Tuesday, January 15, 2013

Puncak Alam

Alhamdulillah, selesai sudah urusan pindah dari Arau ke Puncak Alam. semua brg dah angkat dan tiba di Puncak Alam pada khamis minggu lepas. tinggal lagi nak settle yg dalam rumah je sekarang. tu pun rasanya dah hampir separuh yang dah siap kemas. penat nya, tak tahu nak cakap. bila malam, letak je badan atas katil, tido sampai ke esok pagi tak sedar.. tambahan pulak Nina baru nak sesuaikan dengan environment baru, so nak tido memang cukup seksa.. tiap-tiap hari cecah jam 1pagi baru dia tido..

So far perabot dah susun, brg dapur pun dh susun tempat sepatutnya, cuma ada tupperware yg menimbun tu je tak de tempat lagi nak letak. untuk sementara aku letak dalam kotak je dulu. barang ofis masih kat bawah tangga sebab tak masuk kerja lagi. yang dekat tingkat atas, malam tadi baru start sort kain baju. yang nak pakai, yang nak buang, yang nak sedekah. semua dah asing.cuma yang nak pakai belum masuk almari..haha.. cadar,towel,selimut,comforter semua dah masuk almari. aku ni memang alah betul bab kain baju ni. MALAS bebenor nak simpan.. tu yang dah 4 hari baru paksa jugak diri bukak kotak dan beg plastik. tak sudah keje dok pilih baju dari kotak je. baju Nina dan Daddy pun tak kemas lagi. dan brg2 Daddy kat rumah dia pun tak angkat habis lagi bawak bslik sini. slowly la, asalkan baju harian dan baju nak gi kerja hari-hari ada dah ok.. dah kemas sket kat sini, baru gi ambik yang kat sana.

Pindah ni memang penat. fizikal, mental dan ekonomi.. haha.. duit keluar macam air hujan tu. memang ada yang boleh claim, tapi semuanya keluarr modal sendiri dulu. pengsan di tengah2 bulan rasanya..

Lori (KL-ARAU-PUNCAK ALAM) = RM 1300.00
Makan / upah budak2 angkat barang = lebih kurang RM300
Pasang semula aircond + servis = RM 280.00
Astro = RM 100 (itu pun sebab cabut sendiri dari Arau.kalau tak, plus RM50 lg)
Pasang paip mesin basuh dan repair sinki toilet = RM140.00
Mesin rumput = RM 25
Bil-bil tertunggak rumah baru = Lebih kurang RM 150.00
Register Taska Nina + Deposit + Bulan Jan = RM 620.00

Tu secara kasarnya.. belum masuk makan minum dan beli sikit2 keperluan dapur. Yela, yang mana tak tahan lama memang buang awal2 lagi masa kat Arau. so, untuk start balik memang kena beli la.. aircond, astro tu nak tak nak pun kena pasang. sebab dah ada. cuma nasib baik sebab tuan rumah ni cakap tak payah bayar deposit masuk. cuma tolong settle kan bil-bil kalau ada je. setakat ni ada bil air je lebih kurang RM 100 lebih. sebab tu ada sikit-sikit paip yang rosak, kami repair je. kira kos masuk dalam deposit rumah je la. kalau kena bayar deposit lagi mahal kan. at least 2+1 kena bayar.. syukur sebab dah 2 kali kami dapat tuan rumah yang sangat ok..

Malam pertama kat rumah baru, guna apa yang ada saja. sebab barang pun tak tau kat mana lagi. air panas untuk Nina minum susu malam tu pun Daddy beli kat kedai makan depan taman. badan penat, nak makan pun tak selera dah. aku dok minum air je memanjang. perut pun tak boleh terima makanan. tak boleh nak bayang nak mengemas barang..haha.. nasib baik cuti masih berbaki. nak survey sekolah Nina lagi, Daddy menghabiskan sisa-sisa pengajiannya lagi. ada final exam weekend tu. dengan barang penuh rumah, kain baju kotor tak bercuci lagi sebab paip tak siap.. terpaksa lah..

pagi pertama di rumah baru.. bangun pagi melihat Daddy dan Nina di sisi, alhamdulillah indah sungguh.. semoga berpanjangan perasaan indah ini..usai Subuh, aku berdoa moga diberi kekuatan, kemudahan dan keberkatan di tempat baru. dari segala segi. semoga tempat sekolah Nina nanti tak de masalah, tempat kerja aku ok, dan semua urusan lain tak terlalu membebankan.. dan doa aku juga supaya baby dapat bertahan sikit sebab aku terpaksa bekerja keras seminggu dua ni nak mengemas dan ke sana sini. nak tune dengan rutin hidup yang baru memang ambil masa. semoga permulaan baru ni memberi sinar untuk aku dan keluarga. tempat baru, semua baru.. Insya Allah..



 

No comments:

Post a Comment