Sunday, March 27, 2011

tentang perasaan...

salam semua..
Apa perasaan anda waktu ini? ada banyak rasa yang ada dalam hati kita kan? Adakalanya rasa seronok, suka, sedih, rindu, sayang, benci, dan marah.. So, kali ni suri nak berkongsi cerita tentang marah.. yup, marah.. anda pernah marah? jangan tipu.. ngee... suri? tentulah selalu pernah marah.. kitakan manusia biasa.. cuma tentu sekali cara kita mengatasinya berlainan.. suri sendiri pun selalunya mengatasi marah dengan cara berlainan.. tak tentu..bergantung juga pada keadaan waktu itu, dan tentunya bergantung pada sebab apa kita marah.. jeng3.









 panas je telinga ye...

 ggggrrrr......
isk, dah tak boleh tengok muka dah ni....

suri ni berpesonaliti agak strict.. tegas walaupun dengan diri sendiri, ada masa nak main-main, dan ada masa perlu serius..  tak terlalu peramah, which is i'm not usually starter person bila berjumpa dengan orang yang baru dikenali..tak terlalu banyak cakap sangat...tak terlalu outspoken. tapi, sekarang ni, tuntutan kerja adakalanya memerlukan kita menjadi lebih dari itu. mesti.. bersuara, pertahankan apa yang kita rasa betul.. kadang-kadang tak sampai hati nak sound orang, nak tegur2 orang, but sometimes we have to.. suri jugak banyak memendam, cukup tak reti nak meluahkan perasaan.. selalu mengharapkan orang faham apa yang suri fikir dan rasakan.. teruk kan? but, i think i'm a good listener.. that's why salah satu benda yang suri paling tak suka bila suri cakap, orang tak nak dengar. ataupun tak bagi tumpuan. sebab suri memang tak suka bercakap benda yang sama berulang kali. bila orang asyik bertanya benda yang sama, yea....itu sangat memudahkan marah ku naik!!!!
sebenarnya suri sentiasa cuba nak mengawal dan mengatasi perangai cepat marah ni. tapi, bila dah marah tu, terus lupa diri..adoii.... yang terbaru, ada sesuatu insiden yang berlaku antara suri dan si polan ni.. tetiba darahku menyirap je.. cepat2 suri letak telefon, takut terkeluar benda yang bukan2. walaupun hati dah sentap.. sebab? dah selalu suri bagitau, tapi dia tanya lagi..selama ni yang aku bagitahu tu ko tak reti2 ke??? memang agak mencabar ye tuan-tuan.. rasa macam nak campak je telefon tu. kalau sebelum2 ni  pernah jugak suri campak telefon..huar3.. tak boleh jadi ni, kita sakit hati tapi orang tu tak tahu..atau pun tak paham..ataupun buat-buat tak paham..tu yang sebenarnya aku rasa..
dah la masa tu tengah penat mengemas rumah. terus tarik cadar katil, keluarkan sarung bantal. masuk mesin basuh.. setting program HEAVY, masukkan dynamo banyak2, start.. lepas tu sambung balik sapu sampah.. bakul kain semua langgar.. nampak tudung banyak2, terus asingkan untuk direndam. walaupun sebenarnya tak de niat nak basuh pun lagi... masukkan dalam baldi.. tuang lagi sabun banyak2..berbuih2 baldi..tak puas hati lagi ni.. selalunya suri rendam sekejap, baru la gosok slow2.. kali ni terus sental gosok kasar2..satu persatu pulak tu.. lagi teringat marah tu, lagi kuat aku buat.. pastu rendam dalam softener (pun letak banyak2..).. kutip semua sampah dalam bakul setiap bilik, kumpul2, semua buang kat tong besar kat luar.. bukak peti ais, keluarkan semua makanan dan apa2 ntah yang dah lama sangat tu, masuk cik tong.. tak tahu la, tiba-tiba rasa semak je mata tengok. padahal dah berhari-hari kat dalam tu.lagi pun peti tu kan tertutup.. bukannya aku nampak pun.. ahh..tak kesah la.. janji puas hati..  lepas siap basuh cadar tadi, terus jemur.. rasa cool sikit..maybe sejuk main air masa basuh tudung tadi kot + bau wangi semerbak sabun yang aku curahkan tadi.. hehe..
 lega sekejap.. tapi, bila teringat balik, aduh.. geram!!!! terus pergi bukak peti ais, keluarkan bawang putih dan cili api, basuh telur, keluarkan maggi.. suri tumis panas2, masukkan cili banyak2.. hampir 10 bijik jugak rasanya.. terus ngap maggi tu panas2.. terkejut habis usus-usus aku kat dalam perut ni.. kebas mulut aku.. lantak..sungguh tak sopan.. sudahnya, kekenyangan sendiri..
tengok tv.. lama-lama sejuk sendiri hati ini.. aduhai perempuan.. apa dah jadi ni ye.. buat benda bukan-bukan je.. tak de kena mengena langsung.tapi sekurang-kurangnya dapat jugak aku sapu lantai bersih2, basuh cadar and tudung wangi-wangi..hahaha...kiranya ad a jugak kesan positif dari marah ye..

