Wednesday, August 15, 2012

akhirnya ia datang jua..

Masih ingat entry aku tentang rezeki? dan tentang dugaan yang tak mampu aku nak ramal?? ye, tak sampai berapa jam je, ianya berlaku.. betul kan..

baru kejap tadi aku terima surat jemputan ke Kursus Pengurusan Bencana pada 20-22 Sept nanti. dan diadakan di Jengka, Pahang. sebenarnya aku dah tau akan ada kursus pada September. dan dah tau surat jemputan dah keluar. tapi semua tu aku cuba tepis dan berlagak nak abaikan sahaja. aku kira macam lambat lagi. tak pe lah. tup tup, tak sempat nak berayo eden ni hah.. tengok surat tu macam tak de perasaan.. only one word.. NINA?? a very big question..

akhirnya, masa itu tiba juga.. dan aku tak tau apa keputusan nak ambil.. terus SMS Daddy Nina.. semak kepala aku kejap. buntu.. walau macamana jauh aku cuba lari, aku tetap kena hadapi. jadi, nak tak nak mesti fikir.. ok, it will be:
  • 3 hari 2 malam punya course
  • dibuat di Pusat Latihan JPAM, dan bukannya hotel, dan tak boleh ulang alik dari rumah pun !

persoalannya: 
  • mana nak letak Nina?
  • nak bawak?
  • nak tinggal? huh, BIG NO !!! - moga Allah permudahkan urusan aku..
  • tapi kalau bawak, nak tinggal kat sape time aku keje?kat sana tak kenal sape2.. ada, kawan mak aku. but, aku rasa makcik tu dah tak larat nak jaga baby. dan, Nina sekarang dah kenal orang, so it might take some times to her to comfortable. kalau tetiba aku nak gi tinggal dia ngan orang tu, buatnya dia mengamuk, cari pasal namanya..
  • Daddy bagi cadangan yang dia akan jaga Nina kat sana. abih tu tak kan dia tak kursus? kalau jadi Urusetia pun takkan nak jaga anak kat bilik?
  • Dan as known as Pusat Latihan, aku tak rasa diorang boleh provide bilik untuk family, atau sekurang-kurangnya bilik untuk aku dan Nina saja. mesti kena share dengan kawan-kawan dari kampus lain..
  • Kalau nak book hotel dekat area tu plak, mesti nak ada kereta sendiri. takkan nak drive sendiri dengan Nina dari Arau? takkan Daddy nak balik ambik kami pulak? buang masa dan ongkos ! sangat tak praktikal..
Tak tau nak imagine macamana, tapi masa bincang dengan Daddy pun aku dah bergenang airmata.. tak sanggup! tak boleh nak discuss lama-lama, takut banjir pulak bilik aku ni jap lagi. tapi dalam kepala aku ni jenuh mencari jalan.. takkan aku tak nak attend? sayangnya.. kerja aku jugak tu. perlu jugak aku tambah skill dan knowledge, kan? dan situasi ni akan datang lagi. sampai bila aku nak terus lari dan mengelak?

apa nak buat eek?? aku terbayang kalau-kalau terpaksa jugak tinggal Nina dengan BS 3 hari.. huhu..sedihnya.. tak sanggup.. (isk, taip ni je pun dah sedih..) Adakah dah sampai masa untuk aku terpaksa biasakan diri tinggal dia bila outstation? Adakah aku sendiri perlu bersedia dengan keadaan ini? oh tidak.. bila teringat yang tiap-tiap malam tido dengan aku, selalu pegang baju aku (aku pun tak tau kenapa. peganglah tangan ke apa..) satu selimut, peluk-peluk, dan sekarang dah pandai parking kaki dia atas peha @ perut aku.. huh, tak nak tinggal Nina !!! please..

Daddy bagi idea, tinggal Nina dengan Daddy je kat Shah Alam, then aku gi kursus. aku risau jugak, boleh ke Nina tu? aku takut sebab malam aku memang fully breastfeed dia. tak sanggup kalau tiba2 dia bangun malam, then cari aku tak de.. huhu.. ni bukan Nina nangis, aku pun join sekali ni.. cuma, mungkin lebih better sekurang-kurangnya dia dok dengan Daddy dia, dari dok dengan orang lain, kan? tak jadi keje aku dok pikir benda ni.. aduhai..

sampai sekarang aku masih tak de penyelesaian. berharap sangat-sangat diberi petunjuk. time-time ni rasa sangat nak berhenti kerja.. bila lah laki aku nak dapat gaji 3-4 kali ganda dari sekarang, so that aku boleh duduk rumah je!!! atau sekurang-kurangnya tukar kerja ! sungguh, tak tipu.. ada tak jawatan kosong yang perlukan orang macam aku.. haha.. yang tak nak kena interview, nak dapat terus.. boleh gitu?? buat lawak b***h sebab nak hiburkan hati sendirik !

dah la, malas nak pikir lagi.. mood raya dah terbang melayang dah ni.. rasa macam nak balik peluk Nina la ni jugak !!







