Monday, December 31, 2012

terima kasih tahun 2012..

hari terakhir di tahun ini.. esok ramai yang cuti, tapi tidak di Perlis..haha.. kerja ok.. dan Daddy juga bercuti panjang sampai Jumaat, menyiapkan final report dan presentationnya.. good luck, darl..

terasa nak review antara yang stailista dan oppss untuk kami sekeluarga sepanjang 2012.. jom !
  • menyambut ulangtahun perkenalan yang ke 8 bersama Daddy Medina.. (Januari)
  • anugerah terindah selepas menjadi seorang isteri, iaitu menjadi ibu!! 12 feb 2012 merubah segalanya..welcome to the world my Mayra Medina.. (Februari)
  • menyambut anniversary perkahwinan yang ke 3 bersama Daddy dan our Medina!! 3 tahun bergelar isteri kepada Daddy Medina. thank you Allah.. semoga terus dipanjangkan usia untuk bersama-sama mereka lagi di tahun akan datang.. (Jun)
  • dari segi kerjaya, alhamdulillah.. banyak belajar perkara baru, pengalaman pahit manis mematangkan. dan dianugerahkan sebagai Anugerah Khidmat Cemerlang salah satu pencapaian terbesar setakat ini. terima kasih pada semua keluarga, bos-bos, dan rakan-rakan yang menyokong, membantu, dan memahami.. dan tak lupa juga yang mengkritik dan mengeji.. semua tu amat dialu-alukan untuk saya terus berjuang dan bersaing..
  • diuji dengan ujian kesihatan untuk Nina.. berkali-kali diserang demam biasa, demam panas dan demam campak.. ada masanya terpaksa melaluinya sendirian, namun sokongan dari Daddy Medina tak pernah kurang.. thanks dear.. (September - Oktober)
  • diberi rezeki sekali lagi untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami.. i'm mom-to-be again!!! dua tahun berturut-turut.. semoga dipermudahkan semuanya.. (September)
  • dalam kegembiraan dan rezeki yang diberikan, nikmat kekeluargaan kami ditarik sedikit bila nenek kesayanganku kembali ke rahmatullah pada 13 Oktober.. terima kasih mek di atas segala jasa dan kenangan manis bersamamu.. yang paling terkesan, aku tak sempat nak share berita gembira bila pregnant lagi dengan arwah.. tapi, masa aku balik kampung semasa pengebumian arwah, makcik2 aku cakap arwah dah tau aku pregnant. dia perasan masa aku balik seminggu sebelum tu, masa melawat arwah sakit di hospital. semoga arwah tenang di sana..
  • antara berita terbesar di penghujung tahun ni, berita pertukaran aku ke Puncak Alam.. rasa lega dan luruh semua penat jerih selama bersendirian di sini. walaupun aku tak pasti untung nasib aku di tempat baru, sekurang-kurangnya aku bersama-sama dengan keluarga terchenta.. banyak perkara yang timbl, namun aku redha ke atas apa jua yang berlaku dan aku maafkan semuanya.. kerana hanya aku yang mengerti apa yang berlaku.. semoga semuanya diberkati dan dipermudahkan segala urusan kita.. amin..

bila difikirkan, begitu banyak rahmat dan rezeki yang mendatang..  terima kasih untuk semuanya.. semoga 2013 juga datang dengan sejuta keindahan !!! semoga aku dipermudahkan proses bersalin walaupun lambat lagi bulan Mei !! semoga keluarga, suami dan anak-anakku diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang masa.. dan juga untuk aku.. harap-harap ditambahkan sifat-sifat sabar dan ikhlas dalam diri.. semoga tempat baru memberi semangat dan idea-idea baru untuk aku di dalam rumahtangga dan kerjaya.. semoga bila duduk bersama nanti, jarang lah gaduh2 dgn Daddy..maklumla, sempat dok sama 5 bulan lps kawen je.. ni dah nak masuk 2 orang anak.. Insya Allah..

untuk kawan-kawan yang lain juga, selamat berjuang dalam kehidupan masing-masing.. menambahbaik taraf kehidupan kita dari pelbagai aspek.. Insya Allah..


notahati: esok anniversary yang ke 9..huh? make me feel older and older...




No comments:

Post a Comment