Monday, April 1, 2013

Ceaser @ LSCS lagi kah??

Rentetan dari post yang lepas, cerita untuk check up ibu dan baby..

berat ibu - naik 500 g je. tapi tak de lah risau sangat sebab size yang sediakala besar.. haha..takut jugak kalau besar sangat. so far, sejak pregnant, naik cuma 3 kg. sama macam Nina dulu pun, tak banyak sangat naik berat. lepas bersalin, turun pun tak banyak!! hehe..tension.. tension..

BP / tekanan darah - ok.. 117/70. so far BP aku tak de masalah sangat. sekali je baru ni rendah sikit. tu pun sebab penat. yang lain ok. 

urine - ok, tak kotor atau ada problem lain. alhamdulillah..

jumpa Dr. Karamjit, tengok progress ok. cuma dia mintak jaga berat badan lepas ni, buat pap smear lepas bersalin dan setiap tahun..

dia pun agak terkejut sebab pregnant cepat sangat. erm , rezeki.. - tak-tau-nak-respond-apa-dah - 

scan baby. dia tanya dah ada nama baby ke? aku cakap tak confirm lagi.. sambil2 scan tu dia bagitahu, dah confirm ni. hehe.. dah nampak dah bebird nya.. ok, tapi nama masih di peringkat 'argument' each other. belum ada final decision lagi.. kuikui..

Uri ok, air ketuban pun ok dan cukup, kepala baby pun dah turun. berat baby ok, cuma tulang dan rangka baby besar. so, berat baby pun bukan sebab apa, tapi berat rangka dan tulangnya. nampak gaya baby duduk pun macam nak lumba lari dah. patut lah ibu punya lah susah nak tido sekarang. dan dia bukan main aktif lagi..

" Doc, chances untuk saya deliver normal macamana?"
" I don't think so. jarak yang agak dekat. You pregnant selepas 6 bulan bersalin. Risiko tinggi.."
Hmm, stuck jap kepala otak aku.. Angguk.

" Ada orang nak try, tapi kat sini kita tak galakkan. Maybe you boleh pergi government. tapi, tengok pada past history, you sakit agak lama selepas induce. dah beberapa kali demam masa sakit, baby tak boleh keluar sebab very high.. rahim you pun dah lebam sebab kepala baby menekan ke bawah, then bla..bla..bla.. (sambil refer rekod bersalin Nina dulu).... Pengalaman i dengan another hospital dulu was very bad bila ada ibu yang nak cuba. i tak galakkan, tapi dia berkeras. selepas beberapa minit dia sakit, i pusing belakang, dia menjerit dan baby dah tak de.. tak sempat selamatkan..
I rasa you akan hadapi masalah yang sama, sakit sehingga lebam rahim. dan sekiranya nak deliver normal pun tak dapat, then bekas jahitan lama terkoyak, we have to keluarkan baby dalam masa 5 minutes, which is very-very impossible.. please, forget it. Sekarang pun dah agak bahaya sebab kulit tempat jahitan lama semakin menipis bila perut you makin mebesar. So, don't take a risk."

" Hmmm...." angguk lagi.
"Hey, common. ada orang senang bersalin. ada orang susah bersalin. as long as you and baby selamat, it's ok."
" Ok.." senyum.

" Sekarang i rasa you boleh balik, fikir dan bincang. You nak pilih date? nak deliver hari Jumaat or macamana? Biasanya kalau elective ceaser kita tak tunggu sampai you sakit. tak nak jadi emergency ceaser pulak. "
" Kami belum decide apa-apa lagi. sebab saya ingat nak cuba normal. Tapi, kena fikir balik lah. Bila paling awal yang boleh?"
" Ok, EDD is 22 May, yang paling awal is 9 May.. sehari sebelum tu kita bagi suntikan u ntuk matangkan paru-paru baby, then esoknya kita operate. Kalau tak sakit atau tak de complication lain, nak tunggu sampai due date pun boleh. You all balik bincang."
" Ok.."

Doc sambung bagi advice dan consultation yang mana perlu. puas hati sebab banyak info yang dapat. dan dia mintak tambah ubat untuk ambil zat besi. jadi, Pramilet yang sedia ada tu makan waktu pagi, zat besi makan petang / malam. Dia juga suggest untuk aku minum susu sekali sehari, pagi sahaja. takut overweight. dan, TIPS yang diberi zat besi jangan minum sekali dengan susu. kalsium tak boleh menyerap zat besi masuk dalam badan. ok, noted. 

Juga tambah ubat untuk batuk. mintak yang paling mild tahap mengantuknya sebab ada Nina. kadang-kadang selalu terpaksa skip makan ubat sebab nak kena jaga Nina dan buat kerja lain. Kalau ubat teruk sangat mengantuk, memang tak jadi kerja. so, bila nak buat kerka / jaga Nina, tak makan ubat. bila nak sihat???