Rezeki..

pada yg follow fb aku tentu perasan status yg di'tag' oleh suami aku Isnin (13 / 8 / 2012) :

 "Syukur & Alhamdulillah.

Tahniah dan syabas kepada Ezan Rashid atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011.

Semoga dengan pencapaian ini akan menjadi contoh dan teladan kepada staf lain untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja selaras dengan matlamat UiTM.

Daddy & Medina sangat berbangga dengan Ibu.

Syukur kepada-Nya atas kurniaan rezeki didalam bulan penuh keberkatan ini.

(,") .I.L.O.V.E.Y.O.U. (",) .: "

dan esoknya aku postkan pulak.. 

"Tq to all wishes.. Alhamdulillah, rezeki berganda-ganda.

Tak sangka dengan pencapaian sendiri. tahun yang hectic , kerja sambil mengusung perut ke sana sini. Tq Medina.. memang tak pernah bermimpi dan tak berharap untuk tercalon sekali pun. But, He knows the best, right? kalau nak bermimpi, biar sampai ke bintang !

Sesungguhnya, dugaan, cabaran, halangan dan nikmat datang serentak, silih berganti. tak terhitung banyaknya. Diuji dan pada masa yg sama dipermudahkan yg lain.. Rahsianya? jadi seperti itik berenang, luaran nampak tenang dan 'cool' , hati di dalam siapa yang tahu.. ;-) Semoga boleh menjadi pembakar semangat untuk semua..

Bila ditoleh kembali ke belakang, tak terfikir bagaimana boleh melaluinya. tq to every single person behind me. YOU KNO WHO YOU ARE.. especially to my dear Ku Hadzrill Jeeffry dan orang yang melahirkan saya, Ainun Ramli."
  
sila abaikan ayat cintan cintun yang suami aku tuju kat aku ye.. nanti ada pulak yang sendu.. heehe..

Betul, syukur alhamdulillah.. rezeki dariNya. memang tak sangka, tapi terima kasih pada semua yang terlibat. tak kan nak buat-buat tak reti atau tertanya-tanya "aku buat apa sangat ek sampai dapat title tu?". Mustahil la pulak,kan.  Cuma memang tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap itu dalam masa secepat ini. masa tu baru tahun kedua dalam servis kat gomen ni haa.. dan tobat, tak pernah pun aku kerja atau buat apa-apa untuk dapat perhatian atau pengiktirafan. Tipu la kalau keje tapi tak mengharapkan apa-apa.. pulak dah.. haha.. maksud aku,  kerja sebab tanggungjawab dan kita seronok bila buat kerja yang kita tahu. Ada masanya kesabaran dan kekuatan teruji, tapi.. hentam saja lah labu..

Dan from 2nd last paragraph of my speech tu (speech lah sangat !!), i really meant it.. really-really do. Ye, aku tau semua orang mengalami pengalaman pahit manis dalam kareer memasing,kan. dan itu bahagian untuk aku. cuma yanng aku rasa sebagai super duper big dugaan dan cabaran sebab aku ni weekend wife, weekend mommy.. yes, adakalanya monthly ! Tu yang rasa berat sangat perjalanan yang kena tempuh. di saat orang lain kena marah dengan boss, masa keluar lunch dengan hubby, boleh kongsi mengumpat melepas geram hal-hal kat ofis. Di saat orang lain stress dengan keje menimbun, bila balik rumah boleh share-share masalah dengan suami sebelum tido, masa makan, etc.. Dan segala masalah dan tekanan hilang bila balik rumah sebab jumpa your lover. Lain sikit bagi aku. bukan tak share dengan Daddy Medina. Tipu lah,kan. tapi in a different way. gayut telefon ni berapa lama sangat bertahan. sibuk hal masing-masing kat rumah masing-masing, adakalanya cerita yang nak dikongsi pun lenyap gitu je. Adakalanya stress aku lain macam sikit sebab berganda-ganda.. hhmm.. tak payahlah cerita macamana,kan. cukup aku shar e itu je. 

Sebab tu lah "Bila ditoleh kembali ke belakang, tak terfikir bagaimana boleh melaluinya", rasa macam..kuatnya aku ! haha.. gila takbur. tak lah, cuma rasa, walaupun kalau difikir rasa macam tak mampu, tapi bila keadaan dah memaksa, semuanya menjadi. itu lah yang aku rasa. belum lagi cerita keadan masa mengandungkan Medina time tu.. cukup untuk aku buat conclusion, this life make me stronger day by day.. sangat-sangat.. aku tak cakap aku bagus atau sempurna.. cuma dalam keadaan aku, aku rasa it's motivate me a lot. 

