuar ngan bos la..nak gi ambik road tax kereta, gi amik frame gambar Pengarah Kampus yag aku tempah baru ni..pastu maybe bleh gi klinik skali..lupa nak gtau, kaki aku sakit sebenarnya..pg semalam masa mengemas tempat tito, tersepak katil..sakit mak ai..xpela, kejap je.. pastu semalam masa gi jumpa Pengarah, kaki lak terpeleot ngan kasut 3 inci..budus betul la..masa discussion tu dah terasa sikit2.tapi wat tak tau je la.. bangun pagi tadi barulah terasa sakitnya.. sudahnya, pagi ni datang keje pakai kasut bertutup yang yang tak bertumit pun..sebab bila aku urut2, tak tau sangat sakit kat mana. tapi bila jalan, memang sakit..aduh...
apa lagi nak tulis ye..tak de idea yang spesifik pun sebenarnya..aku dah dengar bunyi orang menaip kat luar tu..mesti dah ada yang sampai..keje sorang2 la dia arini kot. tapi ofis aku ni memang tak pernah sunyi dengan kedatangan students..boleh dikatakan almost of office hour, ada je student..
jam ni tak bergerak2 ke jarumnya?dr tadi aku tengok pukul 8 lebih je..slow plak arini rasanya..kalau tak, tup2 je dah kul 12..tetiba perut rasa lapar, tengok2 dah pukul 12.45..arini tak plak..adoooii..
apa lagi ek..
oh ya..nak cerita sikit pasal prestasi..bila hujung dan awal tahun ni, kebanyakan kita yang bekerja ni akan bercakap tentang prestasi, pencapaian tahunan, sasaran untuk tahun baru.. semuanya merasa..masa ni lah nak komplen pasal bos2, dan masa ni jugaklah semua nak kena cover..bos cakap apa, semuanya ok..maybe di company swasta lebih terkesan tentang penilaian ni.. melalui pengalaman aku sebagai government servant ni, maybe lebih selamat sikit..banyak orang rasa gitu kot..kalau yang risau sikit pun mungkin bos2 kecik macam aku ni la.. sbb banyak part yang nak kena handle. kalau kerani dan geng2nya tu, tak banyak pikir kot. tambah lagi kalau yang dah lama keje..ada kesah ngan benda2 tu?mungkin tak berapa sangat.. dari segi ini, aku lebih suka kalau bekerja dengan swasta.. mereka betul2 buat kerja, capai target, sungguh2..sebab penilaian ni selain menentukan kenaikan gaji, ia juga berpotensi untuk menilai keperluan dan peluang mereka untuk terus berkhidmat di situ!!!silap2 tahun depan, tamat kontrak..diberhentikan kerana pencapaian tak seperti yang diharapkan..berbeza dengan kerajaan, prestasi bagus, gaji naik, naik pangkat (payah juga..)..nak buang keje?lagi payah...melainkan betul2 bermasalah..itu pendapat aku la.. rasanya bekerja swasta ni lebih menjadikan kita bagus, komited, kita lebih jelas career path kita, lepas ni nak ke mana, nak jadi apa..disiplin pun bagus..minum pagi?tea break?minum petang?semuanya di pantri je..xpayah sampai nak ke kedai kopi bagai..melangut sejam dua.. aku bukan nak kondem, tapi tu dah jadi budaya..budaya kerja.. apa boleh buat.. sendiri mau ingat la..
apa yang aku merepek pagi2 buta ni..ko dari Jabatan Sumber Manusia ke?sebok je hal orang..hehe.. sebenarnya tahun ni tahun pertama aku kena menilai 3 orang staf aku tuh..nak isi markah tu punya la payah..layak ke dia dapat makah tu?nak bagi rendah sangat, tak patut lak.. jadi, untuk memudahkan aku, aku tengok pada senarai tugas yang aku dah bagitau diorang awal2 dulu..bak kata ustazah bahiyah "ANDA BUAT ANDA DAPAT"..lagi fair la kan..dan lagi satu yang aku buat, masa isi markah tu aku buat semua pada masa tu..sebab bila ada yang aku buat pagi, lagi satu tu tengahari sikit, rasanya tak adil..sebab mood aku berubah2, aku pikir macam2..jadi, bila waktu yang sama, pemikiran aku fokus dekat situ je..so semua markah fair and square..tak dipengaruhi oleh mana2 perkara lain..
bila sampai masa nak panggil diorang one by one..