Apa yang aku betul berpuas hati ialah doc kat UMRA ni jarang memaksa / kempen untuk kita ambil ubat/rawatan dengan diorang, kalau boleh dapat di panel masing-masing. Contoh macam zat besi, dia tanya kalau nak ambil kat panel. Bila aku bagitau, aku tetap kena bayar sebab tak cover maternity, dia tanya Daddy punya panel pulak. Daddy cakap, company kami sama je. So, we decided untuk beli kat situ je la. Sama macam Nina dulu pun, untuk suntikan ATT (kancing gigi) dan check darah, Dr. Rafi suggest pergi ambil dekat panel. free of charge.. tiada paksaan. tapi untuk suntikan ATT kitorang ambil kat situ jugak. malas nak gi panel dah. Dr. Ummul pun macam tu. dia tak kisah kalau kita nak check up kat klinik kerajaan pun. then kalau dah decide nak bersalin dengan UMRA, start minggu ke 35 baru datang register dan check up kat situ. So, kira ok lah kan. sebab ada sesetangah klinik yang semua nak kena buat dekat tempat diorang.  

Habis cerita check up. Khidmat nasihat dari pakar dah dapat. tinggal masa untuk kami buat keputusan. Ceaser lagi? erm, begitulah nampaknya. 3 orang je lah anak aku gamaknya ek.. hehe.. sebenarnya aku nak try normal sebab kalau boleh nak anak ramai sikit. bila dah second time pun kena ceaser ni, nampaknya memang sampai ke sudahnya ceaser la. dan paling-paling pun 3-4 kali je lah. 

bagi Daddy " kita ikut la. memang kita ada baca ramai yang cakap masih boleh cuba normal untuk kali kedua. tapi tengok kes masing-masing. kita ni at least doc tu tengok sejarah ibu deliver sebelum ni. apa sebab-sebab dia, masalah dan risiko nya. penerangan yang dia buat tu kita rasa boleh terima dan ada betulnya. takut kalau jadi masalah kemudian hari.. sekurang-kurangnya kita dah boleh bersedia bila ibu nak bersalin dan boleh prepare yang lain-lain, sebab tarikh dah confirm.  tak pe, untuk yang ketiga nanti, kita bagi dapat twin pulak.. (oit, out of topic!!)"

" Kalau gitu, boleh la ibu gi konvo Daddy nanti. lepas konvo, baru kita check in untuk bersalin.. haha"

"Boleh.."

"Semua orang ada rezeki masing-masing. Ada orang susah nak mengandung dan dapat anak. Kita ni murah rezeki dapat anak, tapi ibu susah nak bersalin normal. so, adil kat situ. at least, kita tau dan bersedia bila ibu akan bersalin, rather than tertunggi-tunggu bila agaknya nak sakit dan bersalin. dah boleh plan nak cuti bila, nak budget kos berapa, nak buat apa bila-bila. memang kita dah usaha untuk bersalin normal, tapi setakat itu saja. terima je la.."

 "Ibu dah ada 2 bengkung. ingat boleh guna kali ni. nak jual la.."

" Ok jugak"

Ye, aku cuba cari jalan nak mudahkan bersalin. nak buat urutan perinium la, nak minum Minyak Kelapa Dara la, dan macam-macam. Nak buat macamana, tawakkal la, kan. mulanya rasa macam semua doc swasta akan suruh kita operate. sebab kos lagi tinggi dan senang keje diorang. tapi, melalui consultation tadi, rasanya masuk jugak kepala aku alasan-alasan yang diberi. dan aku tak nak ambil risiko yang terlalu besar hanya semata-mata nak ikut hati sendiri. 

Setakat hari ni, itu lah keputusan kami berdua. Elective LSCS. Semoga dipermudahkan semuanya.. sekarang dalam proses memilih tarikh yang sesuai. in shaa Allah ngam-ngam dapat join Daddy konvo, lepas tu time Daddy hantar aku dan anak-anak balik berpantang, dia ada course kat Langkawi, boleh sambung cuti lama sikit.. dah mula intai-intai flight ticket, kira-kira nak booking bidan untuk mengurut dan sebagainya. Dan tu la agaknya hikmah yang aku tak nampak mulanya. sekurang-kurangnya kita dapat plan lebih detail sebab dah tahu tarikhnya. lebih bersedia, in shaa Allah.

sebelum tido " Daddy, nanti belanja ibu beli baju baru untuk konvo Daddy yek.. nak bergaya sebelum masuk  hospital.. "
" Ala, pakai sehari je pun, lepas tu nak gi bersalin pulak.."
"Tak pe lah.. semangat sikit.."
Memang nampaknya aku yang over excited nak konvo, lebih dari orang yang tunggang langgang nak ngabiskan study nya dulu tu.. hahaha...





No comments:

Post a Comment