Wednesday, May 23, 2012

sayangi isteri pertama anda


Suatu hari, perbualan di antara sepasang suami isteri berkisarkan tentang suasana baru di sebuah pejabat, selepas berlaku sedikit rombakan baru dan pertukaran beberapa org boss kecik..



Me     :Hmm, dulu masa ZZ (bukan nama sebenar) ada, orang komplen macam2.dia banyak mulut la, cakap lepas la, bising la,suka membebel ngalahkan perempuan la, apa la.. sekarang ni, bila YY (jugak bukan nama sebenar) datang ganti ZZ, org pejabat dok cakap YY tak kena jugak.cakap apapun,semua ya,ya..tapi habuk pun tarak..buat kerja slow, nak kena ‘ketuk’ je memanjang..ZZ dulu kalau bising2 pun, jalan jugak kerja. Dia ada banyak maklumat, terkini, updated,agresif dan alert. yang si YY ni, dalam meeting, semua ok.big boss tanya, semua dah settle..rupanya...

Hubby:Itu la, sekarang korang dapat boss baru, apa pun tak ble buat. Mintak buat apapun tak boleh. Semua harap orang je buat. Kita suruh dia,suruh orang lain. Hehe..

Me     :Tu lah orang kata kan, yang ada depan mata ni,walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, ada jugak manis dia.ada jugak gunanya. Dulu selalu orang bising, keep on complaining bila  kerja dengan ZZ, macam tu lah, macam ni lah, tapi sekarang orang compare balik time kerja dulu dan sekarang. Lebih stress rupanya! Dalam hidup ni, apa saja barang ke, orang ke, bila diganti baru, jangankan mengatasi, setanding dengan yang lama pun belum tentu,kan..

Hubby: Moral of the story, sayangilah isteri pertama anda..

Me       : MOTIF????Sooo tak related... huh..



No comments:

Post a Comment