Wednesday, October 17, 2012

great news from Him..

yes, to be honest.. i'm at 8 weeks ++ pregnant!! jujur dan direct gile kan?hehe.. tak reti nak cakap sembunyi2.. ye, syukur.. syukur sangat sebenarnya. walaupun diri sendiri masih terkejut. but, semakin okay selepas seminggu dua ni.

cepat betul. nina tak sempat nak manja-manja pun ye.. ish, apa pulak tak sempat.sempat sangat-sangat.. bukannya arini ngandung, esok bersalin,kan.. dan kalau dah ada adik pun, nina tetap we all sayang macam selalu..

macamana nak mula kisah ni ek?hehe.. ok, mula-mula aku sangat tak perasaan cik P datang lewat. sebab kalaulepas bersalin kan memang hormon pun takstabil lagi. ada masa datang awal, ada masa datang lambat. so, seingat aku last cik P datang masa sebelum raya, 15 Ogos. sebelum-sebelum ni,, 1hb mesti datang punya. tunggu masa 1 sept, tak datang.tapi tak pikir apa pun. tunggu 15 sept, pun tak datang. tunggu lagi, sampai la daddy balik masa nina demam campak tu, 26 sept. dah lewat sebulan kalau kiraan normal, dan kalau kiraan yang tak menentu tu lewat lebih kurang 10 hari. cuma kali ni dah banyak hari lewat pun tak terasa sangat nak cek UPT sendiri.tak tau kenapa. sebenarnya memang tak sangka, dan tak terlintas pulak ada ke tidak. diam dulu. cuma ada tanya daddy.. 
"daddy ok ke kalau dapat anak lagi?" 
"ok je..rezeki.."
"tak malu?"
"malu apa?"
"ye la, nina kecik lagi.."
"ibu, Allah tu tahu bila kita perlu, bila kita dah ready, dan bila kita sepatutnya dapat.."
"ok, tapi kalau ada betul2 macamana?"
"macamana apa?bagus la.." - sambil gelak-gelak yang aku kenak sangat, gelak cuak!
  
akhirnya ambik keputusan untuk buat UPT sendiri, dan YES, DOUBLE LINE yang sangat-sangat jelas.. gulp..sumpah, tangan dan kepala lutuu menggigil.. nak nangis tanpa sebab pun ada, nak gelak tak jadi. tak tau nak react macamana. daddy nampak cool, but tak tahu dalam hati macamana.

lupakan dulu sebab dapat berita nenek aku sakit dan admitted kat kelantan. rushing balik ke kelantan..
7 - 9 okt - kami sekeluarga kecuali along dan adik perempuan aku berada di kampung, jenguk nenek aku kat hospital. nenek kesayangan yang aku panggil "mek". aku ingat mek tanya, "mengandung ke?". aku senyum je sebab masa tu tak confirm dan tak announce kat sapa-sapa pun lagi.

10 okt - balik dari kelantan, kami ke klinik, check nina dan nak confirmkan result aku sekali. DONE, 8 weeks 4 days at that time!! EDD will be 24 May 2013. Insya Allah.. dan secara rasminya kami mengumumkan berita "besar" ini pada kedua-dua belah keluarga. banyak sangat respon yang aku terima, dan aku seikhlasnya terima sahaja.. sebab aku percaya, He knows best,kan..

ramai yang tertanya-tanya, kan baru ni cezer? ye.. aku pun tau. dan aku dah dapatkan semua info berkaitan. nanti-nanti la aku share.. malas pulak nak menaip..blame to hormon!!! haha..

bye bye..

 
 

1 comment: