Tuesday, December 11, 2012

check up 16 weeks

haih.. M sungguh semenjak dua menjak ni. hormon ke? asyik salahkan hormon je la ye..pagi2 dah mengeluh, bila nak berubah? ok2.. azam baru di hujung tahun.. hehe..

entah la, seminggu dua ni penat betul rasanya. penat otak dan penat badan.. macam-macam yang datang dan pergi. lumrah la kan.. semoga bertambah kuat dan kental ye izan.. ada masanya baca blog kawan2, rasa bersemangat sekejap. lepas tu merudum balik.. adeh.. macamana nak buat ye.. balik kerja je rasa penat sangat. macam fully utilize la sangat.haha.. sungguh, tak tipu. sebab tu time malam rasa memang nak rehat sungguh-sungguh. tak nak gi mana-mana, atau pikir apa dah. bagi masa untuk Nina je. tapi sekarang  dia pun dah tido awal. pukul 9 je dah start merayau cari tilam empuk.. sebab makcik ni jenis suka tido atas badan orang.aku lah orang nya.. kalau tak pun mesti nak golek2, nyendeng2 dulu.pastu baru lah tido. 

ok, dah lama rasanya tak share progress adik Nina kan.. sekarang check up ikut mana yang sempat. dan yang terbaru, lewat 2 minggu !! nurse? pot pet pot pet. aku wat tak reti je. malas nak layan.. cuma, yang baru ni ada banyak report jugak la.. 

Urinary Tract Infection (UTI) atau orang kita panggil 'kencing kotor'.
Nurse tu bagitau yang air kencing aku kotor. tak teruk sangat bila dia tunjuk penanda aras tu, aku stage pertama selepas yang normal. dan aku tengok dia catat kat buku aku 'trace' tapi still guna pen merah. so, peringatan !. Katanya aku kurang minum air. tapi rasa macam dah banyak. Ataupun kerap minum kafein, samada teh, kopi, nescafe dan sebagainya. ok, noted. dia advise untuk aku minum jus dan air masak sahaja. nurse tu tanya "ke skip makan ubat?". rasanya tak jugak. ada lah sekali sekala.terlupa..hehe.. atau pun kita minum minuman yang mengandungi susu selepas atau sebelum mengambil ubat. jadi, susu tu akan menghalang badan untuk menyerap zat-zat yang terkandung di dalam ubat tu. yang tu mungkin jugak aku buat. so, lepas ni kalau nak minum susu, pastikan SEKURANG-KURANGNYA SELEPAS 2 JAM makan ubat.
dan antara maklumat lain yang aku dapat dari  pembacaan sendiri, boleh tengok kat sini ye..
 
Berat turun 2kg
Yang ni tak tau bagus ke tidak. sebab nurse yang first tu check tekanan darah dan berat aku kata tak elok. sebab selepas 7 minggu sepatutnya badan kena naik. tapi nurse yang seorang lagi pulak cakap aku kena diet. so, confuse di situ. maybe dia tengok badan aku besar kot, tu yang tak perasan berat turun.
 
HB rendah atau darah cair
masa pregnant Nina dulu, antara masalah aku ialah darah cair dan darah aku cukup susah nak ambik, sebab urat kecik. tapi tak pernah pulak kena tegur. untuk kali ni, nurse yang first tu check aku sampai 2x, tapi bacaan HB still rendah. 10.4. aku tak reti maksudnya, tapi tu yang dicatatkan dan again, guna pen merah! so, nurse yang kedua tu banyak explain pasal ni dan macam-macam benda dia tampal dalam buku aku tu. jenis2 makanan yang sesuai la, tanda2 dan kesan2 yang akan jadi. dan yang paling tak best, dia refer aku ke klinik kesihatan. satu kerja pulak aku nak melangut dekat sana semata-mata nak kena amik darah lagi sekali.. adui.. bila aku refer buku, check up sebelum ni HB aku ok sangat. tu yang aku pelik tu. 

info lain yang aku cari sendiri kat sini, sini, dan sini.. kebanyakan bagitau benda yang sama, so aku catit kat sini ye.. semoga bermanfaat..