Lepas majlis penyampaian anugerah, two most important persons come into my mind. Daddy Medina dan mama aku.. ouch..really touched me.. i love you both.. sayang abang dan mama ketat2 !! Dan pada semua juga..

Aku juga pasti semuanya takkan berakhir di sini. hari-hari mendatang belum mampu untuk aku ramalkan. cuma tunngu, lihat, usaha dan doakan yang terbaik sahaja. semoga kekuatan dan kecekalan yang ada mampu bertahan dan bertambah.. Insya Allah..


notahati: jadilah seperti itik..




Monday, August 13, 2012

persiapan kami

memang tak de cerita lain sekarang ni. korang gi la jenguk blog sesape pun. kalau tak cerita biskut raya, mesti cerita baju raya. kalau tak pun cerita orang merajuk sebab gaduh ngan laki, sebab tak pasti lagi nak balik kampung sapa... balik raya ! still, cerita raya.. so, same goes to mine !! ngee..

memandangkan ini tahun keempat beraya dengan suami (waahh.. tak sangkanya..) , dan pertama kali beraya bertiga dengan Nina.. yup, lupa nak cerita : Daddy Medina bagi nama manja - Nina..

persediaan tak de lah gah dan meriah yang amat. adalah sikit-sikit, meraikan setahun sekali, dan yang penting sesuai dengan bajet masing-masing.. untuk keluarga kecik aku, rasanya 80% dah siap. tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi.

  • kuih raya - selalunya memang aku akan buat sendiri. banyak @ sikit, itu belakang kira, asalkan buat. tambahan pulak memang mak dan along aku pun buat. so selalunya kitorang buat sistem barter. cuma tahun ni gile sikit. sebab along dan aku list kan senarai biskut yang sama ! apa hal pulak.. macamana nak tukar2, kan?  tapi tak pe lah sebab beraya lain-lain tempat dulu. haha.. apapun, tumpang biskut mak aku lah, nampak macam very pelbagi tu.. hehe.. senarai aku? sebelum puasa ada 3 je.. awal puasa dah jadi 4- 5.. bila beli bahan, still maintain 4 jenis je. tapi, bila dah start buat, "eh, ada lebih lagi tepung, gula, kcg, etc.. ".. tup-tup, dah jadi 6 jenis .. adeeh.. memang niat di hati nak buat sikit je memandangkan Nina masih kecik. dan tak tau nak bajet dia punya mood. takut tengah syok2 menguli, dia melalak pulak.. apapun, rasanya cukup dengan 6 jenis je lah.. Tart Nenas, Biskut Arab, Cornflakes Honey, Germany Cookies, choc chips, dan Alamanda Bar Cookies. dah, jangan pikir lain dah. kang ada je idea aku nak tambah kang..
  • baju raya? untuk aku ada 2 pasang (merah dan hijau). tapi ada lagi yang baru ambik dari tailor sebelum puasa hari tu, so aku simpan nak pakai raya jugak lah. adalah dalam 4 pasang kot. cuma ada 2 pasang lagi belum siap. aku dah janji dengan tailor, ambik lambat sikit pun tak pe, sebab raya di sini je tahun ni. bagi chance dia jahit untuk orang-orang yang nak balik awal.. tahun lepas aku ambik awal jugak,kan.. kasut, ada beli sepasang. bukan kasut, selipar je.. tu pun dah terdesak sangat sebab tak de pun yang aku berkenan. tapi ambik jugak sebab kasut memang nazak dah. handbag - tak beli tahun ni. ada yang berkenan, tapi Daddy Nina wat derkk je. aku pun abaikan je lah. lagi pun yang sedia ada still elok dan gagah.. ;-)
  • baju raya Daddy Nina ada sepasang baju melayu kaler merah. tapi belum siap. sehari dua lagi siap kot. kalau ikutkan, dia tak nak jahit baju melayu pun. nak pakai yang sedia ada. memang elok lagi. cuma, aku ingat nak buat jugak sebab dia selalu kena attend event. so, prepare je la. tak kan pakai baju sama tiap-tiap tahun,kan. untuk kasual dah ada 2 helai. kaler hijau dan biru - sama color dengan baju yang aku dan Nina ada. yang lain still guna yang lama, iaitu butang baju melayu (sebab taun lepas beli yg mahai.. hehe.. ), songkok, sandal dan sampin (hantaran masa tunang tuu..).
  • baju raya Nina - minah ni paling sakan tahun ni !! serba serbi baru. yelah, dia mana ada stok tahun lepas, kan ? hehe.. baru ni membeli kat Penang. banyak beli yang dia la sebab kat tempat aku ni sangat susah nak cari yang aku berkenan. dah siapkan seluar jeans, gaun dalam 3-4 helai, blaus dan t-shirt, stokin je sebab kasut tak de size lagik.. adik dan mak aku pun ada sponsor baju untuk Nina jugak.. headband pun beli baru tau.. baju kurung mak aku tolong jahitkan, sama corak dengan baju aku, kaler merah dan hijau. aku belikan jugak pyjamas dan baju tido.. saje, wat pakai malam-malam raya.. ahakss.. dan belek-belek rak baju dia, dapat 3-4 pasang baju yang dulu tak boleh pakai, tapi sekarang dah muat.. yeaay..

