Monday, December 31, 2012

officially Nina dah weaning off

yup..huhu.. **insert sad mommy mood**

semalam, genap seminggu Nina dah pun wean-off dengan ibu. no more nenen!! sejak dari last week masa aku balik rumah mama, dia dah start tak nak breastfeed dah, walaupun masa nak tido! pernah jugak aku offer, dia baring tak sampai 10 sec, dia gigit!! sakit woo.. tambah2 lagi sekarang tengah nak produce susu baru for baby, memang sensitif la kat situ kan.. so, aku understand la yang dia tak nak dah kot. cuma aku yang gatai dok offer kat dia..hehe.. being a mom, breastfeeding is the most valueable moment antara ibu dengan Nina.. sebab tu sebelum-sebelum tu Nina dah tunjuk yang dia tak nak, tapi aku bagi jugak. terutamanya time tengah malam dan malas nak bangun bancuh susu.. aku bagi dia isap lagi. tapi sekarang terus "katakan tidak!!"

tak sangka pulak semudah itu.. sebenarnya aku jangkakan akan tandem nursing sampai baby keluar nanti. so, cuba bersedia mental dan fizikal. aku bersedia untuk bagi Nina bf sampai selama mana dia nak.. sebab tu sejak tau preggy baru ni, aku still bf Nina walaupun banyak sangat suara2 yang suruh aku stop dengan pelbagai petua dan sebab musabab yang tak dapat aku setuju.. hehe.. penat? gile tak penat.. sabar je banyak2. cuma ada sesekali terfikir nak wean off jugak sebab takut kalau aku akan bersalin secara ceaser lagi, tentu payah nak layan Nina nak bf sebab dia pun lasak. takut terkena luka aku ke apa.. aku banyak cari maklumat cara nak wean off walaupun sebenarnya tak sampai hati.. nak buat, tapi lama-lama aku sendiri yang lembut hati. orang tu tak mintak, aku yang hulur..haha.. pemurah kan.. rindu sebenarnya.. bila lama sikit dia tak bf, aku yang cari dia.. takut dia jauh dengan aku..

alhamdulillah, sampai waktunya Nina sendiri yang menolak. genap 10 bulan setengah dia bf dengan aku walaupun mix dengan susu formula. tq Nina for the great moment together.. proud to be your mom dan ibu halalkan semua susu yang ibu berikan pada Nina selama ni.. semoga Nina beroleh segala khasiat dan kekuatan yang diperlukan.. love you..

aku rasa dia tak terasa sangat ralat bila wean-off dengan aku adalah sebab puting.. dia dah ada benda baru. dok berkepit je dengan puting dia tu. tak pe lah.. slow-slow aku akan cuba untuk wean-off kan dia dengan puting pulak.. sekarang ni bagi chance la dulu. tak sanggup pulak nak tarik semuanya dari dia.. give her some time..

No comments:

Post a Comment