ANEMIA semasa hamil
Sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN :
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....









So, bila aku review balik history pregnant kan Nina, masa kandungan 4 months++ aku dah ambik lebih dari asid folic. but now, aku tak de ambik apa pun selain asid folic. bila fikir2 aku plan untuk sambung guna supplement yang sama macam aku guna masa 1st pregnant dulu. tapi 2-3 hari ni aku dok cari kat farmasi sini tak de la pulak..haih..

Balik dari klinik hari tu, azam berkobar-kobar nak jaga pemakanan, jaga kesihatan dan yang paling penting JAUHI STRESS!! stress mana boleh elak kan? tapi sekurang-kurangnya biarlah seadanya. bukan sampai tak tentu waktu. sebab aku perasan, aku ni ni sampai saat nak tidur pun kepala otak dok generate hal kerja lagi..pikir tak abih la oii..

tapi semua tu bertahan sekejap je la.. lepas tu aku lalai balik. sibuk dengan macam-macam perkara. sampai tercicir masa-masa penting. berangan nak buat jus buah, hampeeh..yang ready made pun tak sempat gi cari tau.. ni yang lemah ni.. susah betul nak konsisten!! hai la hati..

dan sampai sekarang aku baru sempat scan baby 2x je. bila kira-kira balik dah nak masuk 4 bulan setengah..agak2 kalau gi intai, boleh nampak tak gender?hehe.. teringin nak tau.. tapi busy dengan karenah Nina yang amat2 lah agresif tu, dengan kerja dan urusan rumahtangga, macam tak de mood je nak gi check lagi.. tunggu la dulu seminggu dua ni..

Nina sekarang suka betul parking kat perut aku.siap tepuk2 lagi buat macam aku tepuk bantal nak suruh dia tidur. hope dia dah faham dan boleh lah borak-borak dengan baby.. guna bahasa masing-masing ye..hehehee.. nak dukung dia, sekejap-sekejap ok. lama-lama sikit, mak surrender la ye.. 

Ok, sebelum abis, jom kita share apa perkembangan mom-to-be-again sekarang..
  • penat dan tak larat berganda. sebab jaga yang kat luar dan adiknya yang kat dalam..dan most of the time, jaga sorang-sorang la.. memang terkesan bila dalam 2-3 minggu ni je Nina demam 2 kali.. huhu..
  • loya, pening dan penat banyak pada waktu malam. pelik jugak. pagi ok je..
  • bila bangun malam2 bagi Nina minum, kaki dah mula rasa kebas/nak cramp.. dulu tak la seawal sekarang..
  • dah boleh rasa baby main football la.. tendang-tendang manja gtu. tapi memang awal dari 1st pregnant dulu. rasanya sebab kita dah ada pengalaman yang dulu, so lebih tau yang mana rasa baby tendang, dan yang mana rasa angin dalam perut..hehe.. tapi, awal-awal ni jarang-jarang je dapat rasa.
  • masih sama waktu pregnant Nina dulu, tak de banyak sangat yang mengidam dan pelik2. cuma pelam muda belum tercapai lagi la.. erm, pizza dan mc d pun belum.. bila ek??
  • emosi dan spiritual rasanya lebih kuat berbanding dulu. ada beberapa sebab : sebab dah ada pengalaman dulu, so dah tau macamana nak handle. lagi satu sebab sibuk melayan Nina, so penat dan rasa tak larat terpaksa ketepikan atau lupakan terus sebab takut Nina pulak yang terabai. dan sebab lain pulak ialah pregnant kali ni Daddy sangat-sangat jarang dapat ada sama, so terpaksa lah berdikari sendiri..
  • dah tak boleh berBOBA lagi dah!! sebab diri sendiri tak berani memandangkan perut dah besar sikit, Nina pun dah berat dan takut jugak sebab tak tau condition baby macamana.. so, no Daddy, no jalan-jalan.. ;-(
Ok la, dah banyak share ni.. till then , bye-bye..


No comments:

Post a Comment