Thursday, August 2, 2012

caya la Medina..

Assalamualaikum..
jarang-jarang bagi salam.hihi.. cerita apa? apa lagi.. Medina la..
cerita lama tapi br nak up..huhu kejam tak? tak pe lah, asalkan share kat sini.

 sebelum..
 selepas..

nampak tak perbezaan? hehehe.. tuu..tuu.. anak dara den dah bersubang !! baru nampak pompuan sikit.. balik kelantan hari tu (save the date : 7 Julai 2012), masa on the way nak balik ke sini, singgah sekejap kat Tanah Merah cari barang, dan tengok gelang kaki untuk Medina. then Daddy Medina iyo iyo oo (bole baca? haha) nak belikan Medina subang. try tanya kedai tu, dia boleh buat untuk kanak-kanak. cuma katanya ramai customer pulak. gigih sungguh Daddy Medina sampai sanggup nak tunggu. 

tapi kan, aku rasa adik kedai tu takut kot nak buatkan untuk baby. sebab banyak betul alasannya. orang ramai la. tapi ada masa aku tengok tak de orang, ada je yang dok saja2. lepas tu dia kata Medina nangis la, Medina tak boleh tido la.. aku memang nak sound je.. korang nak buat ke tak nak? sebab elok2 Medina tak nangis dan tak ngantok pun, sampai dia merengek-rengek dah sebab lama tunggu.  tapi mengenangkan kegigihan Daddy tadi, aku sabar je la.. 

dalam hati, nebes pun ada.. jangan meraung dah la anak oiii.. Daddy cakap kat aku "alang2 je ibu, dah beli gelang, kita tindik sekali.. Medina kuat sebab selalu kena cucuk pun tak nangis sangat.. lagipun baby kecik lagi, senang nak jaga pantang, sebab dia minum susu ibu je." - kalau minum susu ibu, maksudnya aku lah pulak yang nak kena berpantang ??? adil ke?? haha..jahat punya mak kan? gila berkira dengan anak sendiri!! ok, bila dah nak 'tembak', dia suruh aku pulak yang riba.. laa, ingatkan Daddy yang kena riba.. aku jarang buat part ni sebab kalau nak cucuk kat klinik, Daddy Medina yang pegang dia. aku intai-intai je..hihi..Daddy kena tolong pegangkan kepala Medina. diorang akan 'tembak' sekaligus kiri dan kanan. sebelum tu dia letak sejenis krim, tak sure la minyak ke apa.. dan tak sure jugak bius ke apa (Sebab aku bukan doktor !! hehe..)

Daaang.. (over tak sound effect ??)..Apa lagi.. Melalak la anak dara aku. Daddy cepat-cepat ambik, dukung dan bawak keluar dari kedai tu. kejap je, Medina pun diam.. Lega jap aku.. orang ramai kat kedai tu tengok je.. well, ada aku kesah? Bila Daddy masuk kedai tu balik, Medina nangis semula.. hihi.. macam tau-tau je kan.. Dah bayar semua, kitorang pun terus balik.

See ?? nice kan.. cantik dia.. Daddy cakap "hari ni Medina dapat layanan istimewa sebab baik sangat. Mintak apapun Daddy bagi.." - alah, dia tau anak dia bukan reti mintak KFC, Mc D pun lagi.. reti mintak susu je ! cer bagi layanan istimewa kat ibu, mesti kopak dompet Daddy, kan..

Alhamdulillah, tak de apa-apa yang tak elok jadi kat telinga Medina. maunya tidak, mak pantang seafood, telur, ayam, kicap dan macam-macam 2 minggu tau.. sehari dua tu nampak merah la sebab baru, tapi bila dah kering elok, dah ok.. dan dia pun tak de garu-garu pun.. caya la anak Daddy ni !!

Perception? biasa la manusia.. ada yang kata saja bagi sakit anak la, awal lagi la, apa la.. wat ddeeerrkkk dah la. malas nak layan. kan Medina kan? dengan ini diisytiharkan duit simpanan yang Medina kumpul sejak lahir telah pun berkurangan.. esok2 dah besar jangan nak buat-buat tanya ibu 'nape duit Medina sikit je ibu?'..


1 comment: