Monday, April 15, 2013

Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak

Tak sempat pun nak up entry kat Kuching hari tu.. sibuk berbengkel, kejap2 jenguk Nina dan Daddy kat bilik.. dan selebihnya berjalan dan tiba-tiba..dah nak balik dah pun!! hehe..



Kami berbengkel di Hotel Grand Margherita. sepatutnya aku sebilik dengan participant lain, dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). tapi member-member Daddy yang jadi Urusetia, dan ada peserta yang tak dapat join, maka dapatlah kami sekeluarga 1 bilik.. haha. rezeki.. walaupun sebenarnya dah prepare, kalau kena bayar sendiri pun, bayar je la. nak sangat bawak family kan?? rezeki, alhamdulillah..










maaflah, model mak memang selalu over!!

Dan biliknya.. memang berpuas hati. cantik, kemas, simple, dan best sebab dapat view menghadap ke Sungai Sarawak. atau lebih terkenal dengan Waterfront. boleh lah tengok bot-bot yang lalu lalang.. Disebabkan dapat bilik Superior iaitu 2 katil single, we requested for baby cot!! haha.. demanding tak hengat.. Ada swimming pool, tapi kebetulan masa kitorang ada kat sana, under maintenance lah pulak. siap usung swimming suit daddy dan nina lagi. tak dapat la swimming..

Petang mula-mula sampai, berjalan-jalan kat area Waterfront tu saja, sebab malamnya program dah nak start. Siap naik bot kecil, seberang ke sebelah sana.. takut sangat sebab bot kecik, dan memang terasa duduk dalam air je.. hehe.. tambang?? RM0.50 je sehala.. 

antara geng jalan-jalan kami.. dan macam biasa, aku lah satu-satunya 'puteri' di kalangan mereka.. haha.. eh, lupa, Nina pun ada.. memang geng lelaki je aku..

ini lah menu kami..

 nasi putih + ikan terubuk masin goreng + ulam-ulaman + limau kasturi dan cili api  + air jagung susu.. yumm yumm
 Daddy pun join bedal nasi ni.. sedap.. macam lauk sahur je.. hehe..
laksa sarawak untuk Daddy.. first time rasa, not bad.. best jugak..
 ops, ini bukan menu... ini tukang kacau orang makan!!

Ok, bermula dari Jumaat malam, berbengkel straight sehingga ke Sabtu malam. tekan minyak kasi habis punya.. sebab - nak habis kan awal dan hari Ahad boleh jalan-jalan!!! hahaha.. so, berkorban sikit tak pe la kan.. Hari Sabtu memang aku tak ke mana-mana pun. Daddy dengan nina je yang keluar ke shopping complex sebelah hotel la, lepas tu ada kawan kitorang datang ambik diorang bawak gi jalan-jalan.. aku jugak yang bersengkang mata dalam dewan!!

 ni lah keje dia time orang lain bekerja!!






 amboi, sampai ke spa anak dara haku??




 taraa.. baru balik berjalan ni..
 ni lah babysitters Nina kat sana.. yang belah kiri tu Uncle Mus - rindu sangat kat anak dia kot, tu yang rajin melayan Nina.. dan Uncle Shuk, yang tak putus asa mencuba nak pegang Nina.. haha..
 walaupun..
akhirnya, Nina terima jua...

Hari terakhir, Ahad - awal pagi dah siap, breakfast dan menuju ke pasar Sarikin!! masya allah, jalannya teruk betul. berlubang-lubang.. kami pergi dengan van yang UiTM Sarawak sediakan.. tq.. dan aku pulak pilih seat belakang sekali sebab tak nak kacau member2. yelah, kita dengan baby lagi.. rupanya melompat2.. jangan terberanak kat situ dah la.. 
member aku kejap2 tanya "kak izan ok x tu?" -ok, berjalan punya pasal!!haha..

time nak balik, memang cop tempat depan le... hehe.. bos aku pulak yang dok belakang!

Ok, Pasar Sarikin boleh aku andaikan macam Wang Kelian, Perlis la.. perjalanannya pun jauh, sejam lebih. kawasannya bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. sama kan? Wang Kelian bersempadan dengan Thailand.. dan hampir kebanyakan barang yang dijual adalah dari Indonesia. kain baju, kain pasang, jubah, blaus dan macam-macam. harga? mungkin bagi orang tempatan sana rasa agak mahal, tapi kalau pelancong macam kita ni, boleh la terima. harga di KL mahal lagi kot.. lagipun sekali sekala datang, boleh la..

aku berkenan jugak dengan kain-kain yang dijual, tapi harganya pun RM100++, terus tak jadi ambik.. tapi, kat KL mahal lagi rasanya.. kain sutera dan batik dari Indonesia. cantik sangat..

Pasar ni bermula jumaat petang dan akan habis pada hari Ahad tengahari. sebab tu kena datang awal sikit, takut tutup. lagipun, cuaca memang agak panas.. kalau pagi tu, kurang la sikit..


 buah keranji dari Indon.. ingatkan masam, tapi manis dan agak moist..

 berpeluh-peluh...
ternampak oven yang khas digunakan untuk membuat kek lapis yang famous amos kat Sarawak..
berkenan dengan loyang 4segi tu, tapi dah tak muat beg rasanya..
 hasil borongan di Pasar Sarikin.. legging untuk anak-anak dara..
 ke kilang kek lapis.. kami ambik 6-7 jenis jugak la.. makan kat situ, rasa semua sedap-sedap. dijual RM 10 setiap satu pek. ada yang besar dan kecik. dan ada jugak yang dibuat guna butter dan marjerin. kena tanya la. yang butter biasanya saiz kecik sikit, tapi harga masih sama..


 hasil tangkapan.. dan tidak ketinggalan ikan terubuk masin dalam kotak sebelah tu. tak sempat lah nak bergambar di kedai ikan tu..

tiba masa untuk check out.. sayonara Kuching... semoga berkesempatan dapat ke sana lagi..

menunggu kenderaan ke airport..
 Nina tengah tunggu Daddy mengurut kat sofa Rest n Go.. over kan??? baru mengasuh nina 2 hari, nak kena mengurut bagai...



No comments:

Post a Comment