Monday, March 17, 2014

pindah, kerja, sakit, air, #mh370

Ambil masa sikit nak membebel kat sini. Banyak perkara jadi tapi tak sempat nak share semua..

  • Aku memang tengah shortage in manpower kat ofis sekarang. So, aku lah one-man-show. Ada sorang asisstant, tapi tak semua boleh bagi dia buat kan. Yang bertukar tak berganti lagi, yang berpencen pun tak nampak bayang nak interview baru lagi. Sudahnya, telan je la. Tunggu pun tak sampai2, tak tau bila. Kerja nak kena jalan. Ko ingat orang nak dengar ke kisah sedih tak-cukup-orang kat ofis kalau kerja ko tak siap? 
  • kerja banyak masih acceptable, biar padan dengan gaji  yg dibayar, ye dak? "Unhealthy-office-environment" yang buat kepala makcik semaaakkk sangat. Susah nak cerita. Kita kerja mesti nak boss, tak kira boss kecik atau boss besar support kan. Dan  nak jugak collegue yang supportive, helpful atau al least UNDERSTAND pasal kita dan kerja kita kan. Tak kisahlah satu ofis ke, satu bahagian ke, sama pangkat ke, apa ke.. Haih. Payah sungguh nak dapat. Letih sebab hari-hari ada je insiden yang..hhmmm..maleh nak cite.. Azam awal tahun baru ni, nak betulkan niat dalam kerjaya. Nampak masih serong lagi ni. Jangan terus condong la harapnya. Adakala terlintas jugak "lama lagi ke aku nak dok sini?" - Macam lah ramai sangat yang nak gajikan ko yek.. hikhikhik..
  • Pasal nak pindah rumah tak settle2 lagi ni. barang tak start kemas lagi. Plannya nak pindah hujung bulan ni, start bayar sewa rumah baru April nanti. Tapi satu apa pun tak kemas / packing lagi. Bulan ni memang kerja setiap hari Sabtu. So, hari Ahad je lah masa yang ada nak mendobi, melipat, menyusun kain baju. Plus, house-core lain lagi. Tak tahu bila nak start packing barang. 
  • Office aku pulak berkemungkinan besar kena pindah jugak . April jugak!! Adeh..
  • Macam-macam dugaan untuk kita semua sekarang kan. Dengan cuacanya, penyakitnya, krisis airnya. Tak terfikir rasanya bila semua datang serentak. Kawasan aku pun termasuk dalam senarai kawasan air kena catu. Lemaih la..  Cuaca panas, tak kira siang malam. Bila dok rumah, malam nak bukak pintu / tingkap, tak boleh.. Takut nyamuk aedes, demam denggi. Nauzubillah. Masuk bilik, bukak aircond. Hujung bulan, bil tinggi. pulak. Nak keluar, jerebu lagi.. Alhamdulillah, budak-budak ni demam dan tak sihat berpanjangan baru ni masa belum ada jerebu dan denggi yang teruk2 lagi..
  • Husband aku tanya bila nak balik kampung. Sorry untuk bulan Mac timetable dah penuh. Tak mampu. huhu. Simpan tenanga nak pindah rumah lagi. Ofis lagi. Tapi tiba-tiba last week dpt surat kena outstation ke UiTM Kedah. Ok, ambik peluang balik kampung terus. Tiba-tiba pulak. Hal kemas barang nak pindah tak selesai, balik kampung, iaitu program yang tak de dalam senarai tu pulak yang datang. Kita merancang, Dia juga Merancang. Dah tentu perancanganNya adalah yang terbaik. So, lusa ke Kedah la.. Husband aku ambik cuti, aku kerja sambil cuti.
  • Sekarang seluruh penduduk dunia bercakap pasal MH370. Awal-awal minggu tu, sedih rasanya. Pikirkan pasal baby yang ada dalam pesawat, reaksi keluarga anak kapal dan penumpang. Takut nak dengar berita terkini, takut nak dengar kalau betul terhempas. Kesian pada semua yang terlibat. Tak terbayang kalau jadi pada kita kan. Lately, rasa macam dah banyak sangat 'akai' masing-masing. Ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Kesiannya kalau betul orang-orang yang tak bersalah tapi jadi mangsa disebabkan kepentingan peribadi. Wallahualam. Semoga cepat2 lah berakhir. Keluarga diorang semua tengah menunggu. Tak tahu apa nasib diorang. #prayformh370





dah, end of rambling session..

 peace, maybe?

whatt??? anyone calling me?

adios..


No comments:

Post a Comment