Monday, December 31, 2012

Nina perlu berubah @ diubah?

Sebelum pergi lagi jauh, aku nak share kat sini yang aku akan berpindah rumah dan of course tempat kerja.. ke uitm puncak alam. pertengahan Januari ni aku akan lapor ke sana. next week akan mula angkat barang dan pindah.. sedih? defenitely yes.. truely.. sekian lama di arau, sejak dari zaman belajar sehingga dah bekerja dan beranak dan dah nak masuk 2!! tapi, demi keluarga, perlu ada perubahan.. kenapa tak share berita best ni awal2? banyak benda yang berlaku, dan susah nak explain secara terbuka di sini. cuma, syukur pada ketetapan yang Allah tentukan, dan pastinya perancanganNya dalah sebaik-baik perancangan. usah dipersoal tentang rezeki yang diperoleh.. aku cuma berdoa yang baik-baik sahaja yang akan berlaku untuk kami sekeluarga.. selebihnya, diharapkan aku terus diberikan kekuatan untuk melaluinya.. penat dan kecewa memang ada, tapi kalau tak diuji manakan kita tau kemampuan kita kan? walau apapun yang diperkatakan, we can't satisfy everyone!!

okay, berbalik pada tajuk entry kali ni.. sejak kebelakangan ni aku terfikir tentang tabiat Nina. tabiat yang biasa, yang rutin. sebab dia banyak masa dengan aku, so dia memang rapat dengan aku. dengan Daddy pun rapat, cuma sebab jarang jumpa. dan Daddy pun agaknya kekok lagi nak deal dengan Nina.. haha.. sebab aku selalu dengar dia mengomel, "macamana la ibu layan Nina sorang-sorang ni.. lasak dan aktif betul..". So, adakah Daddy tak sanggup jaga Nina sorang2? BIG question mark for you, Daddy. hahaha..

Nina ni jenis yang kalau nak tido, dia tak reti nak tertido sendiri. mesti nak kena diulit, atau ada yang teman sampai dia tido. dan yang selalunya aku lah w/pun time Daddy ada kat rumah. pernah jugak time Daddy balik dan aku kerja, aku tak hantar dia umah babysitter. tinggalkan Nina bersama Daddy. everything ok, cuma part yang last sekali mesti "ibu, Nina tak nak tido..".. Dah agak dah. sebab kalu dibiar dia main, memang dia tak tido. rasanya aku tak pernah tengok dia tertido sendiri, walaupun kepenatan. at least mesti kena bawak masuk bilik, golek2 dan baru dia tido.. Kalau waktu tido dia, memang kena bawak dia masuk bilik, ulit2, gosok2 badan dan kepala, peluk2.. baru dia tertido. dan ada masanya time dah lali tu pun dia bangun balik, tarik langsir, panjat kepala katil, dan dummm... baring dan terus tido.. memang susah nak jangka. tapi bila selau buat, kita boleh tau dah taktik dia tu..

kalaupun tertido masa tgk tv, mesti atas badan aku atau pun kat tepi aku.saja-saja dia nak baring, layang tv sampai tido, memang TAK AKAN.. aku pun tak tau kenapa.. dan sekarang, walaupun dah wean-off, bila masa nak tido still nak sendeng-sendeng kat kita.. kat rumah babysitter aku tak pasti, tapi kadang-kadang makcik letak dia dalam buai, baru tido.. rasanya makcik tak de la spend masa untuk ulit dia macam yang aku buat.. tapi tetap kena pujuk2, tunggu tepi baru dia tido. tapi, kalau dalam kereta memang semudah A,B,C.. sebab dia boleh tido atas sesapapun!

Jadi, baru ni aku ada suarakan kat Daddy, yang Daddy mesti praktis tidokan Nina without me.. banyak sebab yang aku fikirkan. antara yang utama adalah:
  • aku takut kalau-kalau aku akan warded awal ke, atau apa je pasal pregnancy aku. so, Nina kena biasakan tido selain dengan aku. mana lah tau, aku kena tido spital, dah tentu Nina akan tinggal dengan Daddy kat rumah.. 
  • yang keduanya sebab bila aku dah pindah dan tinggal sama dengan Daddy, tentu aku juga kena outstation. sejak lepas Nina lahir, aku tak pernah outstation tanpa Nina. kalau yang boleh balik hari, aku memangn pecut dengan flight atau kereta je sementara Nina kat rumah makcik. Kalau jauh, aku mesti bawak Nina bersama. alasan sebab tak de sapa yang nak jaga dia kat rumah. So, lepas ni boleh gilir-gilir dengan Daddy. dan pada masa yang sama aku jugak kena terima kenyataan yang akan ada masanya aku perlu tinggal Nina untuk ke mana-mana. masalahnya pulak, aku ni cuma percayakan Daddy nya sahaja yang boleh jaga Nina selepas aku..haha.. a very protective and paranoid mummy!!
  • kalaupun tak warded awal, bila sampai masa aku bersalin nanti, Nina tetap akan diuruskan oleh orang lain, samada Daddy atau family members yang lain. jadi, mesti praktis awal-awal supaya dia selesa dan biasa dengan orang lain. dan yang paling penting, IBU mesti ada sifat percayakan orang lain jugak!
  • lagipun, lepas ni kan dah nak duduk sama, so Daddy pun kena lah masuk sekali dalam duty roster untuk jaga Nina kan...hehehe..
Kalau dilihat, adakah Nina je yang perlu diubah tabiatnya? rasa-rasanya termasuk mak dia sekali..haha.. Nina kena tau ada ramai lagi orang yang boleh Nina bergantung, selain dari ibu. dan ibu jugak mesti sedar kalaupun orang lain yang uruskan hal-hal kecik untuk Nina, tak kan hilang ikatan antara ibu dan Nina yang memang dah terjalin sejak azali lagi..anak ibu tak kan pergi jauh pun.. sekurang-kurangnya preparation untuk elakkan Nina rasa lonely bila ibu dan Daddy perlu tumpuka perhatian pada baby nanti.. but, apapun yang jadi Nina tetap cinta hati ibu dan Daddy.. change to be a better person ok, Nina??

walaupun Nina suka sepahkan rumah..
walaupun Nina marah sebab ibu selalu tak bagi Nina kacau ibu kat dapur..

i still in love with you..hihihi..

oppss..meh nak share satu rahsia..
.
.
.
.
.
.
.
.
Nina's addicted..
time dah lali tu, campak je bantal ni kat muka, sure layaannn punya lah.. tapi belum sampai tahap bantal busuk yang nak kena bawak ke sana sini lagi la..time nak tido kat rumah je..

 

No comments:

Post a Comment