Tuesday, April 23, 2013

genap 36 minggu!!

alhamdulillah.. cukup 36 minggu. orang kata "anytime dah nie!!".. walaupun dah second time, nervousnya sama je.. tok sah tipu la ye.. hehe..

semalam baru start packing beg nak gi hospital. nak stand-by dalam kereta. yup, saya tau. dah terlambat kan? hehe.. nasib baik setakat ni tak de lagi sakit mengejut. tibe2 kang tengok beg pun tak siap kemas lagi. ini pun ada lagi beberapa brg yang tak cukup dan tak masuk beg lagi. in shaa Allah, by this weekend, cuba complete kan semuanya dan boleh masuk dalam boot kereta..

sekarang dah selalu sangat rasa sakit di bahagian bawah perut, dan kadang2 tempat ceaser yang lama tu. aku rasa sebab baby dah membesar, tetapi ruang untuk dia bergerak pulak yang makin sempit. sebab tu lah kalau dia bergerak sikit pun, mak aaiii... terasa ngilu abis!! tambahan pulak tiap2 hari naik turun tangga kat ofis. dan kat rumah jugak..

next week check up dan confirmkan betul2 date untuk ceaser dan semua preparation / procedures yang perlu.. wish me luck!!

pesanan penaja untuk daddy : no more midnight futsal atau yang seangkatan dengannya. nak gi mana-mana pun mesti bawak kami "bertiga"!!!!









2 comments:

  1. Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua court2 futsal diseluruh Lembah Klang akan ditutup sehingga Ayen JR. Dua melihat dunia. Sekian, harap gantung kasut futsal (sementara waktu) .:

    ReplyDelete