Thursday, June 7, 2012

Resepi Waffle

Erm, tak sangka pulak bila post pasal waffle maker tadi, ada member yang mintak resepi..yela, orang baru beli, nak rasmi la kan ila?hehe..haih, dah ada gajet,memang kena share la kan..meh meh kita share resepi yang suri guna baru ni..ambik dari sini..siap dengan petua dan tips yg tuan punya blog bagi.tq..yang kaler merah tu yang suri buat..ada alter sikit, mengikut kesesuaian perut masing2..hehe..


Waffle Rangup

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan)
    12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit) - suri ikut yg ni
    2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi) - suri kurangkan jadi 1 sudu kecik je..
    1 sudu besar gula - i follow
    1/2 sudu kecil garam - i follow
    3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup) - i follow, guna buttercup jugak
    1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk) - sama ngan suri
    1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika  - i follow
    1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe) - i letak..
    Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit) - yang n i kena bajet sendiri2, ikut tahap kepekatan masing2..suri rasa lebih suka cair sikit, so bila masak adunan lebih lembut..
Cara-caranya:
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanilla, dan susu segar. gaulkan semuanya dan pukul secara perlahan-lahan menggunakan whisk. Kemudian, masukkan air panas / suam sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan adunan tak terlalu pekat dan elakkan untuk jadi terlalu cair. Jadi part ni kena buat anggaran sendiri ye.. Macam i, letak 1/2 cawan air suam dan tambah sikit-sikit bila tengok adunan masih pekat.
2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan tadi untuk 10-15 minit. Sambil tu bolehlah panaskan waffle maker.
3. Bila waffle maker betul2 panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendiri ke bahagian tepi corak waffle maker.
4. Jangan tutup terus adunan, tapi tunggu lebih kurang 5 - 10 saat. Tekan sikit penutup waffle maker semasa menutupnya untuk mendapat corak yang sekata dan terhasil dengan cantik lagi. Lagi satu, waffle tu takkan melekat ketika dikeluarkan nanti.. (Tips ni!!)
5. Kebiasaannya masa untuk buat waffle ni 10 minit, tapi bolehlah jenguk2 bila 5minit pertama dah berlalu
6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown. Maknanya waffle dah masak..;-)

kitorang makan dengan honey, jem buah dan kaya je..
ok lah, semoga bermanfaat utk semua..
enjoy cookin' friends..



11 comments: