Saturday, March 26, 2011

i'm back...

salam hujung minggu semuanya..suri baru balik dari langkawi petang semalam..dan hari ini terus bekerja.juga esok..sampai malam..apa boleh buat. tuntutan alam..huar3..suri ke langkawi atas tugasan rasmi..berkursus di sana.. Kursus untuk membuat silibus-silibus baru yang akan diperkenalkan pada pelajar-pelajar uitm. 4 hari jugak meninggalkan pejabat. boleh tahan penatnya memandangkan bannnyyyaaaaakkkk benda baru belajar di sana. sekarang ni semuanya kena ambik tahu.. semuanya selepas UiTM Perlis yakni tempat kerja ku itu  sudah mendapat mandat Universti Berautonomi Penuh.. Universiti Negeri.. makanya semuanya kena buat sendiri, sepertimana kampus induk di Shah Alam buat. jadi sebelum ni agak mudah,tak banyak pikir.. tapi sekarang ni suri set "everything i have to know".. slow2 kena improve myself..mati aku..

jadi sepanjang suri ke langkawi baru ni, alhamdulillah rasanya berguna jugak la..kalau tak aku pun tak paham sangat proses untuk memperkenalkan subjek-subjek kokurikulum baru di uitm ni.. sempat belajar macamana nak buat silibus, intipati kat dalam tu.. baru paham item2 yang dari Kementerian Pengajian Tinggi, dan juga Kemahiran Insaniah yang uitm perkenalkan sendiri. dapat jugak belajar nak membina rubrik2 untuk setiap subjek yang akan diperkenalkan nanti. sepanjang di sana, suri masuk kumpulan Pidato.. kitorang membuat silibus untuk subjek tersebut..dari zero, alhamdulillah semuanya sempat disiapkan seperti yang dirancang, kerana ada kawan2 yang expert jugak la.. 

cuma kali ni suamiku tak dapat join kursus ni sebab terikat dengan kelas dan assignment yang bertimbun2.. kesian..aku pun sebilik dengan kawan dari segamat la..sebelum2 ni asyik sebilik dengan hubby je..solo kali ni ye..seronok dapat berjumpa dengan semua officer dari uitm seluruh malaysia.. macam-macam benda jugak yang kitorang gosip bualkan, dan bincangkan.. kebanyakannya kitorang banyak share problem masing2 kat kampus. yela, kat kampus sendiri nak bercerita dengan sape? tak de yang faham tugas-tugas kita.. tak kan nak bercerita kat staf sendiri plak.. peluang dapat jumpa kawan2 yang memikul jawatan dan tugas yang sama berat ni, kita berkongsi semuanya..lagi bermakna. cerita pada orang yang tahu situasi kita, lagi best kan..

 ni antara peserta..semua happy jek masa kat jeti.. dari serta m'sia nih..kedah, perak, shah alam, puncak alam, dll..dan yg paling  jauh..dari sabah..;-)
 keluar makan dengan adik den.. and mama..
muka kelaparan...


kiranya suri ni sambil menyelam minum air la, sebab dah balik kampug sendiri kan..sempat jugak curi-curi balik rumah, meet my family..hehe.. bawak kawan2 bershopping..hehe..biasa la tu..bukan selalu nak dapat datang ye tak?hehehhe...

 dengar briefing dulu yek tuan2..
 gaya masing-masing..
 apa yang tak kena tu.."k'aishah, nama saya salah eja ni.." kata aku..hehe..
 super boss yang turun padang..
 second bos... very comitted..
 smile!!!!
 tengok kawan sebelah aku tu..bukan main lagi..
 dengar ye..
 dah semakin layu nampaknya...

aku pun agak ngantuk jugak malam awal tu..penat je..waktu briefing tu, aku plak..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 main bunge2 awak ye...uwwaaa....
 siap buat kalender sendiri tuh..tengok tuh, yang dalam petak tu semua dah fully booked..waduh..hujung minggu cuma ada free 2 kali je, lepas tu full sampai hujung bulan 5..lepas tu semester baru pulak bukak, kembali seperti sedia kala..sibuk-sepanjang-tahun...oit!!dengar briefing tuh..conteng2 je kerja..
eh..gula2..abis la kencing manis orang kat sini..3 hari dijamu dengan gula2 nih..
 isu panas agaknya????
 la..tak abis lagi ko ni yek..cakap sambil tido je...

 presentation..
 eceh3...apa yg dibincang tuh..
 eh, jerawat atas hidung aku nih...
 ni kumpulan fotografi..
 walaupun cuma nampak aku dari belakang, nak jugak tunjuk!!!! nanti ada yang kata aku tak buat kerja..hehehe..
steady la group Pidato..caiyok2..

Gitu la sebahagian dari aktiviti aku minggu lepas.. gambar shopping tu aku tak tunjuk la, nanti ada yang makan hati plak.. lagipun takut berat pulak blog aku bila dah masukkan pinggan mangkuk, periuk belanga, kain batik dan segala bagai yang korang beli tu..tak gitu kengkawan? baik pempuan mahupun lelaki, sama banyak je aku tengok diorang angkut.. aku?? aku mengamalkan perbelanjaan berhemah..kunun-kununnya..hahaha..aku borong chocolate je.dan towel yang en suami pesan.. lagipun, macam yang aku gtau sebelum2 ni, kalau en suami tak de, aku tak berapa suka sangat membeli.. -ayat ala-ala isteri solehah gitu..-

last but not least..berpisah kita di jeti kuala perlis.. semoga jumpa lagi kawan2 semua.. very nice moment meeting all of you.. very2 supportive.. lagi 2 minggu kita semua akan berkumpul di tempat Kak Jah pulak ye, kat UiTM Seri Iskandar...aku dah pesan kat kak jah "meeting kat perak nanti nak makan sup tulang tau.." - sebab dia siap borong Pressure Cooker lagi kat langkawi..bukan main..
 bye-bye..


Penat berbengkel belum habis, dapat tahu macam2 masalah kat pejabat sepanjang peninggalan aku.. Aduh, Tuhan je la yang tahu.. senak perut aku memikirkannya.. malam tadi aku langsung tak nak pikir, aku pun tak jawab mana-mana call @ SMS yang dihantar.. Bagilah ruang aku bernafas dulu..adoi.... Tak tahu macamana nak mulakan. macam2 hal diorang ni.. harapnya aku mampu bersabar dan melalui semuanya dengan tenang..hari isnin ni nampaknya memang tak senang duduk la nak menyelesaikan satu persatu beban yang ada ni.. report bengkel baru ni pun belum sempat nak present kat boss kat sini, anak2 buah aku dah tambah menggunung masalah2 baru.. Sabarlah wahai hati..



No comments:

Post a Comment