Friday, October 4, 2013

Milk booster: yang mana satu pilihan hati?

ok, topic untuk kaum ibu je.. eh, tapi kalau suami-suami yang nak survey untuk wife pun boleh kan..
setakat ni, stok susu aku untuk Imran tak la semeriah mana. actually tak meriah at all..huhu.. sadis.. kais pagi makan pagi je.. banyak sebab dan faktor lah kan. sebelum tengok alasan foktor sekeliling, jom semak diri sendiri dulu:
  • tak buat stok seawal dalam pantang lagi. ramai ibu-ibu yang berjaya dalam bf sebab diorang mula kumpul stok as early as they can! yup, awal-awal dulu susu memang banyak kan. bengkak susu, cadar dan baju basah, normal! tapi masa tu eksyen, tak pe lama lagi cuti. ada masa lagi. for my casa, sebab aku balik berpantang kat rumah my mom kat Langkawi, aku cuma buat stok untuk kegunaan kat sana. sebab nak balik semula dengan flight, so agak leceh for me. tapi, bila dah balik rumah sendiri pun, semangat nak buat stok lambat datang..hihi.. tapi, slowly sebelum puasa aku dah start buiat stok. still, tak cukup.. ;-(
  • masa pam yang tidak berjadual. ok, alasan utama sebab anak dah 2!! memang tak dapat masa yang cun untuk susun jadual tu. time puasa je memang dapat maintain masa mengepam. itu pun waktu sebelm dan selepas sahur. sebab askar-askar masih tido. kalau diorang tak tido, memang ikut jadual diorang je la. Nina suka 'tolong'' aku. tekan butang sana, tekan sini..  last-last my B pun dah confius. kejap massage, kejap release.. dan kesabaran mak pun mula menipis sebab dia main-main tarik wayar. dan tolong on off suis jugak!! oh mai...
  • faktor pemakanan. samada makanan tak cukup khasiat atau terlebih!! hehe.. kalau ikutkan, ibu yang menyusu ni kena makan makanan yang berjhasiat, ikut waktu supaya dapat hasilkan susu yang berkhasiat jugak. tapi itu lah, makan tak menentuu sangat. ada masanya skip time makan, adakalanya tak berhenti makan..kuikui..lebih kurang 2 bulan pertama, aku tak minum ais. tapi sekarang dah minum, tapi tak selalu pun. time terasa  nak minum je. after terbaca 1 artikel yang tulis "pakar laktasi mengesahkan ais tidak ada kena mengena dengan penghasilan susu", maka mak pun minum ais dengan yakin dan pasti lagi.. hehe..
  • suka tunggu sampai bengkak, baru pam - tak tau la, mind set aku kita ni kalau tak rasa engorge tu, tak nak pam. sebab biasanya keluar sikit. tapi, yang sebenarnya keluar sikit tak pe, asalkan ada pam so stimulation berlaku, kan? bila dah bengkak baru pam, memang banyak dapat hasil. cuma kekerapan pam tu kurang. baru ni, masa aku jumpa dengan lactation consultant (LC), dia bagitau, sekali B bengkak, sekali susu kita akan berkurangan. so, kalau 2 kali, 2 kali susu kurang. danmakin lama makin kurang.. ingat tu!!!
sehari dua  ni pening memikirkan cara nak tambah stok dengan banyaknya.. memang tak dapatlah kan. aku juga try banyak jenis milk booster. semulajadi, makanan harian atau ubat-ubatan. cuma aku memang bangsa yang cepat bosan dengan benda yang sama. so, makan 4-5 kali aku dah naik bosan. mula lah stop, dan try yang lain pulak.. apa yang aku dah cuba:

  • sawi - masa awal2 pantangkan Nina, makan sawi. tapi tak sempat nak rasa perbezaan sebab masa tu memang la susu tengah banyak. tapi tak lama sebab memang aku tak suka sawi. tak pernah try dah. kalau ada pun, makan sambil2 sebab dah termasuk dalam lauk atau nasi goreng. so, kesan tak dapat sangat.
  • lobak putih - yup, it works for me. cuma bila lama-lama macam dah tak rasa sangat. baru ni pun aku masak tumis air, tak de lah banyak sangat peningkatan susu aku.. ada juga orang suruh sagat dan buat air minm. itu aku belum try. hello, yang masak pun pahhiiittt, ni nak minum fresh? oh, demi mu Imran, ibu akan cuba!!!


