Tuesday, March 4, 2014

Medina : wean-off

Ok, it's my turn.
Misi melepaskan Nina dari puting. Banyak dapatkan idea dan pandangan kat sini:


  • http://zaranfamily.blogspot.com/2010/04/sudah-berhenti-hisap-putingyeay.html
  • http://sharemyloves.blogspot.com/2012/11/petua-supaya-anak-berhenti-hisap-puting.html
  • http://ibuafinaazfar.blogspot.com/2013/04/petua-hentikan-anak-hisap-puting.html
  • http://www.belognia.com/2009/09/cara-hentikan-baby-hisap-puting.html
  • http://atikarafina.blogspot.com/2013/01/petua-anak-berhenti-hisap-pacifier.html
dan aku sure banyaaak lagi website yang boleh membantu.





Sejarahnya, Nina mula hisap puting di usia yang agak lambat, 9 bulan. Rugi kan? Tak pe lah, dah jadi apa nak kata.. Asalnya aku ada stand by puting yang aku pun tak tau sebab apa. Padahal aku pun tak pernah plan pun nak bagi untuk anak-anak aku. Masa tu, Nina kena demam campak. 

Ni saat-saat bermula..


Biasa lah budak2, merengek je sebab tak sedap badan. Entah macam mana dia jumpa puting tu. Masa umur tu semua benda yang dia jumpa pun dia masuk mulut kan. Agaknya dia rasa 'ngam' je dengan dia. Dan sejak tu, dia hisap puting, walaupun tak kerap, tapi hisap jugak. Dah makin lama makin kamcing dan susah nak lepas dah. 

Dari awal, aku guna puting Tommee Tippee. Mengikut keperluan dan umur anak. Yang diluluskan oleh doktor gigi. Yup, ada orang tak percaya, tapi bagi aku kita dah tau kesan-kesan tak elok kalau hisap puting. Jadi ada baiknya kita ambil langkah berjaga-jaga. Orang kata jongang bukan disebabkan oleh puting, tapi disebabkan keturunan. Aku tak tahu yang mana betul atau salah. Cuma membuat pilihan ikut kefahaman kita dan alhamdulillah gigi Nina nampak sangat ok sekarang.


Yang bagusnya, sejak Nina masuk taska, teacher tolong ajar dia stop puting dan slowly dia okay. Aku tanya teacher tu, dia kata memang Nina nampak macam mintak sesuatu, tapi diorang buat tak tahu je. Mula2 bagi time tido je, lama-lama tak de dah. Puting yang bawak tu diorang simpan je. Budak2 ni kan takut sikit dengan teacher atau orang luar. Senang sikit. Tapi kalau dengan kita ni mana layan.. Lepas tu, Nina hisap puting masa kat rumah je lah. Pelik jugak, pagi2 bila sampai depan pagar taska, terus dia cabut dan hulur puting kat aku. Bila balik je rumah terus cari puting. 


Aku ada terfikir untuk bagi dia stop, tapi tak bersungguh sangat. Plus, tak sampai hati. Sampai hujung tahun lepas, aku dah bagitau Daddy dia, gi Sabah nanti (Januari 2014) Nina dah tak payah puting dah. Tapi tak jadi pun. Then set target lagi, umur 2 tahun Nina mesti wean-off. Dah lepas 2 minggu Nina genap 2 tahun, tak de usaha pun untuk kitorang wean-off dia. Aku pernah dengar cerita kawan aku yang anak dia stop puting sendiri. Bila tanya kenapa tak nak, dia jawab 'puting busuk'. Last-last berenti gitu je. So, I wish the miracle happen to Nina too. 'Ibu, tak nak dah.' . Perghhh... Bahagia weyyy.. Mimpi je lah. 



Bukan nak menafikan jasa-jasa puting tu. Yup, membantu 'menenangkan' dan memudahkan' tidur terutamanya. Kadang-kadang dia menangis sebab benda2 yang kita tak faham, menangis kat tempat ramai, puting la penyelesaiannya. Walaupun tahu, sangat tak elok. Tapi tak de pilihan dan kita ni nak jalan singkat je kan. My bad. Makin lama dia dah gelarkan puting tu 'chi'. Aku pun tak tau macamana boleh dapat nama tu. Sebelum ni dia tunjuk atau sebut macam2 untukk explain puting tu, tapi sekarang lebih spesifik. Nak puting mesti 'chi..'


