Thursday, February 21, 2013

Kemboja & Vietnam - Part 1

kali ni kali ketiga aku dan suami join program ni. Program Baktisiswa Masyarakat Islam di Negara Kemboja. first time pegi, masih berdua. kali kedua, dah berbadan 2..pregnant 4 bulan rasanya. kali ketiga, aku tak dapat join sebab baru lepas bersalin. dan program kali ke empat, aku join untuk kali ketiga. dan untuk kali ni, berlanjutan hingga ke Ho Chi Minh. mulanya memang risau sebab nak berjalan jauh bersama Nina. nak makan la, tido la.. tambah lagi perjalanan dari Phnom Penh ke Ho Chi Minh lebih kurang 8 jam di dalam bas ! Dan ni kali pertama Nina naik bas. how to expect? banyak info yang aku cari sebagai persediaan berjalan dengan baby ni. dan aku cuba minimumkan brang2 keperluan kami berdua sebab dah tau barang keperluan Nina lagi banyak. dan sama seperti sebelum ni, memang akan bermalam di kampung yang dah pun digelar kampung angkat UiTM. semua program sukarelawanan diadakan di situ. Kampong Ooi Smaith, Wilayang Chnnang, Kemboja.

menambah kerisauan sebab 2 hari sebelum  bertolak, Nina demam ! huhu..hampir-hampir membuat keputusan untuk tak pergi sebenarnya. tak sanggup nak berdepan dengan keadaan Nina demam di tempat orang. dah la dia memang susah sangat-sangat nak makan u bat. kala ukat taska, ok la. so, aku still hantar dia ke taska walaupun demam agak panas, sebab nak dia makan ubat on time. alhamdulillah.. petang sebelum bertolak, demam semakin redha, tapi dia still tak de mood sangat. layu je. bekalan ubat? sangat banyak kami bawak..hhahaha..

6 Feb 2012
seramai 62 orang peserta, termasuk 2 baby iaitu Nina dan Ali (cucu boss aku). aku ialah kumpulan kedua. ada kumpulam pertama dah bertolak sehari lebih awal. Flight kami jam 7.30 pagi. pukul 3 pagi mesti ada di UiTM Shah Alam. kebanyakan group dari UiTM Perlis bermalam di Shah Alam. kami bertolek dari rumah di Puncak Alam jam 2 pagi!! angkut Nina dengan baju tido je.
kemudian jam 3.30 pagi bertolak ke LCCT dengan bas UiTM. Nina tak tido dalam bas, sampai ke airport. daddy busy menguruskan peserta check in. aku cuma jaga nina kat stroller saja. 
pukul 5.45 pagi, check in selesai. ketua rombongan cakap akan jumpa di balai menunggu jam 6.45 pagi. so, kitoang pegi mandikan Nina kat toilet. pagi sangat,k an? memang pun. aku saja mandikan dia nak bagi dia fresh dan kurangkann suhu badan. agipun aku memang tak suka lah berjalan kalau anak tak mandi. sejuk sket tak pe, lepas mandi boleh tido balik..
masuk kan ubat kat montot, dan bagi nina minum..
7.00 pagi - dah masuk flight dan macam biasa, Nina sleep all the time sampai sampai ke bandar Phnom Penh!! 
perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam. pukul 9 lebih kami sampai di sana. waktu di sana lambat sejam. so, kira-kira 8.30 pagi waktu kemboja.

Nina yg jakun dalam bas..

sebab sampai awal, naik bas dan terus melawat ke Killing Filed - tempat di mana mangsa-mangsa yang diseksa ditanam. dan ada juga tengkorak manusia yang disimpan di sini.


kali ni kami tak masuk dalam dah, sebab dah 2 kali masuk. tunggu kat luar dengan beberapa kawan lain, sambil minum air kelapa..hehe..


 apepun, isi minyak dulu !!

lepas ke Killing Field, terus ke New York Hotel, hotel yang selalu kitorang check in setiap kali ke sini. mandikan Nina sekali lagi, tukar baju dan terus naik bas untuk lunch.. lapo wei..

 lunch kat restoran makanan halal yang aku tak tau namanya.. asal orang bawak je..semua melantak tak hengat sebab kelaparan dari Malaysia..haha.. kali ni pulak aku tak sempat sediakan sambal bilis goreng. kalau tak , laju la sikit makan. tapi still share dengan akak2 yang bawak..hehe.. ada yang abwak sernding la, sambal kentang la..aci tak?

lepas makan, kami ke Russian Market untuk sesi terapi..haha.. kat situ banyak kain cotton dan pakaian baby. aku ni sebenarnya dalam dilema sebab nak beli kain, tapi takut kat vietnam lagi mmurah. so, hold dulu kain. kitorang beli kain untuk Daddy jahit seluar keje. kat sini yg bestnya, beli kain, hantar ke tailor. dah siap jahit, dia akan hantar ke hotel. harga? murah sangat berbanding dengan harga kat Malaysia. kain memang cantik. semeter lebih kurang 7 dollar. untuk daddy cuma semeter suku je. tempah jahit cuma 6 dollar. total tak sampai RM 60 pun. tu sebab aku suruh dia buat 2 helai. next time datang boleh buat lagi. last time kitorang beli kain dan daddy jahit kemeja..cantik sangat! gambar dalam Russian Market tak de sebab dalam tu agak panas. so kelam kabut sket. then cari baju Nina sikit. dapat sambar skirt sexy dan jeans.. ok la tu.

lepas tu pulak bas bawak kitorang dekat Central Market.. betul-betul bagi chance kosongkan poket..hehe..