  • kurma - ouch, berkesan untuk akku. nampak ketara masa bulan puasa baru ni, makan punya banyak kurma masa sahur sebab takut tak de tenaga nak puasa. sekali pam, mencurah2 bunyi. mula2 terkejut.. macam air paip.. mak senyum sampai ke telinga. tapi itu la, kena makan setiap kali sebelum sesi mengepam. manis weh.. tak larat jugak aku pun.. tapi, so far kurma la yang paling mudah kan. sekarang, stok kat rumah semua berasaskan kurma. haha.. honey aku ganti dengan gula kurma. best, sama macam honey jugak. jus pun guna jus kurma, dan stok kurma.
  • air soya - pun boleh tahan jugak. dan susu jadi lebih pekat dari biasa. tapi tak de lah sampai betul2 engorge sangat.
  • air masak / kosong - ini yang selalu dan masih lagi buat sampai sekarang. now, everyday di ois sahaja aku habiskan lebh kurang 6 liter air mineral. kat rumah minum jugak, tapi tak banyak sebab selalu terlupa bila sibuk buat kerja l ain. tapi, tak tahan nya sebab kerap benarlah menjenguk toilet..hmm..
  • air longan - aku pernah jugak beli longnan kering, then ballik rebus. minum airnya yang best tu, tapi biasa-biasa je kesannya pada aku. ke aku yang immune sangat ek??hehehe.. 
  • halba (fenugreek) - banyak yang syorkan halba untuk bantu pengeluaran susu ibu. aku fikir, daripada aku beli pil, baik makan yang original dok? so, semua air masak yang aku minum aku letak halba. air teh, milo, semua.. berkesan, tapi lama-lama immune jugak...
  • pil ASI - baru seminggu consume pil tradisional ni. tapi tak nampak kesan yang ketara sangat pun. padahal aku ikut dos yang disarankan, 5biji setiap3 kali sehari. dengar orang lain tu, makan 2-3 biji je dah terasa berat B. ada orang tak sesuai sebab ubat ni panas. so, effect baby. cuma aku baru perasan semalam Imran berak 2 kali berturut2. ke sebab dia pun panas? tapi tak kan seminggu baru terkesan padahal tiap-tiap hari aku makan. besar harapan aku pada pil ni, tapi tak nampak hasil sangat la..
  • aku ada minum minuman kesihatan + kolagen + vitamin C - review dari kebanyakan orang memang positif sebab milk production memang meningkat. but again, not for me. aku minum minuman tu untuk pelancaran penghadaman. so, yang tu berkesan ! tapi masih berharap kalau2 dapat increase my production too..
  • keju / durian - yang ni memang favorite aku. tapi kita pun tak lah makan selalu. dan tak makan dalam kuantiti yang banyak. so, tak nampak sangat kesannya. 
  • daun turi - ramai jugak yang kata daun ni berfungsi sebagai milk booster. aku tak pernah try, sebab tak pernah jumpa kat kedai. selalunya orang buat masak lemak putih. tapi, aku pernah baca ada dalam bentuk pil, Natalac. aku sedang berusaha mencari pil ni, tapi belum jumpa... wish me luck! 

setakat ini tu yang aku amalkan. belum ada lagi yang betul-betul boleh aku panggil "my milk booster".. dan masih mencari, mencuba dan berharap dapat maintain supply untuk Imran..  bagi aku, semuanya bergantung pada tubuh badan masing-masing. serasi ke tidak. ada orang ok, ada orang tak.. terpulang dan kena cuba macam-macam, baru tau apa yang sesuai untuk kita.. kalau sape2 lagi ada idea atau cerita, jom kita share sama-sama..



gambar semua ehsan encik Google..







4 comments:

  1. boleh tgk blog kedaiibu.com..ad jual pil tu dn serbuk

    ReplyDelete
  2. Hai..Pegaga pon bagus. Makan fresh jadikan ulam or buat jus without sugar. Ada yang amalkan menampakkan hasil kemeriahan susu ibu.

    ReplyDelete
  3. wow.banyak lagi milk booster rupanya.saya pun nak kena try jugak ni :)

    ~ nurzariff.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Hmm sy prefer guna Pump It Milkbooster. Sapu jerr. first time sy dengar jenis yg sapu jerr, excited nk try. Siap lengkap 1 set untuk tmbah susu and rawat nipple crack. sy betol2 recommend produk ni inshaaAllah :)

    ReplyDelete