Thursday, January 5, 2012

9 bulan yang bermakna

Hari ni, genap 36 minggu perjalanan. Genap 9 bulan bersama dengan baby kat dalam peyut ni. Rasa macam tak sangka pun ada. 9 bulan bersama, macam-macam yang dilalui, semuanya bersama dia. Setiap hari rabu, mesti teringat “wah,anak ibu nak masuk umur baru esok. Bertambah lagi seminggu.” Syukur alhamdulillah.

Memang tak dinafikan semua rasa ada. Mula-mula dulu rasa takut. Tak tau apa yang ditakutkan. Takut tak boleh jadi ibu yang baik, tak boleh nak jaga amanah yang diberi. Tapi lama-lama rasa okay. Tiap-tiap hari menghitung, bila perut nak besar ni. Baru 7-8 minggu, tak nampak apa-apa lagi. Cuma emosi je yang berubah-ubah. Tuhan je yang tahu time tu. Duduk berjauhan salah satu dugaan yang paling hebat untuk dicuba..;-).. di saat kita memerlukan sokongan dan bantuan, semua mesti buat sendiri. Dengan tak de pengalaman, semua mesti belajar. Ramai keluarga, kawan2, sedara mara yang pesan macam2. Awal2 ni kena jaga betul2, sebab kita pun tak tahu kekuatan badan kita macamana. Bila dah lama sikit, tak pe la.. oh..terima kasih semuanya yang tak jemu-jemu mengambil berat dan mengingatkan pelbagai petua dan cerita. Lama-lama, alah bisa tegal biasa.. merintih atau meraung sekalipun, apa boleh buat. Baby ni keutamaannya sekarang. Terfikir jugak, “nanti keluar baby ni kang cengeng abis, sudah la..” hehe.. dan tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga untuk Mr. Daddy yang banyak bersabar dan melayan segala macam pahit manis bersama in this journey..alhamdulillah 3 bulan pertama tu daddy cuti semester, so no class on weekend. Dan every weekend mesti terpacul kat Arau..haha.. nak buat macamana kan. Tiap2 hari jumaat malam sabtu, tido dalam bas la ye, sayang.. melalui bulan Ramadhan semasa pregnant pun rasanya satu pengalaman yang best jugak. Besar impian nak menghabiskan puasa sebulan. Tapi bocor jugak sehari. Ruginya.. tak pe la, daddy dah janji nak teman ibu ganti nanti,kan..;-)

Bila perut nak mula nampak, terfikir pulak, bila nak dapat rasa baby ni gerak2 pulak yek.. betul-betul excited kan. Tiap-tiap minggu menghitung, takut2 ketinggalan saat pertama merasa nikmat baby bergerak..huhu.. alhamdulillah.. semuanya dapat dilalui, walaupun adakalanya rasa tak terdaya juga nak menahan perasaan, itu semua sebagai kelemahan ibu sebagai manusia biasa. Bukan sebab tak suka dengan kehadiran my baby. Jantina? Hurm..sejak hari pertama disahkan pregnant, daddy dah mencari macam2 info pasal jantina, dan entah macamana daddy kata baby kita nanti baby girl.. lepas tu memikirkan semua nama perempuan je. Dan tiap2 kali scan, doctor pun kata baby girl. Cuma kami tak terlalu fikir sangat, mungkin sebab awal lagi. Lelaki @ perempuan, mungkin tak jadi masalah besar memandangkan ini baby pertama. Semuanya kami terima saja. Sehingga check up yang terkini, doctor mengesahkan memang baby girl. Alhamdulillah. Ada jugak orang cerita, kadang2 masa scan ni nampak perempuan, tapi bila keluarnya lelaki pulak..apa saja la. You’re almost welcome my dear..

Perjalanan dari trimester kedua ke trimester ketiga rasanya lebih cepat berlalu. Sedar-sedar dah masuk 3rd phase. Alhamdulillah.. dan yang paling best, dah boleh mula shopping!!! Setiap bulan ada je bajet untuk si kecik ni. Nampaknya daddy lebih excited ye. Sebab asal lalu dekat mana2 area baby kat mall, dia yang mengajak kot2 ada barang2 yang boleh beli. Rasa kelakar pun ada. Nama? Pun sudah ada. Banyak betul pilihan yang ada. Tapi, yang pastinya satu nama yang wajib ada memang tak kan boleh ubah..KU.. yelah, daddy nya pun ada KU.. sian ibu,kan.. tunggu je la bila dah keluar nanti, kita announce nama tu ye. Mana la tau kang keluar pulak baby boy, naya je.. apapun, nama memang dah stand by untuk baby girl atau pun boy..

