Balik dari Terengganu, booking Klinik Ajwa, Shah Alam untuk check up baby, walaupun agak lambat seminggu. Scan dan buat sekali injection untuk Anti Tetanus (ATT) atau kancing gigi. semua ibu mengandung akan lalui benda ni. dan kesan dari sutikan ni, kita akan rasa sengal-sengal badan selama beberapa hari. dan untuk kali ni, aku terasa dalam 4-5 hari jugak la. lenguh sangat, tambah-tambah lagi tempat yang kena cucuk tu.
antara tujuannya ialah:
- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.
- Kuman ni boleh masuk
melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka
pada faraj (luka episiotomy).
- Dulu-dulu hospital
tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut
oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi
WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu
hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.
- Vaksin ini
melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam
badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan
selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.
- Kehamilan pertama:
Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua
selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.
- Kehamilan kedua:
Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan
booster dos akan diberikan.
- Suntikan tetanus
sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina.
Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.
- Suntikan ini juga
boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah
ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.
- Tetapi hospital
kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal
di kawasan pedalaman.
- Pendapat Dr Zubaidi:
Saya sendiri tidak
menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan
bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu
tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif
bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja
menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.
aku copypaste info from : here
sebelum tu, scan baby yang aktif ni.. in shaa Allah,
hehe.. sudah jelas dan terang nampak bebird nya.. macamana pun, semua boleh jadi. kalau keluar yang gegirl pun, tak de hal.. Nina ada geng!
lepas discuss dengan doc, bulan depan datang check up dan akan buat sekali lagi minum air gula. erm, aku tak kisah sangat, sebab dah 2nd time.. dulu ye la, sebab tak tau apa. sekarang dah ok dan tak de la stress sangat pun. kemudian, minggu ke 36 nanti dia akan refer kes aku terus ke UMRA sebab dah plan nak bersalin kat sana. lepas tu akan terus vontinue check up kat UMRA, supaya diorang boleh monitor progress baby sehingga bersalin.. semoga dipermudahkan semuanya. kali ni aku harap dapat cuba bersalin normal pulak. tapi, tak nak lah induce macam Nina dulu. sakit betul.. hehe..
sekarang dah masuk minggu ke 31, rasa tak larat betul. sebab dengan keadaan Nina yang semakin menjadi-jadi nak berdukung dan berkepit je.. adeeh.. makin kerap rasa sesak nafas dan termengah-mengah. kalau tido, nak pusing tu memang seksa. tapi, sama macam pregnant Nina dulu, kaki aku tak bengkak pun. alhamdulillah..
Hamil anak pertama dulu x sempat nk ambik ATT ni sbb anak lahir pramatang. Pastu adiknya yg pmpuan tu langsung x ingt sakit cane. Tp kena kali ni mmg menyengat la. 2 hari kot lenguhnya. Anak nyandar pun x boleh
ReplyDelete