Monday, April 1, 2013

cerita cerita kesihatan..

baby dah masuk minggu ke 33, alhamdulillah.. kesihatan kurang ok,batuk yang teruk, selain semakin penat dan mengah. batuk sampai muntah, menangis-nangis tak boleh tido malam. tambahan perut dah membesar. jadi memang terasa sakit sangat bila batuk.  membayangkan banyaknya outstation bulan April ni, cuma doakan semua dapat dilalui dengan mudah dan sakit tidak datang sebelum waktunya!!!

5-7 Apil - Bengkel TOT anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Sarawak. status - WAJIB pergi sebab last ye kawan2 sejawat aku dah pergi merata, aku dok sedap-sedap cuti bersalin. Hehe.. so, nekad nak pergi kali ni, since ada Nina sorang je. ada lagi next tip ke Sabah, Kelantan dan Langkawi. tapi sebab tak tahu lagi condition masa tu nanti dan kalau dah ada baby lagi sorang, memang super duper payah lah kan.. so, decide untuk pergi dan yes, dapat ke Sarawak for the first time!! dan alhamdulillah, kali ni tak paya fikir pasal 'bibik' untuk jaga Nina sebab Daddy tak terlibat. so, sila ambil tugas anda ye.. walaupun tiket daddy dan Nina terpaksa tanggung sendiri.. tak apa la..

19-21 April - UiTM Kedah untuk Pertandingan Percussion UiTM

25-29 April - UiTM Terengganu for Komander Kesatria Endurance Challenge. Kalau diikutkan, time ni dah cukup masa dah. almost 36 weeks ++.. mintak2 semua ok nanti. travel jauh2 ni, risau jugak. kali ni kitorang angkut mama aku pulak untuk babysit Nina kat sana. 

untuk check up baby, appointment sebenarnya next week, 7 April, tapi sebab nak kena gi Sarawak, kami decide untuk awalkan seminggu sebab nak kena dapatkan surat approval dari Doc jugak pasal nak naik flight ni. alang-alang nak gi ambil surat je,  baik lah buat check up terus. tak payah 2-3 kali pegi klinik. dan sepatutnya nak check up kat panel, Klinik Ajwa Shah Alam. tapi mengenangkan we still have to pay sebab tak cover maternity, baik lah terus ke UMRA, yang memang sah sah-sah bayar sendiri tuh.. malas nak tunggu Klinik Ajwa refer, kitorang terus ke sana je..

Sabtu 30 Mac, pegi UMRA. ada 3 orang doc bertugas, dan aku mintak untuk jumpa Dr. Karamjit. actually pernah dengan doc ni time check up Nina dulu dan rasanya agak berpuas hati dengan treatment, advise dan servis dia. sementara menunggu agak lama, aku register jugak untuk Nina jumpa Paeds yg kebetulan ada. sebab Nina pun lahir kat UMRA, try jumpa Paeds kat sini la plak, kot2 serasi.. haha.. nak tengok batuk selsema dia yang tak berkesudahan tu..

Aku yg register dulu, Nina punya turn yang sampai dulu. berat cuma 8.1 kg, which is 'underweight'.. hurm, dah tau dah.. bagitau semua problem Nina yang alergi, susah makan dan selalu demam selsema dan batuk. doc India yang aku tak perasan pulak namanya tu suggest untuk bagi dia ubat dalam bentuk serbuk "Singulair' namanya. khusus untuk bayi yang alergi, dan antara yang terbaik. harga pun yang amat MAHALnya.. sepeket kecik untuk sekali makan tu RM7 ok.. tak kan terbaik kan?? ubat tu kena campur dalam susu, minum sebelah maalm dan perlu habiskan susu tu. dan juga ubat untuk selsema. Singulair tu doc suruh amik untuk 2minggu. kalau nampak ok, datang sambung untuk sebulan pulak. sebab untuk ubati selsema dan kahak baby memang ambik masa yang lama. ok, kita try.

ni gambar Singulair Powder tu. sumber : Google

sumber : Google

dan untuk tambah berat badan, doc cadangkan tukar susu kepada S26 Gold PE. kena consume untuk 3 bulan dulu, then boleh tengok progress selera makan dia bertambah. sebenarnya diorang nak bagi sample, tapi dah habis. untuk susu, aku tak beria nak cuba sangat sebab baru 2-3 hari angkut stok susu kat Tesco. ada 3 kotal twin pack tau. kalau nak kena tukar susu pulak, sape nak telan semua susu yang sedia ada tu? dan dulu masa Nina kecik, dia minum S26 Gold. memang terasa jugak sesak sebab agak mahal. ni pulak nak kena try yang Picky Eater (PE)..huh, tak bernafas mak oi.. so, rasanya nak settlekan satu persatu. kasi sihat tang batuk selsema tu dulu. bab underweight tu, rasanya sebab keturunan jugak kot sebab bapaknya kecik.. so, memang size body depa gitu lah kot. tak kira dengan size ibu yang sihat membangun ni.. 

dan total cost untuk Nina kat UMRA malam tu is RM 132.00. tinggi bil dari check up ibu pulak tuh!!!

Untuk check up ibu pulak, kos hangus RM 110.00.. sekali dengan consultation dan ubat batuk dan zat besi sekali.. kalau tak, mungkin murah sikit kot. Daddy cakap ok la, sebab apa yang nak semua dapat. advice yang sangat bagus dari kedua-dua pakar tu. yela, untuk 2-3 bulan ni dah berapa banyak klinik yang kitorang pergi untuk aku dan Nina, tapi balik still tak sihat dan mengomel sebab tak puas hati dengan nurse, doctor dan macam-macam. so, untuk kali ni diharapkan berbaloi lah..

perihal check up ibu nanti kena buat entry lain sebab agak panjang dan complicated.. hehe.. see you next entry..





No comments:

Post a Comment