 Nina registered at Central Market, Phnom Penh!!
 Muka toya semacam je anak aku..last2 tertido..
 ni antara geng2 kitorang.. ramai staf dan jurulatih masa aku kat Arau dulu. tu yang kenal semuanya..
 tengok muka aku dok pening memilih. pening tu sebab nak bagi orang.. haha.. Nina dah tido. 
Daddy? nina kehairanan..

Kat sini kitorang beli jam tangan untuk FIL, dan t-shirt sikit2 untuk anak buah dan kawan. 
Lepas tu terus balik hotel, dan malam tu dinner di kafe hotel. juga restoran orang Malaysia. orang Kelantan katanya. malam tak de aktiviti sebab esok seawal jam 6 pagi Malaysia (5 pagi Kemboja) dah kena turun untuk bertolak ke Ho Chi Minh.. ada jugak kawan-kawan yang lain keluar berjalan, pergi massage dan pusing-pusing kawasan bandar naik tuktuk. tapi kami sekeluarga balik bilik je la. sian kat Nina. dah seharian berjalan. tapi anak aku ni macam selalu la. kalau sampai tempat baru,memang tak boleh dok diam. semua dia nak usik, nak main.. punya lah susah nak tido..

7 - 9 Februari 2013

Ho Chi Minh kami datang !!!!
bangun seawal jam 5 pagi, kejut Nina dan Daddy.. Nina bangun dengan penuh kemarahan!! haha.. xpe la nak, janji mandi.tu yang penting. dan kat hotel mandi air suam, so dia ok je. walaupun mengantuk. dah mandi, tak tido pun, ikut kami breakfast.


pukul 7 pagi - bertolak naik bas ekspress ke Ho Chi Minh. Dalam bas, bermula lah pengembaraan Nina.. 


kami bergilir2 riba dia. mula-mula ok, tapi sakit pinggang makin terasa la..hehe..kat sini tak de lebuhraya. jadi kami menggunakan jalan biasa, kalau kat tempat kita mungkin panggil jalan kampung je.. selorong je. memang tak de makna nak bawak laju ke, nak memotong ke.. slow habis!! tu yang aku tak tahan tu. bas cuma berhenti sebelum masuk ke sempadan Vietnam, untuk sapa2 yang nak ke toilet. kira RnR la kot.hehe.. aku tak turun pun.

Nina? bila dia terjaga, ramai orang dah naik bas semula. apalagi, ngamuk la..sebab dia tak turun sekali..haha.. apa la ini budak.. 

lebih kurang jam 5 petang, check in hotel. jalan kaki untuk makan tengahari, kemudian jalan-jalan sekiitar bandar. tak jauh sangat sebab hotel yang kami tinggal tu memang tengah bandar. dekat dengan kedai makan,  pasar Ben Than dan tapak pasar malam.

malamnya - berjalan kaki keluar makan di restoran yang sama, dan masing-masing berjalan sendiri. kebanyakannya ke pasar malam. kali ni m eriah sebab diorang nak sambut tahun baru, jadi meriah dengan sale diorang. sayangnya kitorang tak banyak ambik gambar, sebab sibuk dengan Nina. tambah pulak mak buyong cepat penant..hehe..

apa yang kami sambar?
beg hiking Daddy
mencari kasut untuk Nina tapi tak de pulak yang berkenan di hati. 
gift untuk kawan dan sedara mara

hari kedua di Vietnam, pagi-pagi lepas breakfast kami di bawa ke Cu Chi Tunnel. di mana kawasan orang Vietnam berperang dengan tentera US. Luass, tapi untuk tujuan lawatn, tak semua dibuka. aku pun sebenarnya tak familiar sangat, pernah dengar gitu-gitu je pasal tempat ni. dan tak ambik port pun. sekarang bila dah ke sini, baru tau kisah sebenar.. hehe..

 Lorong bawah tanah
 Daddy masuk.. yela, body kecik..
 Ini tempat orang menjahit pakaian semasa perang dulu. tepi minah ni, siap ada tempat makan dan tempat letak senjata. sbg persediaan kalau diserang !
 kami juga diberi peluang merasai makanan semasa perang.. ubi kayu rebus, cicah dengan kacang tanah tumbuk.. sedap.. Nina pun makan bukan main banyak lagi.. haha.. sudahnya, balik hotel, baru tau allergik anak aku. habis merah bibir..

 Untung sebab walaupun masuk hutan, ramai yang sanggup jadi 'stroller' Nina.. laju je aku berjalan, tak hengat anak dah..

 sedap ubu kayu kan? kalau kat tempat kita, tak pandang dah.. eksyen!
 ni antara demo yang ditunjukkan macamana orang vietnam menyorok dari orang US.. macam-macam cara dibuat.
 ni antarajerat dan perangkap yang dibuat. uish, memang seram..kena, confirm mati..


 ini laluan ke bawah tanah..
 tempat rehat tentera


Sexy baju nina kan? beli kat Russian Market, Phnom Penh..
 Daddy ambik peluang test  menembak.kawasan ni memang bising gila sebab terbuka untuk menembak..


Salah satu mangsa perang

Isi perut dulu..



Uncle Shuk yang rajin melayan...



bersama one of my good friend masa kat Arau, Dr. Wan..


ok la, itu je dulu untuk part 1..bersambung nanti..





No comments:

Post a Comment