Lately, aku tengok Nina dah mula main-main je hisap puting. Yang aku rasa kalau tak de pun tak pe kot.  Dia gigit2 puting sampai koyak setengah, dia letak kat tepi2 mulut je, tak hisap macam selalu pun. Dan kalau kita mintak dia bukak puting, dia boleh tolerate, especially time nak ambik gambar (haha..). Kalau time ramai2 dengan cousin dia, dia boleh tinggal puting sekejap-sekejap. Aku rasa maybe dah boleh mengorak langkah dah. 

Bermacam-macam, petua yang aku baca dan dengar. My neighbour tu mintak ayah dia 'baca' kat anak dia yang hisap puting tu then ganti puting dengan biskut. Bila budak tu rasa nak puting, dia mintak biskut. Lebih kurang gitu lah. Tapi, kebanyakkannya perlu secara perlahan-lahan. Dan seboleh2nya dengan kehendak anak tu sendiri. Satu dalam seribu la kot. hihi.. 


Baru ni aku ke Johor, dengan mak dan family adik aku. Pergi nak hantar adik bongsu aku yang dapat sekolah berasrama di sana. Masa kat rumah pakcik aku, Nina ralit main macam-macam mainan dengan geng dia, aku pun ambik puting dan simpan. Dia langsung tak mintak, sehingga waktu nak tido. itu pun aku dengar dia sebut 'chi..chi..'. Tapi bila kita buat tak layan, dia pun dah lupa. Masa dah nak lelap tu aku bagi jugak sebab dia merengek2 dan dah lewat malam pun. 

Esok on the way balik ke Shah Alam, aku bagitau Daddy Nina yang aku nak stop kan puting untuk Nina. Tapi tak tau la macamana nak start. Cuma aku set target:

  • Tanpa 'bantuan' cara lain. No bomoh, jampi, ubat-ubatan (tradisional/moden) or what so called. Tu akan buat aku rasa lagi bersalah sebab menipu dia pulak. Taknak selesaikan masalah dengan menambah masalah baru.. ;-)
  • Setiap anak mempunyai kekuatan yang berbeza untuk menangani perkara baru yang berlaku. Ada orang simply je boleh stop. Ada orang 3 hari, seminggu dan ada juga sebulan. Aku harap dapat buat dalam tempoh 3-7 hari. 
  • Masa yang dipilih mestilah masa yang aku tak terlalu sibuk sangat dengan kerja, tak de komitmen lain pada waktu malam, dan tak banyak travel. Sebabnya dalam kereta selalunya Nina selalu must-have-time. Nanti puting takde, terus tak nak duduk dalam car seat..hmmm apapun tak guna.. haha.. INGAT.. Taknak selesaikan masalah dengan menambah masalah baru..
  • Dalam 'tempoh' tersebut, aku menjangkan dia akan merengek, mengamuk, tak nak tido dan macam-macam jangkaan. Jadi kena banyak SABAAARRR walaupun kena berjaga tengah-tengah malam, memujuk dan melayan karenah dia. Bila komitmen dekat ofis tak banyak , kita tak kan berkira sangat untuk 'letih' lebih sikit. InshaaAllah..
  • Cuba bersedia dari segi fizikal dan mental sekuat-kuatnya. Dan aku MESTI keraskan hati. Katakan 'tidak'!!!
  • Target untuk 'hadiah' kan sesuatu yang besstt sekiranya berjaya.. untuk Nina dan Ibu..wahahahaa..
  • Doa banyak2 sebab hanya dengan bantuanNya, aku dapat capai target aku..amin..

Esok pagi, Nina dan Imran bangun tido dan main2 sama diorang. Aku dengar puting Nina jatuh bawah katil. Aku cari tak jumpa dan dia nampak okay je main dengan imran. 'Mungkin ini cara dan bantuan dariNya.. Ini petunjuk kot untuk aku start.'. Dalam hati nervous gila. Rasa cepatnya.. Dah nak kena buat ke? Aiyoo.. Tapi kalau tak start sekarang, bila lagi. Dan sepanjang pagi tu aku alihkan perhatian dia dengan macam-macam mainan dan makanan.

Ni lah hero yang suka menyakat kakak dia.. Pantang jumpa, dia pakai..


Nak tido petang tu dia mengamuk sakan. Jenuh mengucap dalam hati supaya terus dipanjangkan kesabaran yang seciput ini.. Nina tertido kepenatan menangis. Bangun dah nampak ok, tak menangis tapi mooddy. Cuba allihkan perhatian - Daddy bawak naik motor, baca buku, main-main.. Nak tidur malam tu tak sepayah yang aku jangkakan. Cuma dia nak bertempek dan nak dipeluk. Tidur kat bahu ibu.. Kadang-kadang rasa temperature badan dia naik..Demam ke? Tengah malam tu dia bangun kejap, aku bagi susu je terus tidur semula. Alhamdulillah..selesai DAY 1.

DAY 2-3 - Semakin ok, walaupun ada dia macam mintak, aku buat-buat tak dengar, takut aku yang terlembut hati nanti. Bila masa nak tidur tu yang payah sikit. Tak de benda yang boleh buat dia lali, so kitalah yang popok dan mengulit macam-macam lagu.. haih, sabor je la. Dalam hati rasa menyesal pun ada sebab kita yang mula bagi puting, sekarang nak tarik balik. Walaupun tak menidakkan kebaikannya, terbit juga rasa bersalah. Imran, plesae don't!!

Kelakarnya, masa baru balik sekolah DAY 2, dia main handphone aku. Tengok gambar dalam tu, then nampak gambar Imran main-main puting dia. Dia belek lagi ada gambat dia hisap puting. aku nampak, tapi buat derkk je. Terus datang kat aku smabil tunjuk handphone tu "chi..chi..nakkk...' Aku cepat2 delete gambar tu. Tapi bila pikir, SEMUA gambar dia dalam tu pakai puting! tak kan nak delete pulak.. Aku pujuk2 kejap, then ok..Fuhh..

Gambar ni lah yang hampir mengguguat Nina..hai awak ni Imran..posing maut!

Selesai DAY 3, rasa lega sikit. Apa agaknya kesudahan aku ni.. Habis kat sini atau panjang lagi perjalanan ni.. Hujung minggu baru ni, keluar outing ke KL. First time jalan jauh sikit dan Nina tak hisap puting dalam kereta. Alhamdulillah. Dan aku makin yakin untuk keluar tak payah bawak puting 'back-up' dah! 

Tambahan lagi hari dia ke taska dah memang dia tak hisap, aku cuma control sebelah malam je lah. Sekarang bila dah stop puting, malam 2-3 kali dia bangun minum susu, sama rancak dengan Imran. Tak pe lah, apa nak berkira, ye dak??


Adakalanya bila dia terjaga malam, aku tengok dia angkat bantal dia, belek2 dalam gelap tu. Cari puting la kot. Mimpi agaknya. Kesian dia. Lepas tu kalau ok, dia sambung tido. Kalau nampak lain sikit, aku cepat2 bancuh susu. Time dia merengek2 chi..chi.. tu, tangan siap hulur lagi..Hmm, memang kesian betul. Time tu rasa nak hantuk kepala kat dinding sambil cakap ' kenapa ko bagi dia hisap puting dulu?'. Ada masa jugak body temperature dia naik turun, i guess dia 'demam rindu' kot..huhu.. jangan melarat la harapnya..

Dan satu KESILAPAN jugak sebab aku rasa macam  TERLEWAT wean-off dia. Sebab dia dah pandai panggil nama kat puting tu. So, memang terang-terang dia nak puting bila dia cakap 'nak chi..'. Sebelum dia pandai sebut tu, kita boleh lagi buat2 tak paham dan dia tak boleh buat apa dah. Aku cuba untuk terus terang je, 'chi tak de, kan Nina bagi jatuh bawah katil. So dah tak de la. '. Muka dia lain, tapi takpe lah, aku rasa dia faham. Tak nak pusing-pusing cerita itu ini. Lepas beberapa hari ni, aku tak dengar Nina sebut 'chi' lagi. Harapnya dia dah lupa.. Kalaupun ada masa dia macam mintak puting, dia cuma hulur tangan dan sebut apa-apa je. Aku pujuk kejap sampai dia tenang balik.


Baru ni masa aku tengah gosok stok baju kerja, Nina datang main2 nak sepahkan buku-buku kat rak. Lepas tu dia nak ambik bekas yang aku simpan botol2 susu dan  yang belum guna. Aku gabra habis, sebab takut2 ada lagi puting dia yang aku simpan kat situ. Apalagi, berlakulah adegan berebut bekas tu dengan dia. Sudahnya, amukkan lah budak itu... huihh nyaris2 lagi wey.. Tak pelah ko nak nangis pun nak, jangan sampai usaha ibu 4-5 hari ni pulak yang gagal!! 