risaunya..aku study dulu markah2 yang aku bagi tu.. apa nak cakap ngan diorang..dan bermula lah. bila aku panggil dan dia duduk depan aku, "ini markah penilaian prestasi untuk u tahun 2010..semak, dan bagitau sekiranya ada bantahan.."ehem3..berani nak bantah?hehe..xpe, kalau dia nak negotiate pun aku bagi sebenarnya..tapi bagi diorang "xde apa dah puan, ok.."..ok ye? "ok, kalau gitu saya akan explain kenapa saya bagi markah ni.." aku pun memulakan la.."markah ini kurang sebab minit meeting tak pernah hantar, filing tak teratur, kerja tangguh, buat surat banyak spelling error, saya bukan nak periksa ejaan tiap2 masa..kalau gitu baik saya taip sendiri kan." Angguk.Good. "kita hantar surat pada jabatan2 luar, pada pensyarah2, prof.2, so kena lagi elok la..lagi teratur..kalau spelling error pun banyak, saya yang sign surat tu..macamana?" Angguk.. "ok, improve bla...bla..bla.." Angguk.. "Ok, untuk tahun ni, u perlu bla..bla..bla.. boleh?" "Insya allah.." "Good. Ada nak tambahan markah?" "Ok dah tu.." "ok, itu saja lah..tq..tolong panggilkan ...."
gitu la lebih kurang..setiap sorang aku kasi "sekolahkan" sikit..apa yang tak kena selama ni aku bagitau. bagi setiap orang tau apa kerja diorang, apa yang aku nak dari diorang.semua orang dalam setiap organisasi MESTI tau sasaran atau target organisasi sendiri..sebab bagi aku, masa aku bercakap, aku cakap habis, lepas tu aku nak tengok je..dalam meeting, aku akan cakap bagi habis..nak terasa pun terasa la, sebab kena profesional..keluar bilik aku, aku dah tak de simpan 2 dalam hati.. buat kerja macam biasa. perlukan latihan?nak pergi mana2 kursus?let me know, i'll handle for you..aku bukan nak diorang datang kerja semata2 untuk habiskan kerja2 semalam yang tak selesai je, semua orang mesti ada usaha nak improve skills and knowledge..huh, power tak? kita try la ye..aku pun tak tau yang aku buat ni betul ke tak. tapi setakat ni itu lah yang aku rasa perlu.. diorang ni dah bagus, tapi kena selalu diingatkan, ada masa kena "sembur" sikit, baru la pakat insaf.. apapun, bukan senang kita nak menilai orang..sungguh. itu yang aku rasa. siapa kita? tapi atas dasar tanggungjawab, aku cuba tunaikan. sebab kalau orang tu tak dapat perform, kita tak tau dengan jelas sebab2nya, apa puncanya. masalah dengan kawan2 ke.. masalah family ke.. tak reti buat kerja ke.. tak cukup latihan ke.. jadi, agak susah untuk kita kenalpasti.. jadi, perkara2 itu la yang aku cuba ambil kira semasa aku menilai diorang. apapun, hope they will success in their career, keep on moving, guys..;p
and mcmana pulak dengan penilaian aku sendiri?email yang aku dapat last week "Pegawai A akan directly jumpa pengarah one by one.." Mampush aku..xpe3..
semalam adalah hari yang dinanti2..kul 10 aku sampai kat pejabat pengarah, kul 11.30 baru dipanggil..cet..
boss aku pun ada gak , selaku penilai pertama..bermula lah..
"ok, noorizan ye..pegawai kokurikulum kan.." sambil menyuapkan kuih pulut panggang ke mulutnya..
"ye saya prof."
"ok zan, saya rasa ustaz akan bagitahu dulu macamana your performance last year. ok.."
lalu ustaz pun sambil tersenyum memulakan..
"bagi saya Prof., saya berpuas hati dengan kerja2 dia selama ni..macam org2 lain jugak..hehehe.. noorizan yang saya kenali ni orangnya tak banyak cakap, senyum pun jarang2..hehe..dia sedih ke apa saya pun tak tau..nak pindah jugak kot..hehe..nanti dulu la ye..
"ya..ya.." sambil pengarah aku meneguk minumnya..hehe..
"dari segi dokumentasinya, dia sangat bagus. apa yang saya cakap ni bukan saja2 nak bagitau Prof, tapi betul2 jadi..jadi Prof dapat tau dengan jelas. dia jugak berani. berani dari segi menerima risiko, kena marah pun xpe. dia jaga staf dia. cuma cabaran bagi dia sebab dia terlalu muda untuk mengawal staf bawahan dia yang senior. tapi mungkin pengalaman dan kebolehan dia sebagai bekas pelajar kita, bekas komander, jadi saya rasa dia mampu handle. dia saya tengok suka cabar diri sendiri, dia sanggup ambil inisiatif2 baru. oleh sebab keberanian dan inisitif itu lah, tahun lepas kampus kita dapat banyak peluang menjadi tuan rumah untuk event2 besar..contonhya apa zan.."
