Friday, October 12, 2012

chicken pox

last week was about tough week for my dearie Nina. demam panas dan bersambung dengan demam campak.

22 sept 
ibu keja, Nina ikut.

23 sept
bangun pagi, peluk Nina dah rasa cam panas. tapi memang selalu badan dia panas. so, ibu ignore je. Nak dekat tengahari, Nina mula kurang aktif.. but, still boleh sengeh sebab ada 'kunci' sakti kat mulut.hehe.. malam sebelum tu, dia selongkar handbag ibu yg penuh dengan barang dia tu, dia jumpa puting. tengok2 dh check in kat mulut dia.. hurmm..


petang, temperature mula tinggi. Nina dah moody, terbaring je kat riba.. but still dia nak main, so ibu lega..
malam - yes, seriously Nina demam. ibu dah tepuk dahi, macamana nak cuti esok sebab ada interview penting dan can't skip!! doa banyak2 mintak Nina getting well. sekurang-kurangnya untuk pagi esok, sebab ibu plan nak half-day je esok.

bukak baju, pakaikan pampers je.tuam dgn towel lembab kat badan dan basahkan kepala dia.




2.00 pm - 36.64 Cels.
3.30 pm - 37.88 Cels.

malam - rasa mcm dh turun sikit panas. so, ibu pakaikan Nina baju. sebab kesian nak tido xpakai baju. nasib baik sebab dia tak merengek-rengek. kalau tak, ibu lagi panik.. Nina nak main-main, kira ok la. ibu tak perasan bila ibu tertido, yg pastinya ibu tido dulu dari Nina ok..haha..

24 sept
sedar-sedar  pukul 2.30 pg, panas balik..huhu.. monitor lagi temperature

2.40 am - 37.25
3.00 am - 37.15
3.20 am - 38.20
3.40 am - 38.42

ibu dah cuak yang amat. dok berkira-kira nak bawak gi klilnik, tapi kalau boleh nak tunggu pagi sikit. tapi suhu makin tinggi.. kat perlis ni jangan harap nak ada klinik 24 jam. yang bukak time office hour pun nak jumpa doktor kemain susah lagi. ibu sebenarnya tersangatlah takut nak bawak Nina ke hospital. bukan takut apa pun. jalan gelap, jalanraya tak de orang, semua tu belakang kira dah. ibu cuma takut kalau-kalau nina admitted, dan ibu sorang2..uwaa.. ibu cuma fikir nak  balik rumah mama kat Langkawi. at least kalau jadi apa-apa, mama ada..

4.00 am - 37.69
4.20 am - 38.37
5.10 am - 38.06
5.30 am - 38.89

ye, ibu dah nekad, hospital. call Daddy, cakap memang nak gi hospital. ibu tak nak tanggung risiko belakang hari nanti. tapi dalam hati berbelah bagi lagi. cuba lagi tuam Nina.. call Mama dan mama cakap tuam dulu, dah siang nanti baru bawak gi hospital. Daddy decide nak balik pagi tu jugak. ibu tak harapkan Daddy balik sangat sebab tau dia sangat busy minggu ni. dengan kerja, assignment dan nak test danm acam-macam lagi. but, bila Daddy cakap nak balik, syukur sangat..

alhamdulillah.. pukul 7, Nina makin ok. dan ibu dengan tersangat-sangat berat hati bersiap nak gi keja. hantar Nina rumah babysitter dan pesan yang Nina demam dan ibu akan balik tengahari nanti, bawak gi klinik. tapi, bila cakap dengan BS, dia nampak rileks dan tak menggelabah sangat. so, time tu ibu rasa lega. tak sama dengan feeling masa uruskan Nina sorang-sorang dari malam tadi. macam-macam yang terbayang. mungkin kita kena bersama dengan orang lain jugak untuk kurangkan kerisauan,kan. dan ibu rasa lega sikit tinggal Nina sebab tau BS tau nak handle.

kat ofis, buat kerja tak tentu. dan keja habis lewat. dekat pukul 2 baru selesai. pukul 2.30 petang ibu call BS dan dia ckp Nina makin ok. tapi elok jugak bawak gi klinik, sebab suhu dia tak tentu. ambik Nina bawak gi klinik, dan makcik BS ikut sekali. takut Nina meragam tak nak duduk dalam kereta.hihi..

pengalaman di klinik??sangat-sangat MENDUKACITAKAN.. yup, i really meant it.

klinik faizah - "doktor tak de. pukul 4.30 baru doktor masuk kak.." "abis kalau nak ambik ubat je boleh?" aku saja je tanya.. adik tu kata "tak boleh,kena jumpa doktor dulu" "macamana nak jumpa doktor kalau doktor memanjang tak de??" tak pasal-pasal adik tu jadi mangsa aku.
klinik bakti - pintu tutup. aku bukak, pegi kaunter "doktor tak de" "doktor ada pukul berapa?" "tak tau"..sakit jiwa betul aku dibuatnya. Condition Nina makin panas, mata dah merah. nasib tak menyebelahi pulak. dah la jarak klinik jauh-jauh. dapat parking pun jauh. makcik cakap, ada klinik osman kat bangunan belakang. ok, kami menapak ke klinik tu. aku dukung Nina. kesian nak bagi makcik dukung pulak.
klinik osman -TUTUP....
makcik cakap, jom kita tengok klinik cina tepi sana.. ok, aku menapak lagi.lintas jalan.malas nak cari parking lain.
klinik cina yg aku lupa nama - TUTUP
last resort, klinik menon. aku cuba elak gi klinik ni sebab selalunya ramai sangat orang. aku harap dapat klinik yang tak berapa ramai so that kitorang dapat jumpa doktor cepat. tapi, sudahnya terpaksa menunggu jugak..
klinik menon - buka, pesakit ramaaii..dekat 20 orang. doktor?dalam jadual ada 4-5 orang, tp yang ada cuma 1 orang.. perasaan? **taktaunakcakap**

dalam hati berdoa panjang supaya Nina tak meragam menunggu lama. akhirnya dapat jumpa doktor Lim. report from doctor:
Nina dah mula nak kena batuk sebab anak tekak dia merah
temperature still tinggi, 39 Cels.. huhu..
selsema yang tak hilang-hilang sejak lepas raya..
dan..

Nina dah mula menangis-nangis tak bersebab.. mungkin dah tak sedap badan sangat..
tunggu ambik ubat pun sekian lama jugak. dah la bagi ubat, tengok muka kita pun tidak.. picagari untuk suap ubat pun tak bagi. aku tanya "syringe tak de ke?" "tak de, habis". benganng betul dengar. "senang keje korang ni kan.." aku blah. sakit hati dengan servis kat situ. nak balik, tapi Daddy Nina dah nak sampai. so, kitorang terus ke stesen bas. perut lapar sangat, dari pagi cuma makan kuih.. adoi..

malam - Nina masih demam. family in law aku datang. Nina still ok, nak main-main je kalau orang ada. dan, Nina semakin susah makan ubat!! haha..mula-mula ok, siap pegang sendiri syringe tu.aku pun terus tekan, dan dia telan ubat. tapi bila dapat berjenis-jenis ubat ptg tadi, dia dah tak nak.. tiap-tiap kali nak makan, dia meragam. aku dengan Daddy gilir-gilir jaga. suhu dia masih sama, turun naik.

25 sept
kami bertiga kat rumah je, menjaga Nina. dia makin okay sangat..

malam - aiyoo.. badan Nina panas balik. rasa bersalah sebab masa dia okay siang tadi, aku rileks je, terus tak tuam badan dia. sebab ingat dah sihat. tak sangka datang balik demamnya..
berjaga lagi sekian harinya..

26 sept
 pagi2 aku keluar gi pasar, cari bahan basah. kononnya nak masak sebab malam ni daddy nina dah nak balik. beli lauk pauk untuk si kecik sekali. stok seminggu la senang sikit. bila dekat tengahari, tengok ada biji kat badan nina pulak. rupanya dia kena demam campak. aduh..
lebih kurang pukul 2 ptg, kitorang decide untuk balik rumah mak aku kat langkawi jugak. aku pun tak reti nak jaga, plus dok sorang-sorang ni..macam-macam.. daddy hantar kitorang sampai langkawi dan patah balik sebab malm tu nak naik bas dah. mama aku suruh balik esok, tapi memang tak boleh. tiket bas dah beli, lagipun balik tu pun dah emergency. tak boleh la nak delay lama-lama.
so,tinggal lah aku dan nina kat rumah mama.

medina dah mula merengek-rengek, tak nak dengan orang lain, nak berdukung je. ada masanya dukung pun dia still nangis. mungkin dah mula terasa miang tu.

27 sept
nina masih macam tu, cuma biji-biji makin banyak keluar. nasib baik dia kena demam campak kecik (betul ke tidak aku pun tak tau). tapi bukan biji-biji besar macam orang dewasa tu. aku memang pakaikan pampers saja kat dia. sebab dah start sapu Calomile Lotion. makan pun tak berselera. minum pun tak nak, sebab tekak dia dah sakit. susah dia nak menelan. abih, puting je la jawapannya.





29 sept
nina semakin ok, sihat dan dah mula nak main-main. habis rumah onni diselongkar. dah pandai cari aku sampai ke bilik belakang. alhamdulillah..

aqif, pinjam ye..
 aum cakk??
 ibu!!!nak turun!!!!
makan kat Old Town White Coffee, Cenang Mall. see?? nina dah ok kan?  nina makan roti bakar ok..

mengikut firasat aku, dah boleh balik esok lusa ni. kalau ada demam pun sikit je lagi, dan rasanya aku boleh uruskan sendiri.

1 okt
aku dan ni na balik ke arau dah..;-)

esok ibu dah mula keje sayang.keje menimbun tinggal macam tu je minggu lepas.. adeeh..


dan alhamdulillah.. semuanya dapat dilalui dengan 1001 pengalaman. ibu doakan nina terus sihat dan dib bawah lindunganNya selalu.. ibu dan daddy sayang nina..



1 comment:

  1. alolooo,ciannyerr c comeii..smg cpt sembuh yer cayunkk....:-)

    ReplyDelete