DAY 7 -Semalam genap seminggu misi aku untuk Nina. Rasa macam cepatnya berlalu. Macam tak percaya boleh melaluinya walaupunnnn.... macam-macam dugaan dan emosi yang datang. Harapnya selesai sampai kat sini je lah. Tapi, malam tu Nina tak nak tido. Lepas dia bangun menyusu pukul 12, dia mintak 'nak..'. Sudah, tak habis lagi ke dia ni.. Rupanya dia betul2 nak. Mengamuk sakan. Aku memang kesian sangat, tapi cuba bertahan. Dia tunjuk2, siap belek2 tapak tangan aku kot2 ada. Mungkin orang tengok tak de apa, tapi aku percaya instinct kita sebagai ibu memang unik. Kita memang boleh paham dan tau apa yang anak kita nak. Sebab tu kita boleh agak apa dia nak walaupun dia cakap bahasa tak teratur atau pelat kan? Believe me, or be a mommy!!

Biasanya bila dia dah ok, dia nak tido dengan aku atau tido aku peluk. tapi malam tadi tak. Dia langsung tak nak aku pegang. Mengamuk pun tak tengok muka aku dah. Aku nak dukung dia tepis. Dalam hati 'aku rasa sampai sini je lah usaha aku. Kalau kena bagi balik pun tak pelah.' Sedih sangat bila Nina buat gitu. Tak tau nak cerita macamana. I'm so sorry. Please make she strong. Dia tertido dalam merajuk dan penat. Tapi kejap-kejap dia terjaga. Aku tak terfikir pulak walaupun dah lepas seminggu dia masih teringat. Rasa macam lamanya aku susahkan dia. Susahkan dia melalui proses ini. Terus berdoa agar 'tempoh' ini cepat berlalu..

Pagi tadi dia bangun nampak ok, cuma aku cuba jaga mood dia. Tak nak kacau sangat. Dia tengah sedih part tu, so biar dia happy dengan hal yang lain. Dia nak main, nak sepah, nak makan apa, nak minum air kotak sepah2, layan kan je dulu.. 

Sepanjang masa aku terus menanam harapan Nina akan ok, tak terganggu emosi sangat. Masa tu akan tiba jugak ,cepat atau lambat je lah. This is ur time Nina. Lepas ni dah tak de sape boleh kacau tarik-tarik puting Nina atau sorok puting Nina lagi. Becoz it was hurt me too, dear.. Go Nina go.. You look bery-bery pretty right now..haha.. Ibu loves you..

Untuk ibu-ibu yang berhajat 'besar' untuk memulakan sesi wean-off, all the best. Masing-masing ada cara tersendiri, boleh pilih yang sesuai untuk anda. Mesti bertegas. Stop means stop. Jangan stop, lepas tu bagi balik. Kids are really clever u know.. Nanti dia tau bila dia menangis, dia akan dapat balik. Dan dia pulak yang akan mainkan kita. Bersabar dan bertahan lah sikit. Memang, its hard becoz of the bonding, tapi terpaksa lah kan. For their own good. Yang penting, semuanya kena bersedia, ibu dan anak tu sendiri. Masa kena betul, dapatkan sokongan terdekat terutamanya suami, sebab dia aje la yang ada masa kita tengah 'bertarung' dengan rasa sabar, letih dan sedih tu. 

Semoga berhasil..


See??? My anak dara dah cantiklawa uolls.. Ada sapa2 yang nak hantar tanda? wahaha..






1 comment:

  1. mmg susah kak nak hilangkan puting tu dari hidup anak2..mcm anak sy yg sulung,najihah..start isap puting dari dalam pantang itupun mak mertua yg suh bagi sebab dia merengek2.mmg asalnya dah plan taknak bagi..jadinya melarat sampai umur 3 tahun..after that,try utk buang puting tapi mmg susah sampai mengamuk2..sampailah satu hari tu atuk dia ckp puting Najihah kene tahi ayam / tahi lembu..busuk..terus pas tu dia sendiri yg taknak..tapi as her mama,sy selalu pujuk dia ckp Najihah cantik tak isap puting..lagipun Najihah dah nak sekolah,mana boleh isap puting dah..dan skrg turn adiknya plak mmg langsung tak isap puting,cuma awal2 dulu jer..hmm.,habis bab puting,bab pampers plak ye kak nanti..ALL THE BEST kak!!!

    ReplyDelete