Masuk ke peringkat ni rasanya tak banyak sangat masalah yang terpaksa dilalui. Badan semakin stabil dan normal. Jiwa semakin terkawal. Hehehe.. perancangan untuk baby semakin banyak. Nak bersalin kat mana, macamana, berpantang macamana, baby sitter, dan macam2 lagi. Sebab kami berjauhan, sebab tu kena lagi detail. harap semuanya dipermudahkan.. seminggu dua ni, selalu pesan kat baby "dok elok2 kat dalam ye.. tunggu daddy balik amik kita, baru baby keluar tau..".. seram jugak kalau2 my baby tak sabar2 nak tengok dunia..;-)

setelah puas berbincang dan beperang, kami memang tak jumpa kata sepakat.. hehe.. so, my hubby akan jadi "daddy", tapi i akan jadi "ibu" ..sangat tak ngam kan..but, ada aku kesah?? **peace**..


oh ya, teringin nak berkongsi sesuatu..


special dedication for you:

baby,
terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu dan daddy pada masa yang sangat tepat
ibu dan daddy sangat2 bersyukur pada Allah tentang itu
buatkan kami sedar betapa indahnya perancangan Allah untuk kami
Dia tahu bila kita memerlukan sesuatu dan bila kita tidak
dan kami yakin ada sebab tertentu yang sudah tertulis 
kenapa baby tak ditakdirkan datang awal dulu
dan
kami tak pernah menyesal

baby,
banyak benda yang kita lalui bersama-sama
sejak awal dulu
ibu mungkin tak terlalu merasa
tapi semakin lama semakin terasa
ada teman yang selalu bersama dengan ibu
ke mana sahaja
bila-bila sahaja
makan, mandi, kerja, jalan-jalan, tidur, ke tandas sekali pun..hehe..
ada masanya kewujudan baby dalam rahim ibu buat ibu bertambah yakin dan berani mengharungi apa saja
mungkin harus bergadai nyawa sekalipun
baru ibu tau besarnya kuasa dan jiwa seorang ibu
semuanya kerana anaknya

semua ketakutan ibu selama ini ibu cuba lalui
takut jumpa doktor, takut makan ubat, malas makan sayur, malas makan buah, makan tak tentu waktu, malas minum air, tak suka minum susu..
semua tu ibu cuba sedaya upaya tepis
demi memastikan baby dapat apa yang selayaknya dari ibu
ibu harap apa yang ibu cuba berikan untuk baby mencukupi

baby,
kita berkongsi banyak suka duka
baby tentu sekali mendengar semua keluh kesah ibu
semuanya
baby sama-sama merasai kemanisan dan kesedihan yang ibu rasakan
walaupun ada masanya ibu cuba untuk mengawal
supaya tidak terkesan pada baby ibu ni
daddy pun selalu pesan macam tu
"kesian baby nanti"..

baby,
macam yang ibu selalu pesan kat baby
"baby mesti jadi orang yang lagi baik dari ibu.."
"baby mesti jadi orang yang lagi pandai dari ibu.."
"baby mesti jadi orang yang lebih berani dari ibu.."
"baby mesti jadi orang yang lebih kuat dari ibu.."
janji tau..
ibu selalu doakan yang terbaik untuk hidup anak ibu

tiba-tiba ibu teringat masa ibu pergi check up kat shah alam hari tu, doktor tu cerita bila baby dah keluar nanti, potong tali pusat, dan  baby akan belajar untuk hidup sendiri. maksudnya bernafas sendiri, makan sendiri.. tak lagi macam masa baby dalam perut ibu, semuanya melalui ibu. jadi, ibu terfikir, mampu ke anak ibu buat semuanya sendiri? risau rasanya.. ibu bagitau daddy, kalau macam tu, biarlah baby dok dalam perut ibu sampai bila2. biar ibu sediakan semuanya untuk baby. mana boleh gitu kan?lumrah hidup manusia. ibu harap sangat baby ibu diberikan laluan yang mudah di dalam perjuangan hidupnya..

