Wednesday, October 3, 2012

Keluarga Iskandar - Best !!!

Dah lama tak review drama or cerita-cerita kat TV. Abis, aku bukannya repoprter ke hapa.. cukup dengan baca yang orang tulis kat paper udah la.. tapi kali ni nak share cerita yang tengah aku tonton dan super sukaaaa sangat.. yup, Keluarga Iskandar!! Thumbs up.. untuk pengarahnya, pelakon2 yang hebat dan jalan cerita yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat kita. 


pic: thanks pakcik google

Ada ramai blogger yang bercerita pasal drama bersiri ni. dan diorang pun bagi feedback positif pasal drama ni. Mengisahkan keluarga besar di negeri Johor. budaya dan kisah di sana, yang mungkin sama dengan kehidupan sebahagian daripada kita. Aku pun start follow cerita ni dah Episod 2 ke 3 ntah.. dan falling love at the first sight you'olls!! Aku pernah bagitau dulu, kalau tengok movie atau tv, aku tak suka cerita yang berat atau serius sangat, sebab for me tengok tv @  movie sebab nak rileks.. so, tak nak stress2 fikir jalan cerita atau apa-apa dah..hehe..boleh gitu? 

Dan, Keluarga Iskadar make my dream comes true..ngengee.. cerita santai yang sarat dengan pengajaran. Pelakonnya best, especially Susan Lakenster.. suka sangat. aku rasa come back yang dia buat untuk drama memang menjadi.. Semuanya berlakon tapi tak macam berlakon pun.. very natural in acting. i  likee... kadang-kadang aku terfikir, macamana diorang ni build chemistry sampai boleh ngam gini.. Daddy Medina, masa kena paksa join aku tengok last week. Masa part Abang Ngah (lakonan Sobri Anuar) dan Kak Ngah (lakonan Susan), Daddy Medina tanya, "diorang ni memang suami isteri betul2 ke?" hhaaaa..nampak x? suami aku ni memang tak kenal pelakon langsung!! suami aku pun terpedaya dengan lakonan diorang..

pic: thanks pakcik google

Overall, aku suka semua part dan watak dalam cerita ni. Mekap yang simple, tak spastik sangat. realiti orang kita, gaduh adik beradik, ipar duai, dan mertua.. cuma macamana kita handle semua tu sebab air dicincang tak kan putus,kan?? Nenek yang moden, garang tapi dalam masa yang sama very caring pasal anak dan cucunya.. Keluarga Iskandar adalah idea segar yang Astro bawa selepas Jangan Ambil Padang kami yang juga thumbs up!!

 pic: thanks pakcik google

Conclusionnya, aku rasa untuk dapat cerita yang bagus, tak perlu lah kita berlebih-lebihan.. penonton macam aku ni tak sanggup dah nak tengok pelakon kayu, yang mekap tebal walaupun time baru bangun tido!! dan yang tak menahan, rambut palsu yang kejung.. mak aku selalu komplen bila pelakon pakai rambut pelesu ni.. Lakonan yang natural, tak buat-buat, dan yang penting jalan cerita yang sesuai.. 

Itu je la review dari aku yang bak kata orang, "pekak tuli" tentang seni.. dan aku tau, ramai lagi yang macam aku,kan..haha.. ye, penonton kebanyakannya macam tu. ingin menilai karya dari kacamata sendiri. kita bayar bil kan..so???

Jom.. Setiap selasa, 10 malam, depan tv ok??




No comments:

Post a Comment