Saturday, March 1, 2014

Ishan Malaysian Spa, Langkawi

As i promised, jom kita share tentang hadiah masa birthday my mom tu..

Bila cerita pasal spa, urutan, facial dan apa-apa yang melibatkan penjagaan diri ni, kadang-kadang aku dan suami rajin layan jugak la. Tak kisah la kat mana-mana yang nampak ok. Aku tak de betul2 tempat yang aku setia. Aku suka pegi spa atau massage ni bila outstation atau bercuti kat mana-mana, kalau free. terutamanya masa berdua dulu la. Sebab tu bila diorang tawarkan membership dengan pelbagai previllages, aku memang tak interested. tambahan lagi sekarang ni, kena ambik turn. kadang-kadang bapak pegi, mak dok umah jaga anak. time mak nak pegi, hantar anak gi taska, bapak gi keje, mak boleh lah memanjakan diri.. haha.. last sekali pegi masa bulan 11 tahun lepas. dua hari berturut2. siap sekali dengan facial. beli baucher kat Groupon. Best!! Dan sekarang dah berkira-kira untuk mencari port yang baru untuk dicuba pulak.. ngeee..

Untuk kali ni, aku rasa macam nak bagi mak aku pulak dapat treatment tu. So, here we go..

Ishan Malaysian Spa - ceritanya sejak birthday mak aku last year lagi, feeling2 nak hantar dia gi spa. survey2 jumpa lah website spa ni. dan sebelum ni aku memang perasan pasal spa ni kalau lalu area Pantai Cenang tu. cuma tak terfikir pulak dan tak teringat namanya. Mulanya janji dengan my SIL nak share, last2 senyap gitu je. Awal bulan haritu, godek2 PC kat ofis ni, jumpa website address spa ni yang aku still simpan. surf sekejap, pastu gi belek2 purse, kira sana sini, tolak hutang itu ini, ok cukuuup kottt... (suara vervous kot2 makan ikan masin tengah bulan..hahaha). 



Sebelum buat reservation, aku cuba call spa tu dan staff dia transfer pada line lain. Luckily, aku dapat bercakap dengan bigboss cum owner spa, Mr. Baskaren. tanya apa yang patut, dan dia pun tanya kalau nak buat suprise.. Ouuch, orang mengantuk disorongkan bantal. Memang cadangnya aku nak buat suprise, either pos, emel atau whataps mak aku bila sampai date tu, tapi bila pihak spa yang nak buat, lagi bagusss.. thumbs up!! Dia siap offer untuk hantar kereta spa untuk pergi jemput dan hantar mak aku nanti. kos lebih kurang RM 30, which is consider ok sangat la. Cuma aku ni memikirkan nanti mak aku tak nak naik kereta tu ke apa.. tak ke naya.. then, aku decide bagi mak aku gi sendiri je lah.. aku rasa mak aku pun tau spa tu kat mana. 


Mr. Baskaren dah ambil semua info, mak aku kerja kat mana, nak treatment pukul berapa, aktiviti mak aku time weekend, dia rajin memasak ke tak dan macam-macam lagi. semuanya nak bagi dia senang nak plan apa yang sesuai. ok, set. then aku terus buat reservation kat website, buat payment dan emel pada Mr. Baskaren. walaupun sistem tu dah link dengan dia, dia mintak aku personally emel jugak, takut terlepas pandang. dan aku setuju untuk ingatkan diorang balik pasal reservation tu sehari sebelum 'big day' tu.. 


sepanjang 2 minggu tu tak de sape pun yang tau. aku pun dah tak bukak emel pasal spa tu dah. sebab kalau tak, aku yang tak sabar nak share dengan orang, especially suami aku tuuu.. sabor je la, aku tahan je biar dia pun sama-sama tahu dengan mak aku ..haha..

dan semalam, reminder alarm kat handphone berkokok..



masa lunch tu aku pun mesej diorang pasal yang aku dah booking tu..






so far, everything going smooth as we planned..  mak aku punya schedule pukul 1 tengahari nanti.. kita tunggu apa review tuan badan dulu, lepas tu kita share lagi ye..

apa yang penting, servis yang Ishan Malaysian Spa tawarkan tu yang sangat memuaskan hati aku. They put an effort to give the best!! Ini package yang aku pilih untuk mak aku tu..


So, pada sesapa yang akan ke Langkawi, pegi la cuba.. harga boleh check kat website. dan, aku tak dibayar untuk iklan pun, cuma kongsi produk yang bagus.. hehe..

Ini bukan niat nak tunjuk besar atau kecik, mahal atau murah hadiahnya, just for sharing knowledge ye.. sebab aku sendiri pun tak pernah pegi spa ni. hihi.. 



notahati: Daddy, sila tengok mesej tu, saya dah JANJI dengan diorang untuk ke spa diorang tauuu...hikhikhik...





No comments:

Post a Comment