apa lagi ye.. tu je rasanya. yang lain tu ada lah persediaannya. tapi macam biasa je. ikut keperluan dan kemampuan. Insya Allah aku akan balilk rumah MIL petang sehari sebelum raya. masak ? tak  tahu lah, ikut tuan rumah je lah,kan. kalau belah family aku, memang mak aku akan masak macam-macam. dan yang penting mesti ada nasi, ketupat, rendang, kuah kacang, tapai.. kadang-kadang ada satay, pulut panggang,kek, dan macam-macam. family sebelah aku ramai, jadi masak memang ala-ala kenduri. tu yang meriah. aku memang hantu ketupat atau jenis-jenis pulut. ketupat + rendang + kuah kacang ?? perghhh...

kali rasa macam nak try buat rendang lah.. ada ke yang nak makan??
kita bawak perut je la, ye..;-)

hah, lupa nak share, raya tahun ni ada gajet baru jugak..


taraa.. saja nak eksyen dengan korang.. jam ni sempena pelbagai peristiwa. Daddy Nina kata sebab lahirkan Nina, hadiah hari jadi, ulangtahun kahwin, hari raya dan ulangtahun perkenalan.. kejam tak laki aku ?? aku rasa gile punya kejam.. korang rasa ??? iya kan je ... pikir 10 kali jugak nak membayarnya.. senak perut sebulan aku lepas nih.. tapi, manager kata "tak pe lah, reward yourself. untuk kerja setahun ni.." - terus tak cakap banyak, hulur je .. haha..

yang kaler merah tu, untuk Daddy Nina - sebab jaga aku dan Nina sepanjang masa, teman masa aku nak push-push anak dia, hadiah hari jadi, ulang tahun, tolong tangkap tikus-tikus kat rumah, tolong mop lantai setiap kali balik dan segalanya.. hikhik.. mulanya nak yang sedondon kaler, walaupun tak sepasang. tapi last minit, Daddy Nina still nak yang merah jugak. tak pe lah..

dan tak semena-mena beraya dengan handset baru uollss.. haha.. sebab hand set aku yang ada tu sedih benar dah. dia pun malu nak beraya. so, dia pun menjahanankan diri dia. dah seminggu aku tak de handset (langsung tak sedih,kan ? sebab aku ada 2 handset.. huahua..). Weekend baru ni Daddy Nina dah belikan aku yang baru. jauh tu.. aku pun tak tau macamana rupanya. tengok dalam gambar je. bukan smart phone ye. yang cikai-cikai je. bolehlah setakat nak gayut ngan boyfren dan nak hantar gambar-gambar anak dara kat bapak dia.. nanti kita pose ye. sekarang ni jual airliur je lah, dah handset tu ada ngan laki aku lagi..hehe..

rezeki tahun, ni.. kan ? semoga semua dipermudahkan rezeki mereka dan untuk tahun-tahun akan datang jugak..
amin..


 notahati : apa cerita best raya kawan-kawan kita ye?




Thursday, August 9, 2012

Solid food for Medina..

cakap omputih mak medina hari ni.. hehe.. ye la, medina dah mula makan her solid foods !
dah.. dah.. jangan bising2.. jangan nak cakap awal la, nak cakap nape tak tunggu cukup-cukup 6 bulan la.. orang sedap je nak bercakap kan.. sebab orang-orang yang sedap bercakap ni jugak la aku terpaksa relakan anak aku makan sebelum usianya 6 bulan. walaupun tinggal 6 hari saja lagi time tu. memang anak kita, hak kita nak tentukan apa dia nak makan, bila dia nak makan. tapi hidup bermasyarakat dan berkeluarga ni memang SUSAH sangat nak tentukan apa yang betul-betul kita nak. really.. yup, i really meant it.

"dah boleh makan dah ni, anak ko dok hisap jari je ni. lapar la ni.."

" kitorang dulu, lepas pantang je dah bagi minum air nasik. dah asyik nangis je. lapar la kot " - sumpah, yang ni aku mengucap panjang bile dengar sendiri. kesian anak tu..

"ada sedara akak tu, dia jaga cucu dia. bila mak budak tu gi keje, dia masak tepung beras, bagi budak tu makan. sihat dan gemuk baby tu.. " -  sumpah, aku berdoa agar anak aku tak dibuat macam tu..

dan macam-macam lagi yang kita sering dengar, kan? dan bak kata orang, sekeliling kita ni terlalu banyak 'doktor'.. sampai tak tahu mana yang sepatutnya ikut, yang mana sepatutnya bolayan kan aje. nak  melawan, tak kena.. nak mengikut, aaghh..TAK NAK !! " alah, awak tu anak baru sorang, kita ni anak 6 orang. dah tau asam garam membesarkan budak-budak ni.. " - ambik ko? sanggup nak tahan telinga? 

Sebagai mak, kita tentu sangaaaat excited nak bagi anak kita makan, kan? tapi biarlah kita yang tentukan masa yang betul-betul sesuai.. aku tengok ibu-ibu hari ni sangat bersemangat menimba ilmu tentang Parenting ni. baik dari awal kehamilan, awal kelahiran, penjagaan baby, kesihatan, dan jugak pemakanan. makanan yang bersesuaian dengan umur anak.  jadi mungkin ada di antara kita yang semakin sedar waktu dan cara yang betul di dalam mengendalikan anak-anak. kalau dulu begitu banyak pantang larangnya, sekarang kita dah tau banyak mitos dari yang benarnya. macam aku, kalau ada orang cakap tak boleh makan apa-apa sebab pantang ke angin ke. aku mesti  nak justify betul-betul alasannya. kalau setakat agak-agak, orang tua kata la, orang muda kata la, payah sikit aku nak ikut. ada bukti dari segi perubatan, then ok.. ;-)

oleh sebab takut benda-benda yang tak sepatutnya jadi, daripada setiap hari hati tak menentu memikirkan "kot-kot orang suap anak aku makan ke?", aku mengalah dengan..



 bangga gile muka Medina kan?

masa balik rumah mak aku baru ni, mak aku bagi Medina makan biskut.. adoi.. yang tak tahannya, Medina makan sungguh-sungguh pulak tu. lagi nampak macam lapar la, kan? hehe..  ada masanya mak aku offer kuih bahulu !! adeeh..poning omaknya.. aku tengok Medina isap-isap, then gulp telan. macam best je.. telan air liur je lah aku. sebelum medina pergi lebih jauh, aku cepat-cepat gi belikan Medina finger biscuit from Farley's ni. dan jugak sekotak biskut untuk bancuh dengan susu. (impian mak nak suapkan Medina first time dengan home-made solid food berkecai jua..)

Bila dah balik Arau balik, aku cuba bertahan untuk tak bagi legi Medina makan lagi. jap je, tahan lagi 2 minggu je.. hope boleh bertahan.. but, selalu sangat dengar BS cakap Medina dah boleh makan, aku decide, "ok, minggu depan kita start makan ye.. ibu masakkan Medina kentang.. ". BS tanya, nak beli Cerelac ke? "tak la, nak masak sendiri.." . Abis cerita.

sebelum tu, aku nak explain awal-awal.. bukan nak menunjuk bagus atau pandai ke apa.. bukan jugak nak cakap aku ni mak terbaik.. apatah lagi pandai masak. tapi aku cuma berusaha setakat yang aku mampu. nak jugak merasa masak bubur untuk anak,kan. nak jugak sediakan meal yang sehat untuk Medina, dengan air tangan aku.. aku tau, satu hari nanti aku jugak akan bagi dia makan makanan dalam tin / kotak, walaupun aku akan cuba elak sebaik mungkin.  sebab tu aku tak de langsung blame makanan-makanan kat pasaran tu.  mana tahu  bila ada outstation ke, balik kampung, atau berjalan jauh2.. tak kan aku nak angkut periuk belanga untuk siapkan makanan Medina. so, at that time, for sure aku jugak akan beli ready-made solid food atau finger food,kan. aku jugak sedar tentang baik buruk ready-made dan home-made food for baby / kids. kandungan garam dan gula dalam makanan untuk baby.. (read as: i've done a lot of reading and surveying on that) but, macam yang aku cakap awal-awal tadi, kita tak boleh dapat semua apa yang kita nak. ada masa kita dapat, ada masa kita terpaksa mengorbankan salah satu.. life is as simple as that !!

so, bagi mengisi masa dan tenaga yang aku ada sekarang, aku nak sediakan home-made food untuk Medina. mana tau, ada masa terkejar-kejar tu, terpaksa jugak sambar biskut Farley's Rusk dalam almari.. huhu.. 

hujung minggu baru ni, aku spent sikit waktu untuk siapkan Medina punya makanan. sambil-sambil masak untuk berbuka. hehe.. aku pilih untuk buat frozen, memandang aku ni ibu yang tak berapa muda, yang tinggal solo dengan baby dan berkerjaya yan tak tentu waktu.. hah, jelas,kan ?? kalau nak ambil masa everyday untuk masa, memang tak mampu lah. apapun, still better than ready-made kat pasaran, kan? itu kuncinya !! hehe.. aku banyak belajar kat blogs, buku, magazines, dan mana yang sempat. selalu menjenguk kat Ibu Cergas ni.. banyak ilmu dia..

