Tuesday, January 15, 2013

Taska Awal Intelek Montessori, Puncak Alam

aHari Sabtu tengahri kami pusing-pusing area Puncak Alam mencari sekolah untuk Nina. dah decide untuk hantar Nina ke nursery atau taska. niat memang nak hantar ke rumah pengasuh persendirian, tapi dengan keadaan kami pun tak kenal sapa kat sini. dan nak start hantar dalam masa terdekat, taska is the best la. cuma tak tau yang mana je. banyak yang dalam list dan aku dah cuba call untuk pergi tengok tempat. cuma 2 je yang angkat. maybe sebab hujung minggu kot. Taska Anjung Pelangi pun ok, cuma sekarang dah full. kalau bulan Februari ok sebab ada staff baru nak masuk. tak dapat lah aku consider sebab aku dah nak masuk kerja. dan akhirnya aku pilih untuk ke Awal Intelek. call owner, Pn Zue, bertanya sikit2 dan we decided untuk ke Taska tu esoknya, Ahad. 

Setelah tengok sendiri sekolah dan jumpa Puan Zue, kami ambil keputusan untuk hantar Nina kat situ. Bagi baby bawah setahun cuma ada 4 orang sahaja. so ok la tak ramai sangat. Taska ni franchise UIA, berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bimbingan di bawah program PERMATA. Dan yang paling penting mereka menyediakan solid food mengikut piawaian untuk bayi. alhamdulillah.. yuran? Registration fee RM20, Deposit RM 300, Monthly fees bagi umur bawah setahun RM 300. Bulan depan Nina dah cukup setahun, so yuran RM 250. ok la, kebanyakan tempat rate memang gitu. bak kata Daddy, kita try n error la sebab kita pun tak biasa. tengok dulu bulan pertama.. kalau ok, boleh continue.

Puan Zue pesan untuk tulis nama pada semua peralatan dan pakaian untuk kegunaan di taska. makan akan diberi 2-3 kali sehari. dan aku dah pesan awal-awal yang Nina alergi nestum atau makanan segera untk baby. tapi tak pe sebab diorang juga ada sediakan bubur yang dimasak sendiri. ok, lega. balik rumah, siapkan apa yang patut untuk Nina. waktu operasi taska 6.45 pagi sampai 7.00 ptg. pukul 8 pg mandi, makan. pukul 12 tido, maim, belajar. pukul 4 ptg mandi dan makan. harap Nina boleh tune balik jadual dia nanti..

sepanjang petang sampai malam aku dok pesan pada Nina, yang dia akan mula sekolah esok, Isnin. memang aku masih cuti dan akan mula lapor diri pada Rabu. tapi aku nak dia biasa dulu dengan suasana di taska. kalau apa-apa jadi at least aku boleh pegi tengok. kalau aku dah keje payah la sikit sebab aku pun baru masuk tempat baru kan. aku tak tahulah Nina paham ke tidak yang aku dok pesan pada dia. harap sangat dia behave dan ok masa kat taska nanti. malam tu aku nak tidoka dia awal, tapi sebab dah banyak hari asyik tido lambat, rutin dia pun dh bertukar. sudahnya esok pagi tu bangun lambat. Daddy pun ambil half day sebab nak uruskan registration Nina dan sebagainya.

semoga esok baik-baik saja..

6 comments:

  1. salam, puan
    nak tanya pasal taska.puan masih hantar anak ke situ ke? ok tak, ada alamat n no fon owner dia tak?

    TQ

    hani_116@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum boleh bg contact no taska tu...etoonze@gmail.com..tq

    ReplyDelete
  3. As salam Pn. Surimaya,

    Kalau tak keberatan, saya nak bertanya pasal pengalaman puan hantar anak ke taska ni. Sbb saya pon akan duduk di puncak alam tahun depan (insyaAllah). Jadi sekarang ni tengah survey2 taska yang bersesuaian and boleh dipercayai dia area situ. Harap puan dapat berkongsi pengalaman. Ini email saya bloom.animate@gmail.com. Thanks in advance.

    ReplyDelete
  4. salam Pn, anak pn masih di taska Awal Intelek ke?saya nak tahu serba sedikit ttg taska sbb nak hantar 3 org ank sekali.tlg email saya ayu_saaid@yahoo.com.terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Boleh sertakan contact no x puan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email saya ke chopstick_omey@yahoo.com atau PM kat fb saya Ezan Rashid..

      Delete