"latihan pemantapan kawad kaki, libk, bla..bla.." laju je aku..hekhek..
"ye betul..dia banyak cuba selesaikan masalah unit dia sendiri..dia pun sangat proaktif.."
Pengarah aku yang dok angguk2 dari tadi
"oh ye ke..so, mark tuk proaktif ni saya bagi tinggi sket la ye..ok, apa inovasi yang u dah buat spjg tahun lepas?"
"inovasi besar sangat tu xde, tapi saya create templete untuk analisa penilaian jurulatih, penilaian aktiviti, saya adakan kursus induksi untuk jurulatih.. sebelum ni cuma ada taklimat, sekarang saya buat sehari kursus, bla..bla.."
"ok, apa sumbangan u pada masyarakat luar kampus?adakah u dikenali di peringkat komuniti?"
"saya join program ke Kemboja, perarakan Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan, bla..bla.."
angguk lagi kedua2 boss aku tu..pastu ustza tanya
"ada terlibat dengan komuniti setempat tak?"
tak reti lak aku n ak jawab soklan ni. senyap jap..
"ermm..xde rasanya.."
"kot la ada jadi AJK taman ke, persatuan ibu bapa ke.."
part ni memang aku nak tergelak sambil mengilai...
tapi aku dengan sopan jawab,
"saya belum jadi mak ayah lagi, so xble jadi AJK persatuan.."
kedua2nya gelak..
ustaz sambung,
"bagi saya kokurikulum ni boleh pergi lagi jauh..bukan sekadar memenuhi keperluan akademik semata-mata..jadi, u kena utilize dari segala sudut..pelajarnya, staf, peluang, aktiviti2 yang bersifat kemasyarakatan, untuk memperkenalkan UiTM Perlis di mata rakyat Perlis sendiri. agar masyarakat setempat tau kewujudan UiTM Perlis ni.."
aku lak yang angguk..
"ok la, lagi satu, KPI u untuk tahun ni, wujudkan kokurikulum SUKSIS."
ambik kau izan..pandai sangat menjawab!!!
"boleh kan?"
"boleh..
"ok, tak pe, so harapnya kadar kecurian dalam kampus ni akan menurun selepas u capai your KPI.."
"baik Prof." oh maaakk..tolong!!!!
"orait, nnorizan..for me u have become more creative, create some more new courses yang blum ada, maybe yang belum ada di shah alam pun..i need you bla..bla..bla..ok?"
"ok Prof."
"i hope you bla..bla..bla.."
"yes Prof. i'll try my best.."
selesai...
balik ofis, call en ayen..saya rasa macam tak puas hati..bukan tak puas hati dengan bos saya tadi, tapi tak puas hati dengan diri sendiri..rasanya banyak soalan2 yang ditanya tak dapat saya jawab dengan baik..maksudnya banyak benda yang saya belum capai, belum dapat maksimumkan tugas2 saya di sini..so, kalau saya boleh buat kerja dengan lagi bagus, tentu saya lebih selesa nak menjawab setiap persoalan tadi..inovasi?saya tak banyak terlibat sangat..saya tak banyak mencipta sesuatu yang orang boleh mengaitkan dengan nama saya. bak kata Prof tadi, "bila orang bercakap tentang perkara itu, orang akan kata - itu dari Noorizan tu.. - " yes, itu yang saya belum ada.. Khidmat saya kepada masyarakat?juga belum banyak.. Kreatif?
Itu lah kesudahannya, disamping aku menilai orang, aku juga turut dinilai.. penilaian itu perlu. sangat perlu sebenarnya. tujuannya untuk kita tahu kemampuan diri, untuk tahu setakat mana kita berada dan sejauh mana kita perlu pergi lagi..kalau kita tak tahu kekurangan kita, macamana kita nak tahu kita perlu perbaiki diri, kan.. jadi, aku menerima dengan sangat positif penilaian yang telah diberi.. moga2 menjadi peringatan, dan rujukan untuk diri sendiri..
:: Hari ini bercerita tentang kerja semata-mata..bukan untuk apa2, sekadar ingatan pada masa2 akan datang..untuk kenangan diri sendiri bahawa - AWAK ADA TANGGUNGJAWAB!!!
No comments:
Post a Comment