Monday, December 31, 2012

Nina's solid food: chicken stock

first time ever mak guna rempah ratus asli tau.. bunga lawang, kayu manis dan sahabat2nya tu..haha.. demi Nina.. jom, nak kongsi resepi mudah untuk buat chicken stock. tanpa perasa tambahan. semuanya asli dan homemade.. resepi pernah baca kat blog, tapi lupa nak save. so, masa kat rumah just campak2 je apa yang ingat.. tapi menjadi,ok.. dan baunya memang merewang-rewang satu rumah.. bau sup tu rasa macam nak makan mee soto jek..





ok, bahan-bahan:

ayam (bahagian rib dan tight) - aku beli kat supermarket yg dah potong 4 bhgian tu. dan saja amik bahagian yang banyak tulang..
2 inci halia
2 batang carrot
6-7 ulas bawang putih diketuk
3/4 bawang besar di dadu kasar
2 biji kentang, belah 4
bunga lawang, buah pelaga - agak2 la..
4-5 cawan air

cara-cara:
cuci semua bahan
masuk periuk
masak atas dapur menggunakan api sederhana.
tempoh memasak memang lama sebab nak jadikan stok.
dicadangakan 4 jam, tapi aku cuma mampu tunggu 2 1/2 jam je.. tu pun dah pekat dan ebrbau harum

sejukkan, masuk dalam bekas kecik2 untuk dibuat frozen. bila nak guna cuma panaskan sahaja..


selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment