Wednesday, January 1, 2014

happy new year

alhamdulillah..
melangkah lagi setahun ke hadapan.. memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih dipanjangkan usia bersama-sama kesihatan yang yang baik. Masih mampu menguruskan kehidupan, kerjaya dan keluarga walaupun masih banyak cacat cela dan perlu diperbaiki. ustaz kata, bersyukur bukan saja dilafazkan di bibir, tapi MESTI disusuli dengan perbuatan, yang menunjukkan rasa syukur kita itu. dengan cara melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNya. Haih, baaanyyyaaakkk lagi yang kurang ni. Banyak gile ok. Berazam untuk tahun ini. Inshaa Allah.

Tahun 2013 - seperti tahun-tahun sudah, banyak pahit manis, suka duka yang berlaku. Nak review satu-satu memang tak dapat lah. Semoga menjadi pengajaran yang berguna dan iktibar di masa akan datang. Semoga mampu untuk memperbaiki pada tahun 2014. 

Januari - pindah dari Arau ke Puncak Alam. alhamdulliah, diberi laluan dan rezeki untuk tinggal bersama keluarga kecik kami
Februari - ke Kemboja dan Vietnam, walaupun pregnant 5-6 bulan. Knowing me, asalkan jalan2, semua pun ok..haha..
Mei - menyambut orang baru dalam kelularga, Ku Qhaliff Imran.. Alhamdulillah.

itu antara cerita-cerita utama tahun ni. peningkatan? 

pertambahan ahli keluarga.. tidur makin tak cukup, makan tak pernah tenang dan aman.. hihi.. tambahan pulak Imrann memang bangun 2-3 kali tengah malam. dan pagi-pagi buta dia dah bangun. argghh..kalau nak keluar, packing barang dan makanan je dah ambik masa. sampai kat shopping mall, 1-2 jam pertama tu dah abis masa dalam changing/baby room. breastfeed Imran, Nina minum susu, sorang kencing, tukar pampers, sorang yakyak, tukar pampers. baju comot, tukar lagi. baru nak start window shopping, kita pun dah penat. 

kerjaya?? erm, jujurnya terasa graf menurun, momentum tak selaju dan serancak tahun-tahun sebelumnya. entahlah, susah nak explain.. kadang-kadang rasa datang kerja, buat kerja bukan kerana passion, tapi sebab 'kena' buat, 'kena' siap dan sebab memang tu kerja saya. ada masanya rasa bersalah tu ada jugak. ikhlas, tapi terpaksa pun ada. environment la kot. dah setahun kat sini, susah nak cari keserasian. tiap-tiap hari masuk ofis, tanamkan dalam hati yang positif2, semoga semua lancar. tapi tu lah, susahnya nak istiqamah.. ok, masuk dalam azam tahun 2014 - betulkan hati dalam kerjaya, inshaa Allah..

apa lagi ye.. tahun 2014 ni isu pertama rasanya - pindah rumah- lagi..yup.. macam ni lah kalau dah menyewa ni. actually, tuan rumah nak jual rumah yang kami sewa sekarang. kami tak bercadang nak beli, then kami dah beli kat tempat lain. maybe 2015 siap. sekarang rasanya dah ada pembeli (tak confirm jadi ke tak). So, i think slow2 kita pun dah kena cari rumah lain lah kot. at least buatnya orang tu nak masuk, tak de lah  kami kelam kabut. cuma rasanya ambil masa jugak nak proses semua tu. now, kami tengah mencari rumah sewa. kali ni, biarlah tengah-tengah, tempat kerja aku dan suami.. tak de lah jauh sangat nak drive dengan motor. masih mencari.. mungkin boleh nak sambung menyewa dengan tuan rumah yang baru, tapi kami rasa macam tak seronok dok rumah 2 tingkat dan jauuhh kalau nak ke mana-mana. kami-memang-suka-jalan-jalan.. hehe..

2014 ..
kuatkan semangat saya di dalam rumahtangga dan kerjaya saya
tinggikan kesabaran saya yang siniipissss kulit bawang ni
sebarkan sikap  positif di dalam diri saya
semoga saya mampu menjadi teladan kepada orang disekeliling saya
amin...



welcome 2014.. 
be a great and wonderful year for all o f us..




No comments:

Post a Comment