baby,
sembilan bulan yang indah
kita lalui sama-sama
ibu terharu sebab akhirnya kita sampai ke saat yang semua orang nantikan
ye, semua orang nantikan baby lahir
especially your daddy..
ibu tak tahu dapat lagi tak ibu merasai pengalaman mengandungkan anak ibu yang seterusnya
doakan ibu ye,nak..
semoga bertambah lagi ahli keluarga kita, selepas baby..hehehhe..
yang pasti, sikit pun ibu tak kan lupa apa yang telah kita kongsikan
sembilan bulan yang kita lalui 
penuh dengan cerita suka duka kita..~rahsia kita ye..~
sakit ibu, sakit lah baby
kenyang ibu, kenyanglah baby
sedih ibu, sedih lah baby
gembira ibu, sudah tentu gembira lah baby

baby,
ibu mintak maaf sekiranya ada waktu2 yang ibu tak bersabar
dengan dugaan, karenah, dan masalah2 kita
ibu mintak maaf..
bukan kerana ibu tak suka adanya baby
tapi terima lah itu sebagai kelemahan ibu sebagai manusia biasa..
ibu akan berusaha memperbaiki
ibu mintak maaf adakalanya ibu mengasari baby tanpa ibu sedar
kalau-kalau baby terdengar kata-kata ibu yang tidak menyenangkan
kalau-kalau ada perilaku ibu yang tidak sepatutnya
ibu doakan dan harapkan agar baby tidak  menjadikan semua tu ikutan ye..
dan 
mungkin ada ketikanya ibu tak sempat melayan baby
sebab sejak2 baby dok aktif bergerak ni
kadang-kadang tak menentu masa
ibu sibuk bekerja dan ibu tak layan pun kat baby
padahal bila ibu panggil baby pulak
bila-bila masa pun baby mesti respon,kan?? i love u lah, my dear..
dan adakalanya ibu mengeluh 
bila ibu tak dapat tidur dengan selesa dan nyenyak waktu malam
sebab baby punya lah aktif
dan tak nak ibu mengiring sikit pun ~ awak sempit ye???~
mungkin ada masanya baby rasa ibu marah
tak sekali pun, sayang..

baby,
dalam banyak-banyak perkara
jangan sekali lupa untuk berterima kasih kepada "hero" kita
yang selalu sabar dengan kita
yang selalu melayan selera kita yang tak menentu
yang menyediakan semuanya untuk kita
yang sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik untuk kita..
it's DADDY!!!

daddy lah org yang paling teruja
bila daddy usap-usap perut ibu
atau panggil2 baby 
dan baby bagi respon..
ye baby, daddy sangat teruja..
daddy selalu borak-borak dengan baby selepas ibu dah tidur
mungkin sebab dia nampak baby masih bergerak2 kat dalam perut ibu..
ye.. terima kasih untuk daddy..
semuanya yang terbaik dari daddy..
daddy rajin sapukan losyen
rajin urutkan kaki dan badan
dan paling ibu tak kan lupa
daddy lah orang yang mencuci muntah ibu sepanjang ibu morning sickness
sebab ibu sendiri  pun tak sanggup nak tengok
dan daddy jugak yg menjaga kita masa ibu demam lepas raya hari tu
siap daddy tolong mandikan lagi..ngee..
walaupun daddy pun demam masa tu..
besarkan kasih sayang daddy untuk kita?
ibu harap kedatangan baby memberi sejuta makna 
dan keberkatan dalam hidup ibu dan daddy nanti..

sehingga sekarang
ibu doakan agar kita dipermudahkan urusan
ibu selamat melahirkan baby dengan cara yang paling baik
baby sihat, selamat, dan sempurna
kita dijauhkan dari segala musibah
dan
apa yang pasti
for my angle..
after 
a great 9 months...

..."we are ready, my baby..and you're almost welcome..." 
from: your pretty  ibu and your handsome daddy..


1 comment: