Monday, November 19, 2012

rutin harian

cerita pasal anak dara sorang tu kejap la. asyik ibu je interprem. mencabar sungguh aku rasa bila siapkan makanan untuk nina, sebab berhati-hati memandangkan dia senang terkena alergi dan sensitif kalau tak kena gayanya.. aku ni rasa dah macam penyelidik makanan dah. cuba dan cuba lagi apa yang sesuai. kalau nampak dia suka dan laju je makan, kerap sikit aku buat.. tapi tak tentu jugak. sebab ada masanya makcik call sebelum tengahari, bagitau bubur yang aku buat dah habis!! padahal bubur yang sama macam hari sebelum tyu jugak. dan aku buat dengan jumlah yang sama setiap hari.. ada masanya pulak dia tak makan sangat. sebab tu aku selalu sediakan biskut atau roti, in case dia tak selera makan bubur, dia boleh makan yang lain.

biskut pun nak kena try and error jugak. so far biskut tiger yang ok. biskut untuk baby tu memang dia tak boleh tolerate langsung. mesti naik abis merah-merah dan gatal matanya. roti setakat ni semua ok lagi. apa saja yang aku agak-agak best, aku cuba bagi kat nina..

pagi tadi rutin aku macam biasa jugak..

bangun pukul 6 - 6.15pagi
siapkan bubur, sambil perap isi ayam dengan tepung, nestum, oat dan apa saja yang ada dalam stok dapur aku
subuh, iron baju
bubur dah siap, sejukkan kejap
goreng isi ayam tadi, buat macam chicken pop corn yang ketul-ketul kecik tu.. sebab dah 3-4 hari dia tak selera makan bubur. patang semalam masa ku tengah makan, dia datang kacau.aku suap isi ayam, dia makan. banyak pulak tu. so, pagi tadi aku buatkan special untuk dia.aku goreng guna corn oil. selagi ada peluang untuk kita bagi apa yang sihat dan berkhasiat untuk anak, apa salahnya kan..

then blend bubur, masuk bekas
ayam yang dah siap goreng, masuk bekas - sambil dalam hati doa "mintak-mintak nina makan banyak hari ni"



siapkan lunch box dia
mandi
siap-siap nak gi kerja sambil-sambil kejut makcik tu..
 nina bangun la..dah pagi..
bangun angkat kepala jap, sambung tido..
siap letak muka bawah bantal..

bila dia dah bangun..
 cepat la ibu..lambat dah ni.. amboi2..





No comments:

Post a Comment