 Epal. Pear, Labu Organik, Keledek dan Kentang untuk dijadikan puree.
 kupas kulit, cuci bersih, dan potong kecik-kecik. senang nak cepat masak nanti..
 kemudian aku rebus. epal dan pear aku campurkan sekali je. saje suke-suke.. lepas tu kentang, dan yang lain-lain tu rebus berasingan.
 dah masak, sejukkan sekejap. takkan nak blend panas-pnas, ye dak?
 semestara tu, aku cuci beras dan sejatkan. lepas tu aku goreng beras ni tanpa minyak. sebab nak make sure betul-betul kering sebelum dikisar.
 ni lah rupa beras yang dah dikisar. so, bila nak guna, terus cedok dengan sudu, masak kat dapur dan campur dengan puree tadi. dah jadi bubur, tak perlu blend lagi bila dah masak. jimat masa..
cuma untuk aku, lepas masak still kena blend sebab Medina baru je belajar makan. so, teksturnya masih tak boleh kasar-kasar.. dah jadi 2 kali keje aku,kan.. blend, masak, lepas tu blend balik..huhu..

 ini epal puree.. senget la pulak.. gasak lah..
 aku masukkan dalam bekas kiub-kiub ni. bekas untuk buat ais sebenarnya. beli kat kedai Borong Din.
 bekas ni beli tak banyak. so, once dah beku, masukkan kiub ni dalam bekas besar pulak, sebab nak diisi dengan lebihan puree tadi. tak kan nak beli banyak-banyak, kan? kopak aku..;-)

taraa.. siap.. disebabkan banyak puree yang aku buat, kena tunggu kiub ni keras, then buat yang baru..sampai semua puree tu dah jadi kiub dan ready untuk di'frozen' kan !

Itu lah kisah puree-puree ku.. haha.. 
First sekali aku bagi medina makan labu + epal +pear.. nyam3.. she's love it !! sebab first time makan Daddy yang suapkan, so tak de snap photo lah. maknya sambung balik keje-keje kat dapur.. best tengok Medina menjamu selera dengan jayanya.. Insya Allah, will follow 4-day rules untuk bagi Medinan makan.. maksudnya, akan bagi Medina makan meal yangsama selama 4 hari. ini untuk nak pastikan Medina sesuai atau tak dengan makanan tu. bayi akan menunjukkan tanda-tanda dalam masa 4 hari. samada alergi ke (melalui najis atau kulit), apa ke.. dan nak biasakan bayi dengan rasa pada makanan tu. bila dah ok, boleh tukar pada puree lain pulak.. ini juga untuk membiasakan Medina dengan pelbagai rasa, supaya bila dah besar dia tak lah memilih sangat !! hihhi..

Dan esoknya bila bawak Medina gi rumah BS, siap bagi bubur.. BS senyum sampai telinga... hhmmmm.. apa saja lah, asalkan semua ok.. Medina, enjoy your food !!







 

Thursday, August 2, 2012

i'm sorry, Medina..

Gile aah.. kat ofis aku dah pasang lagu raya !! ngalahkan pasaraya pun ada gak. ni menambahkan tahap kemalasan nak bekerja je ni. yela, jiwa raga dah kat kampung.. macam suami aku la kot.. raya ni kat kampung dia.. hehe.. tak de la, tak kisah la kat mana pun, asalkan bersama dengan orang-orang yang kita sayang, kan? tapi kalau asyik kampung dia, KISAH la jugak.. hihihi.. aku teringat ada seseorang pernah cakap kat aku, tak pe raya kat mana. kalau sampai turn dia, kita balik kampung dia. bila dia seronok, kita pun mesti seronok. apa salahnya bergilir,kan. aku tak tau macamana orang kat luar sana, cuma bagi aku sepatutnya dalam zaman kita sekarang dah patut ada suami isteri yang bertengkar semata-mata nak balik kampung mana time raya ! elok elok nak bergumbira di hari raya, dah bermasam muka pulak.. 
sudah-sudah, jangan melalut.. kisah sebenarnya..