itu salah satu tindakan yang bodoh suri buat dalam keadaan separuh sedar.. hehehe.. lain kali tak tahu la pulak macamana.. harapnya dapat improve myself better.. kat sini suri nak kongsikan antara cara-cara yang boleh diambil semasa marah, mengikut kesesuaian masing2.. mana lah tau, ada di antara kita yang marah-marah lepas ni..

caranya:
  1. beristigfar
  2. kalau berdiri hendaklah duduk
  3. minum air
  4. jangan mengadap wajah org yg kiter marah (toleh ketempat lain)
  5. Ambil air sembahyang dan solat 
  6. Mengaji
  7. Jangan mengadu pd kawan2 kerana dikhuatiri akan disampaikan melainkan dia memg kawan yg boleh dipercayai.
Selain dari tu,
  • Mengadu pd Allah dengan cara sentiasa bercakap2 dengan Allah. Contohnya: 
  1. " Ya Allah.. aku sangat sakit hati dengan polan si polan nie Ya Allah.. Kenapa la dia suka berbuat begini ya Allah.. Kau bukanlah pintu hatinya ya Allah.. utk dia sedar yg dia telah menyakitkan hati aku ya Allah".
  2.  " Ya Allah.. kenapalah anak aku nie tak nak dengar cakap nie Ya Allah.. nie contoh la.. Maknenye kite mengadu & berckap dengan Allah" Sambil tu.. sentiasa berdoa pd Nya..
  • Ini pula antara cara bile isteri/suami mula marah dan suami/isteri hendaklah:
  1. Memeluk Isteri/Suaminya dari belakang & kucuplah ubun2 kepalanya (Camner nak buat sy tak cukup tinggi nie.. huhu) sambil tu bacelah surah (surah Taha) & tiuplah ke ubun2nya
  2. Kalau isteri/suami meronta peluk dengan erat dan ucaplah kata2 maaf dengan lembut ketelinganya sekiranye anda punca isteri/suami anda marah.. 
  3. Sekiranya masih tidak berjaya.. Biarkan isteri/suami anda seketika, jangan bersuara apa2 dan bg ruang pdnya untuk bertenang.. Mungkin dia terlalu tertekan & tidak mahu sebarang pujukan (nie menunjukkan isteri/suami anda benar2 marah kepada anda!)
  4. Hadiahkan isteri anda bunga atau apa2 kesukaannya( kalo time tu ade duit & senang nak kuar boleh la kan)
  5. Berikan dia kad tanda anda memohon maaf & luahkan kenapa anda berbuat begitu & jangan ulangi kesilapan yg sama. Yerla kan..dah minta maaf jgn la buat lagi kan.. 
  6. Bawalah pasangan anda keluar makan2 or shopping.. tanpa anak2 (mcm best jekk tp susah sikit la yg nie mane nak letak anak2 kan!.. huhu..)
 
kredit to Ena, TERATAK MILIKKU ye.. Ena pun baca dari satu artikel..thanks again.. semoga kita dapat amalkan yang baik-baik tu, dan suri doakan semoga dikuatkan iman dan hati dalam mengawal sifat marah ni.. bagi suri, marah tu bukan satu sifat negatif. marah itu perlu, tetapi cara bagaimana yang kita pilih, itu yang menentukan betul @ salah.. asalkan tak mencederakan orang sudah la ye....


adios....

No comments:

Post a Comment