Tuesday, March 29, 2011

adakah akan datang lagi?

Selamat petang semua..
Di Perlis ni hujan memanjang..petang je mesti hujan..cuma dalm 2-3 hari ni makin sakan pulak.. kadang-kadang siap dengan ribut, petir, angin, semua cukup..semalam suri balik rumah, nak turun kereta bukak pagar pun berfikir berkali-kali.. sebab hujan memang lebat.. sudahnya, basah kuyup jugak walaupun guna payung baru yang cantik sikit punya besar!!! adoi.. baju yang jemur pun ada yang jatuh ke lantai, berterbangan ditiup angin.. hhmm..nampaknya kena cuci sekali lagi la.. malam hujan berterusan.. sampaikan pukul 3-4 pagi pun ribut dan hujan lebat tak berhenti lagi.. takut jugak rasanya.. dok sorang2 ni, macam-macam pikir..



Dan sepanjang hari ni, memang kesejukan la kat ofis.. bak kata akak sorang tu "tak nampak matahari pun hari ni.." Big-big bosses pun dah mula keluarkan email pada semua staff untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga. Dan kepada pensyarah2, tolong pesankan pada student masing2 ye.. terutamanya yang tinggal kat luar kolej (non-resident)..
  • memastikan barang-barang berharga seperti laptop, komputer, tv - ditempatkan di tempat yangs selamat
  • bersiap sedia dari segi keperluan pakaian dan buku-buku untuk dipindahkan ke dalam kampus sekiranya keadaan berlarutan
  • merancang untuk menumpang di rumah kawan-kawan yang dikenalpasti sebagai kawasan bebas banjir. tapi bagi suri, it's better korang mintak tumpang bilik2 kolej yang masih kosong tu. bukan apa, dah la hujan, transport susah la.. memang ada bas shuttle uitm, tapi rasanya lebih selesa di kolej. tak payah jalan jauh2 sangat..
  • dan terus dapatkan maklumat2 terkini yang akan dikeluarkan oleh Rektor @ Timbalan Rektor HEP untuk tindakan selanjutnya..
Risau pulak aku dengar.. sian budak2 ni.. yang sebelum ni, banjir besar berlaku waktu diorang tengah final exam.. kali ni pun hampir-hampir nak exam jugak.. sabar lah banyak2..

Katanya Jabatan Meteorologi Malaysia pun dah keluarkan amaran peringkat "Kuning".. bersedialah ye.. teringat pulak masa banjir hujung tahun lepas, khabar angin yang kononnya akan ada lagi banjir gelombang kedua di utara ni.. Wallahulam.. mintak jauh la ye..

Suri sendiri rasanya kejap lagi nak gi memborong stok makanan barang-barang dapur la gamaknya.. kang ada pulak yang gigit jari tak cukup makanan nanti..hua3.. musim hujan mesti lapooor kan???? Lepas tu nak gi isi minyak kereta penuh2.. Kang stesen minyak pun tak dapat beroperasi kang, ada yang gi kerja esok jalan kaki kang..kalau dapat ponteng keje xpe lah jugak!!!ngeee..

Sebelum terlupa, nak gi Celcom centre jugak la, bayar bill brodben siap-siap..har3..tau pun ko takut ye..



 oh hujan.....
cantik payung ni...;-)
erm....
adakah????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 oh tidak!!!!!!!! en suami, sila balik!!!!!! *wink*



Ok lah, apa2 perkembangan terkini, suri akan update lagi..sayonara...





No comments:

Post a Comment