MEDINA JATUH KATIL..
Yup, saya tau.. masti banyak mulut-mulut yang muncung sambil jeling mata dan geleng kepala lat aku, kan ?? kejadian maha ngeri tu berlaku pada Sabtu, 17 Julai 2012 jam 12.30 tengahari.. tobat ingat sampai  mati..huhu.. waktu aku tengah bersiap-siap nak pegi kenduri ofismate aku. Medina dah siap, tinggal aku nak pakai tudung je lagi. letak dia kat atas katil, aku bangun, pusing, dan sampai kat pintu bilik.. gedebuk!! aku pusing, Medina dah tersungkur kat bawah, mengiring.. yang nasib baik sikit sebab ada karpet getah yang gambar Upin Ipin tuh !! tapi, aku memang rasa bersalah gile. terkejut, semua ada.. Medina menangis tak hengat. tu first time kot aku dengar dia melalak gitu. menangis macam marah je.. sakit benar. memang sakit.. huuhh..luruh jantung wei.. tak pasal-pasal aku pulak yang join melalak dengan dia. 

call Daddy Medina. marah la nak marah pun. nak cakap apa lagi. memang salah aku. cuma aku tak sangka dia bukan setakat tau meniarap. tapi dah boleh bergolek 2-3 kali. sebab aku ingat masa aku letak tu, jauh dari hujung katil. cepat betul dia bergolek. tiba-tiba dah sampai bawah . memang aku mengaku yang aku tak sendal dengan apa-apapun kat katil tu. bantal ke apa, memang tak. sebab aku tak tau dia dah boleh bergolek. sebelum tu dia meniarap pun sebelah je. tak reti nak  meniarap ke sebelah kiri. ambik kau.. fast learner betul anak aku.. aku cepat-cepat check kepala, teling, hidung dan semua tempat takut ada luka, lebam atau berdarah.. tunggu jugak takut dia muntah-muntah, tapi tak de. aku perhatikan jugak dia minum susu. so far ok je. alhamdululliah semua ok.

hasilnya: 
  • aku terus cancel nak gi kenduri tu walaupun Medina dah cool down. sebab aku tak bawak dia, nak gi hantar rumah BS je kejap. so, memang tak sanggup nak tinggal dia kat orang lepas aku dah biarkan dia jatuh !! very guilty sangat-sangat..
  • Medina tak nak masuk bilik tu.. huhu. aku teringat masa bawak dia tindik telinga. lepas kena tindik , terus tak nak masuk kedai tu.. so, Daddy assume benda yang sama. untuk sementara, aku tak bawak dia masuk bilik. just bentang toto kat depan, golek-golek kat situ je.
  • hari tu Medina tak nak tido sendiri atas tilam. cepat terkejut. tido pun kejap-kejap je. sian dia..
  • sampai ke petang dok ngendeng dengan ibu je.. dah malam baru sedar aku tak makan apa pun lagi.. lapo..
bangun tido petang tu, nampak Medina dah kembali ceria. gelak-gelak. aku pun tak tau apa perasaan dia. confirm trauma lagi. dah tak pecaya kat aku agaknya ek.. aku sendiri pun tak percaya kat diri sendiri. ini kan pulak dia. pantang bunyi sikit, aku yang terjerit..  terbayang-bayang saat aku tengok Medina terjelepuk kat lantai.. ibu mintak maaf sangat, Medina.. my bad..

aku google info, Dr. Saiful Bahri, Pakar Kanak-kanank. jom aku share sikit, untuk ingatan kita bersama..

BAYI JATUH KATIL

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 


pesanan dari orang bersalah - jom lah kita tingkatkan kualiti kesalamatan untuk anak-anak kita, tak kira di dalam atau di luar rumah. sungguh, malang memang tak berbau !! baru sedar rupanya baby ni sangat cepat belajar,kan. semalam kita tengok dia baring, siap duduk dalam bedung lagi. tengok-tengok dia dah boleh berpusing, dah boleh meniarap, dan macam-macam lagi..

untuk Medina, i'm sorry sayang..

notahati: sekarang asal Medina kat katil je, maknya pasang kubu pertahanan !! bantak disusun dah nak sama tinggi dengan dinding !!


caya la Medina..

Assalamualaikum..
jarang-jarang bagi salam.hihi.. cerita apa? apa lagi.. Medina la..
cerita lama tapi br nak up..huhu kejam tak? tak pe lah, asalkan share kat sini.

 sebelum..
 selepas..

nampak tak perbezaan? hehehe.. tuu..tuu.. anak dara den dah bersubang !! baru nampak pompuan sikit.. balik kelantan hari tu (save the date : 7 Julai 2012), masa on the way nak balik ke sini, singgah sekejap kat Tanah Merah cari barang, dan tengok gelang kaki untuk Medina. then Daddy Medina iyo iyo oo (bole baca? haha) nak belikan Medina subang. try tanya kedai tu, dia boleh buat untuk kanak-kanak. cuma katanya ramai customer pulak. gigih sungguh Daddy Medina sampai sanggup nak tunggu. 

tapi kan, aku rasa adik kedai tu takut kot nak buatkan untuk baby. sebab banyak betul alasannya. orang ramai la. tapi ada masa aku tengok tak de orang, ada je yang dok saja2. lepas tu dia kata Medina nangis la, Medina tak boleh tido la.. aku memang nak sound je.. korang nak buat ke tak nak? sebab elok2 Medina tak nangis dan tak ngantok pun, sampai dia merengek-rengek dah sebab lama tunggu.  tapi mengenangkan kegigihan Daddy tadi, aku sabar je la.. 

dalam hati, nebes pun ada.. jangan meraung dah la anak oiii.. Daddy cakap kat aku "alang2 je ibu, dah beli gelang, kita tindik sekali.. Medina kuat sebab selalu kena cucuk pun tak nangis sangat.. lagipun baby kecik lagi, senang nak jaga pantang, sebab dia minum susu ibu je." - kalau minum susu ibu, maksudnya aku lah pulak yang nak kena berpantang ??? adil ke?? haha..jahat punya mak kan? gila berkira dengan anak sendiri!! ok, bila dah nak 'tembak', dia suruh aku pulak yang riba.. laa, ingatkan Daddy yang kena riba.. aku jarang buat part ni sebab kalau nak cucuk kat klinik, Daddy Medina yang pegang dia. aku intai-intai je..hihi..Daddy kena tolong pegangkan kepala Medina. diorang akan 'tembak' sekaligus kiri dan kanan. sebelum tu dia letak sejenis krim, tak sure la minyak ke apa.. dan tak sure jugak bius ke apa (Sebab aku bukan doktor !! hehe..)

Daaang.. (over tak sound effect ??)..Apa lagi.. Melalak la anak dara aku. Daddy cepat-cepat ambik, dukung dan bawak keluar dari kedai tu. kejap je, Medina pun diam.. Lega jap aku.. orang ramai kat kedai tu tengok je.. well, ada aku kesah? Bila Daddy masuk kedai tu balik, Medina nangis semula.. hihi.. macam tau-tau je kan.. Dah bayar semua, kitorang pun terus balik.

See ?? nice kan.. cantik dia.. Daddy cakap "hari ni Medina dapat layanan istimewa sebab baik sangat. Mintak apapun Daddy bagi.." - alah, dia tau anak dia bukan reti mintak KFC, Mc D pun lagi.. reti mintak susu je ! cer bagi layanan istimewa kat ibu, mesti kopak dompet Daddy, kan..

Alhamdulillah, tak de apa-apa yang tak elok jadi kat telinga Medina. maunya tidak, mak pantang seafood, telur, ayam, kicap dan macam-macam 2 minggu tau.. sehari dua tu nampak merah la sebab baru, tapi bila dah kering elok, dah ok.. dan dia pun tak de garu-garu pun.. caya la anak Daddy ni !!

Perception? biasa la manusia.. ada yang kata saja bagi sakit anak la, awal lagi la, apa la.. wat ddeeerrkkk dah la. malas nak layan. kan Medina kan? dengan ini diisytiharkan duit simpanan yang Medina kumpul sejak lahir telah pun berkurangan.. esok2 dah besar jangan nak buat-buat tanya ibu 'nape duit Medina sikit je ibu?'..


Wednesday, August 1, 2012

Tahniah , Dr. Halina - Barely Supermommy

Tahniah dan alhamdulillah untuk Dr. Halina, wife kepada angkasawan negara kita, Dato' Sheikh Muzaffar. They are expecting.. dan Bella akan jadi sister.. pagi2 baca update Dr. Halina, seronok je rasanya.. dah 3 bulan kot. maybe next year la baby keluar. semoga selamat dan dipermudahkan!! dan semoga hajat hati nak baby boy tercapai..hihi.. apapun, as she said, semuanya rezeki dariNya. kita terima saja,kan..

Dan sekalung tahniah jugak pada adik aku, sebab wife dia dah pun bersalin baby boy !! pada 26 Julai baru ni. time tu kita semua siap-siap nak sahur, Jue, my SIL bertarung nyawa nak melahirkan anaknya. bersalin secara pembedahan, sama jugak macam aku..hehe..satu-satunya cucu lelaki mak aku !! Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yang soleh dan beriman..welcome to our family, baby Aqif.. raya berganda kita tahun ni ye..

picture: cretit to fb Jue, mama Aqif..;-)

muka Aqif cool je. tapi sekali nanges, wooo..sendiri mau ingat la. tapi yg bestnya, suara dia serak2 basah, then kitorang panggil la Jamal Abdillah..ekkeekkee.. baru ni balik Langkawi, sempat jumpa dengan Aqif, masa tu baru kena kuning.. apepun, Tiejan doakan Aqif get well soon, ye sayang..