Friday, September 14, 2012

my ramblings..

Apa cerita? biasa-biasa je. mood nak bercerita tak seberapa. dok menjenguk rumah kawan-kawan je. 2 minggu selepas cuti raya, kerja macam tak cukup hari.. huhu.. bila ek nak dapat keje yang bersenang lenang, tapi cepat kaya? haha.. sila abaikan statement tak sekolah tu. 

lepas raya, ada training student seminggu, lepas tu sibuk utk preparation Hari Kemerdekaan pulak. Unit aku memang super dupper busy time-time ni. nak 'supply' student utk program kemerdekaan, tak kira peringkat kampus, atau kerajaan negeri. dan berterusan pulak dengan Pendaftaran Pelajar Baru. ini bermakna Daddy Medina juga kembali memulakan semester barunya ! ok, caiyookk33.. hope ini semester terakhir ye laling.. 

Abis tu pulak dengan interview utk perjawatan baru. Minggu ni dengan budak-budak lama nak exam dan macam-macam. belum cerita hal kecik-kecik kat ofis,kan.. rumit2.. ada ke hidup yang senang,haaahh???

Dan yang paling hectic, semalam aku gi Shah Alam pagi, tengahari terus balik sini. gile aahh.. aku tau, memang la kalau pak menteri, lagi sibuk dari aku.. aku naik flight 8.30 pg ke Subang, dan patah balik ke Alor Setar flight jam 1.25 tengahari. jam 3.30 sampai Arau, dan masuk ofis !! huaarghh..

Minggu ni dan minggu depan dah mula sibuk untuk Pilihanraya Kampus.. Penamaan calon, pembuangan undi, sampai lah ke pengumuman calon yang menang.. ok adik2, kita bertanding secara sihat ye.. tak mo gaduh2.. jom pakat-pakat berkempen !! sebenarnya hajat di hati nak cuti hari ni. tapi tak kesampaian. Ikhlaskan hati datang kerja jugak.. hehe.. dalam kepala otak aku , penat till the max !! yup..

Tak pe, weekend ni cuti 3 hari, sempena Hari Malaysia. aku tak involve mana-mana program,, sebab nak balik umah mak aku..yeaay.. dan the best is, Daddy Medina will join us sebab kelas dia cancel.. yabedabedu..esok pagi-pagi nak ke Jeti Kuala Perlis dan balik semula on Monday..

Rutin? berjalan macam biasa.. 
jam loceng pukul 6.15 pg, bangun siapkan makanan utk Medina, sambil-sambil iron baju. kalau budak tu still tido lagi, senang la keje aku. kalau tak, kejap-kejap aku kena jenguk, kot2 kawan kita terjun katil.. dan ada masanya aku jumpa dia tengah..

gile bahaya kan..sipi-sipi nak terjun dah tu.. bangun2 terus gigit wayar charger.. nak charge tenaga ke??

tak tahu kenapa seminggu dua ni malas gile nak iron stok baju keje banyak2. tiap-tiap hari iron.membazirkan? 
lepas tu kemas beg baju budak kecik tu. sementara tunggu bubur yang dah siap tu suam2 utk masuk blender, aku mandi, semayang. blend bubur, siap-siap nak gi keje..bila aku tengah siap, tengok di syok tido, aku pulak yang gatal kejut..haha.. kacau2, kasi dia jaga. tak best la nak hantar time dia tido..hehe..
rutin kat tempat keje mcm biasa jugak.. ada time balik on time, ada jugak sampai pukul 7.. nasib baik makcik BS sangat ok. alhamdulillah.. 

sebelah malam, main-kmain kejap, sambil2 aku biar dia explore dunia dia sorang-sorang, aku makan malam.. kadang-kadang tengok dah sampai dalam bilik dah dia merangkak.. lepas tu tengok tv, dan tidokan dia. minggu ni dia payah betul nak tido malam. pukul 11 baru tido. kita yang penat ni tak terlayan rasanya.. anak oh anak..

baru ni aku ada post gambar makanan Medina kat fb. banyak jugak yg interested. best kan? rajin?? ada lah sikit. kui3.. lagipun senang je nak buat, yet healthy for our baby.. jom try sesama..nak3? baby pun suka. so far kebanyakan yang aku buat Medina suka, cuma baru ni ada letak jagung dan dia slow sikit makan. maybe susah sebab teksture jagung ni walau kita blend, tak hancur sangat. so aku stop dulu, nanti bila dah besar sikit try bagi lagi. dan time mula2 dulu pun nampak dia tak berapa suka kentang. lepas ni nak cuba lagi. mana tau dia dah suka.. and dah seminggu ni aku mula try puree kurma dan kismis.. memang yummy la. manis kan. mesti dia suka.. alhamdulillah..

baru ni masa amik Medina, BS cakap bubur dia masam sikit. terkejut  jugak. so, Medina sempat makan pagi je. petang tak makan sebab BS tak berani nak kasi. malamnya, tak senang duduk  dia.. aku agak-agak dia lapar la kot sebab bagi susu pun macam tak jalan je.. aku panaskan puree brokoli dan kurma.. sebab dah malam, aku tak campur beras la. apa lagi, seronok la dia. lepas tu minum susu dan tido dengan lenanya..Medina..Medina..

dan aku rasa maybe puree apal yang aku guna tu dah tak berapa elok kot, tu yang jadikan makanan Medina masam dan rosak kat rumah BS tadi.. pengajaran tu.. INGAT!! lepas ni, stok cuma simpan maksimum 2 minggu je. lagi cepat habis, lagi bagus!!

itu je cerita utk kali ni. cerita raya?? macam biasa je.. best.. gambar raya?

tahun ni tahun dia.. semua gambar dia je..

till then, bye bye..






2 comments:

  1. cute jer bila tidur ye. Hehehe

    ReplyDelete
  2. alolooooo....chomeinyerr tgk medina tdo...
    yg gigit wayer tuh bahaya betui kan...sib baik ibunya cpt p jenguk...
    gitulah bila ada ank2 yg nk mbesar ni kan hehehe..samalah kita:-)

    ReplyDelete