Wednesday, April 24, 2013

baby cot

last month, kitorang beli preloved baby cot. tak tau untuk sapa. Nina atau baby. ala, sape2 pun boleh guna. jangan dua-dua tak nak, sudah la.. 

antara sebab utama yang membuatkan kami beli tu ialah ahli nak bertambah, dan katil queen tu memang tak muat untuk 4 orang!! eh, 3 orang guna pun dah macam-macam bunyi dah tau.. dan lagi, takut Nina terover feeling plak tido malam2, lalu kaki terus panjat leher baby.. huhu.. sungguh tak sanggup..

so, melalui MUDAH, aku jumpa  la baby cot yang ok dan cool.. to be excact, sangat ok.. dan besar! yup, kitorang terkejut pada mulanya. sebab memang ngam2 sangat nak muat dalam kereta masa pergi pick up tu. hampir sama dengan katil size single je. tuannya ialah family mat salleh, from Jerman. dan baby cot tu dibeli dari sana. kualiti masih sangat elok, siap dengan tilam.. tapi, disebabkan sizenya yang besar, cadar Ikea yang aku ada tu memang tak boleh guna. so, aku guna comforter untuk katil single dan lipat dua. besar kan?
sekarang ni Nina yang guna baby cot tu, sebab kitorang guna level yang bawah sekali, so macam berpagar dan of course dia tak boleh panjat.. haha.. dan aku dan daddy pun agak semput dan rasa macam nak terjunam je bila nak letak dia dalam tu, especially bila dia dah tido..

the best part is, selain daripada boleh laras kepada 2 ketinggian, ia juga convertible untuk menjadi sofa bed atau junior bed. bukak sebelah pagar, dan boleh jadi sofa.. best2.. tapi rasa macam lambat lagi je nak guna macam tu kan..

so far, Nina ok kat dalam tu. tak de la macam takut sangat atau tak nak duduk. cuma, boleh dikatakan tiap-tiap malam bila dia bangun nak minum susu, dia dah tak nak continue tido dalam tu. dengki tengok ibu dan daddy tido katil sebelah, dia nak join!! ada masanya bangun semata-mata nak tukar tempat tido, bukan nak minum pun. dan selama tu, kitorang ikutkan je lah. dia tersedar malam-malam, menangis (melalak jugak sebenarnya - sebab kami daddy tak dengar dia nangis slow2) dan automatically daddy bangun, ambik bantal dia dan letak dia kat tengah2 katil kitorang, macam sebelum2 ni jugak.

sila jangan salahkan kami, sebab ada ke sapa2 yang tersedar pukul 3-4 pagi dan melayan anak dengan ceria dan penuh kesabaran?? bangun pun selepas anak melalak, sah-sah dengan keadaan terhuyung hayang dan mata separuh pejam, terus angkat dan letak je la kat mana dia nak.. dan nina pun terus sambung tido.. hish..

sekarang, bila fikir balik - sampai bila nina nak macam tu? - lepas ni dia akan terus buat benda yang sama. nangis sikit, dan mesti daddy akan datang angkat. confirm punya!! lagi 2-3 minggu (in shaa Allah) baby nak keluar, tak settle jugak masalah. dan aku sepatutnya kembali pada niat asal beli baby cot - sebab katil queen tak muat untuk 4 orang!!

discuss dengan daddy. mula-mula bila dia nangis, daddy bancuh susu, pastu biar dia sambung tido kat katil dia jugak. ok, menjadi. tapi selang 5 minit, nampak dia bangun jenguk2 - dengan harapan daddy nak angkat la tu! - aku sambung tido. tak lama lepas tu, daddy dah angkat dia letak sebelah aku jugak!! rupanya lepas 2-3 kali dia dok jenguk kitorang tu, dia menangis jugak, suruh angkat.. sudahnya, Nina jugak yang menang!! dia tido sampai ke pagi, buat donno jek!!

sudahnya, daddy decide "weekend ni baby cot akan bertukar kepada sofa!!! so, senang, rapatkan katil kita dengan "sofa" dia, baru dia rasa dia tido sebelah kita.. okay, tengok la nanti, bilik aku akan jadi macam keretapi, katil berderet dan banda lain tak boleh letak dah.. dah macam nursery pun ada kot..

posing sakan.. time nak keluar tu, tak hengat dunia melalak!!!






No comments:

Post a Comment