Tuesday, January 8, 2013

Syirah namanya..

hari ni hari terakhir aku bekerja kat UiTM Perlis. syukur di atas kesempatan yang diberikan selama aku berkhidmat di sini dan semoga ada permulaan yang baik semasa aku di tempat baru nanti.

semalam sebelum tidur, aku tengok Nina dah tido kat sebelah. terfikir "ni malam last ibu tido dengan Nina berdua kat rumah ni. esok pagi Daddy sampai, tido lagi 2 malam dan terus berpindah ke tempat baru.". Banyak perkara dan kenangan yang berlaku sepanjang aku di sini. tak dapat nak huraikan semuanya, tapi cukup untuk diingati sebagai pengajaran, pengalaman dan kenangan. 

dan aku jugak teringat tentang situasi masa aku ambik Nina dari rumah makcik petang semalam. ada seorang  budak darjah 5 ni, cucu sedara makcik lebih kurang gitu lah. rajin sungguh datang teman main dengan Nina setiap hari. tambahan time cuti sekolah baru ni. Syirah namanya. dia rajin melayan dan dukung Nina. dengan aku pun rajin dia dok sembang. suka betul dia tegur "cantiknya baju makcik.." "lawa tudung makcik.." "awainya makcik balik hari ni.." - walaupun aku pakai baju yang sama, tudung yang biasa dan walaupun aku datang ambil Nina pukul 6 petang !! haha..budak2 kan.. selalu hantar Nina sampai ke kereta, dan mesti dia cakap "esok medina mai lagi na.." kalau dia datang rumah makcik dan tengok Nina tidur, dia dok tunggu kat tepi sampai lah orang tu bangun. dan petang semalam..

Syirah: esok Medina tak mai dah la ye makcik..
Aku : Mai, esok dengan lusa Medina mai lagi. hari khamis baru medina pindah.
sambil dia dok main-main dengan Medina
Syirah : erm, Medina.. hari khamis ni kakak tak dak la.. tak dan jumpa Medina
Aku : kakak pi mana?
Syirah : hari khamis kakak ada fardhu ain kat sekolah. pukul 2 sampai 5.30 petang. tak dan kakak nak jumpa Medina dah..
Aku : oo.. yeke..
aku tengok bergenang airmata kakak. 
Syirah : Medina dah nak pi duduk dengan daddy dia dah ye makcik..
Aku : hmm..
tak sampai hati pulak nak teruskan perbualan dengan kakak. budak-budak pun tahu terasa sedih bila berpisah, kan. 

dalam pada aku rasa lega dan happy sebab dapat bersama dengan family sendiri, ada jugak part-part yang tak best ye.. Nina akan terpisah dengan maktok dan wan, kakak Syirah, kakak Nisa dan Chu Man. orang-orang yang rajin melayan dia sepanjang kat rumah makcik. juga kakak Kasih, cucu makcik yang jugak dihantar ke situ. walaupun Kasih selalu jelous dengan Nina, aku tau dia sayang pada Nina jugak. kalau dia sampai pagi dan Nina tak sampai lagi, slow je masuk rumah.. kalau nampak Nina tersengeh kat pintu, melompat turun dari kereta. dan mak Kasih selalu cerita bila nak tido kat rumah dia, mesti Kasih dok nyanyi lagu-lagu yang Nina suka.. hehe.. dia cuma jelous sebab sebelum ni dia je yang makcik jaga. tetiba ada new comers, tergugat la..haha.. apapun, mereka tetap share makan bubur yang selalu aku bekalkan untuk Nina..

Nina pulak, tak tahu lagi keadaan di tempat baru macamana. taska, nurseri atau rumah BS pun belum decide lagi. 

untuk mereka semua, terima kasih seikhlas hati dari kami sekeluarga, dan aku yakin Nina pun berharap dia dapat ucapkan benda yang sama.. jasa kalian tak terbalas..



1 comment: